Kiryu Coco adalah seorang bekas YouTuber maya Jepun yang berkaitan dengan Hololive Production. Beliau merupakan sebahagian daripada generasi YouTuber mayanya ke-4, bersama dengan Amane Kanata, Tokoyami Towa, Tsunomaki Watame, dan Himemori Luna.[1]

Kiryu Coco
Maklumat peribadi
WarganegaraJepun, Amerika Syarikat
PekerjaanYouTuber maya
Laman webhololive.hololivepro.com/en/talents/kiryu-coco/
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif28 Disember 2019 - 1 Julai 2021
GenrePermainan
Pelanggan1.4 juta (pada Julai, 2021)
Jumlah tontonan170.4 juta (pada Julai, 2021)
RangkaianHololive
100,000 pelanggan 11 Januari 2020
1,000,000 pelanggan 17 Februari 2021

Beliau mempunyai 1.4 juta pelanggan di YouTube dan lebih dari 170 juta tontonan pada Julai 2021. Beliau adalah penerima donasi yang paling besar di YouTube; beliau telah menerima sebanyak 85 juta yen ($810,000) pada Ogos 2020.[2]

Pada 1 Julai 2021, beliau telah bersara sebagai YouTuber maya serta meninggalkan Hololive Production pada waktu yang sama. Aliran yang terakhirnya telah ditonton secara langsung oleh 491,000 penonton, serta menjadi strim yang paling ditonton secara langsung, dan pada Julai 2021 telah mendapat 5.5 juta tontonan.[3]

Kerjaya sunting

Kiryu Coco diisytiharkan pada 25 Disember, 2019, sebagai ahli generasi Hololive ke-4, bersama dengan Amane Kanata, Tsunomaki Watame, Himemori Luna, dan Tokoyami Towa. Saluran YouTube beliau dicipta pada 4 Disember dan akaun Twitter beliau dicipta pada bulan November tahun yang sama. Beliau melancarkan tweet pertamanya pada 25 Disember. Beliau membuat debutnya pada tarikh 28 Disember.

Beliau dianggapkan sebagai ahli Hololive yang paling terkenal pada masa itu, kerana beliau merupakan sebahagian kecil dari rakan-rakannya yang fasih berbahasa Inggeris. Oleh sebab itu, beliau dikenali sebagai YouTuber maya Hololive yang pertama untuk menyampaikan budaya YouTuber maya kepada penonton di luar negara Jepun. Beliau telah mencapai 200,000 pelanggan di YouTube walaupun beliau hanya mula beraliran sekurang dua bulan.[4] Beliau dikenali untuk gaya kandungannya, mana beliau sering menggunakan bahasa kotor dan membuat lawak yang amat kasar. Oleh sebab itu, peminatnya mengatakan bahawa beliau "menghancurkan impian Yagoo" (KPE kepada Cover Corp.) Beliau akan menyiarkan siaran beritanya yang bertajuk "AsaCoco Live News", di mana beliau akan menyampaikan berita tentang Hololive pada setiap hari minggu. Selain itu, beliau juga melancarkan siri video bertajuk "Reddit Shitpost Review", di mana beliau akan menyemak berberapa meme yang telah dicipta oleh peminatnya di Reddit; biasanya beliau akan mengajak seorang tetamu dari rakan-rakannya dari generasi yang lain untuk menghadiri dalam video-video tersebut.

Beliau mengumumkan tamatan kerjayanya di Hololive pada 9 Jun 2021 atas sebab yang masih belum diumumkan. Beliau menyiarkan aliran terakhirnya pada 1 Julai 2021, di mana semua ahli Hololive berhadir. Aliran itu diakhiri oleh sebuah persembahan di mana semua ahli generasi ke-4 menyanyi lagu "Shiny Smily Story", "Kiseki Musubi", dan "Weather Hackers".

Kontroversi sunting

Sekali dengan rakan YouTuber mayanya, Akai Haato, beliau telah digantung oleh Hololive sepanjang 3 minggu, dan terpaksa menghentikan segala kegiatannya di YouTube dan Twitter kerana mereka berdua menyebut negara Taiwan dalam aliran mereka pada 27 September 2020. Oleh sebab itu, mereka telah dikecam oleh para penontonnya dari China.[5] Beliau menyambung kegiatannya pada 19 Oktober tahun yang sama.

Rujukan sunting

  1. ^ "(Twitter) A-Chan mengumumkan Hololive Generasi ke-4".
  2. ^ "Playboard: World's Biggest Superchat Earner is Virtual YouTuber Kiryu Coco". 23 Ogos 2020.
  3. ^ "(YouTube) Pengijazahan Kiryu Coco".
  4. ^ https://twitter.com/kiryucoco/status/1228403075213189121
  5. ^ https://www.japantimes.co.jp/news/2020/10/10/national/media-national/japanese-virtual-youtubers-china/