Kirstin Maldonado
Kirstin Taylor "Kirstie" Maldonado (lahir 16 Mei 1992) ialah penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat, terkenal sebagai ahli kumpulan a cappella, Pentatonix. Bersama Pentatonix, Maldonado telah mengeluarkan tujuh album studio, memenangi tiga Anugerah Grammy, dan menjual lebih dari enam juta album. Maldonado memulakan kerjaya muzik solonya pada 19 Mei 2017, dengan lagu "Break a Little" menggunakan nama pentas Kirstin[1] (ditulis menjadi kırstın™; ™ ialah singkatan dari "Taylor Maldonado," bukan trademark), dengan EP sulungnya yang berjudul L O V E dikeluarkan pada 14 Julai 2017. Maldonado membuat penampilan sulung opera Broadway pada 2018, melakonkan watak sebagai Lauren dalam drama Kinky Boots.
Kirstin Maldonado | |
---|---|
Kelahiran | Kirstin Taylor Maldonado 16 Mei 1992 Fort Worth, Texas, A.S. |
Nama lain | kirstin™ |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2011–kini |
Rakan kongsi domestik | Ben Hausdo |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Syarikat rakaman | RCA, Madison Gate |
Pengkarya berkait | Pentatonix, Voctave |
Laman web rasmi | kirstin |
Pentatonix
suntingPada tahun 2011, Maldonado dihubungi oleh rakan sekolah, Scott Hoying yang mengajaknya untuk membentuk satu kumpulan a cappella untuk pertandigan a cappella The Sing-Off di NBC. Maldonado setuju menyertai kumpulan itu bersama Mitch Grassi yang juga rakan sekolahnya. Mereka bertiga lalu membentuk kumpulan Pentatonix bersama Avi Kaplan dan Kevin Olusola. Mereka berjaya meraih gelaran juara pada pertandingan musim ketiga.[2] Sejak itu, mereka telah menerbitkan beberapa album dan EP, memiliki 13 juta pelanggan YouTube serta 2 juta tontonan YouTube, dan mengadakan jelajah dunia. Sebagai ahli Pentatonix, Maldonado berjaya memenango tiga Anugerah Grammy.[3] Pada 8 Februari 2015, Pentatonix memenangi Grammy untuk kategori "Gubahan Instrumental atau a cappella terbaik" untuk lagu mereka yang berjudul "Daft Punk", sebuah lagu medley kumpulan muzik elektronik Daft Punk.[4] Pada 15 Februari 2016, Pentatonix kembali memenangi Grammy untuk kategori yang sama, kali ini untuk lagu "Dance of the Sugar Plum Fairy" dari album That’s Christmas to Me.[5] Pada 12 Februari 2017, Pentatonix memenango Grammy dalam kategori "Penampilan kumpulan/duo terbaik" untuk lagu "Jolene" yang dinyanyikan bersama Dolly Parton.[6]
Diskografi
suntingEP
sunting- 2017: L O V E
Single
sunting- 2017: "Break a Little"
- 2017: "All Night"
- 2017: "Naked"
Rujukan
sunting- ^ Tom, Lauren (Mei 19, 2017). "Pentatonix's Kirstin Maldonado Drops First Solo Single 'Break a Little': Listen". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 20, 2017. Dicapai pada Mei 20, 2017.
- ^ Gallo, Phil (November 29, 2011). "'The Sing-Off' Finale: Pentatonix Takes The Trophy". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 30, 2013. Dicapai pada Ogos 25, 2012.
- ^ Jone, Preston (Februari 15, 2016). "Pentatonix takes home another Grammy; Fort Worth's Kirk Franklin also a winner". Star-Telegram. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 20, 2016. Dicapai pada Julai 10, 2016.
- ^ "Huffington Post: "Grammy Winners List For 2015 Includes Sam Smith, Pharrell, Beyoncé & More"". Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 9, 2015. Dicapai pada Mei 28, 2017.
- ^ "Pentatonix Just Scored Their Second Grammy in a Row!". Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 8, 2017. Dicapai pada Mei 28, 2017.
- ^ "Dolly Parton and Pentatonix win country duo/roup performance award for 'Jolene'". Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 5, 2017. Dicapai pada Mei 28, 2017.