Kisah Cinta merupakan sebuah merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2013 arahan Bahri Umaraif Bajuri terbitan BZ2121 Productions, dibintangi oleh Fazura dan Shaheizy Sam. Siri ini disiarkan di Slot Lestary TV3 dari 23 April hingga 30 Julai 2013 menggantikan Cinta Qaseh.[1]

Kisah Cinta
GenreDrama
Cinta
PengarahBahri Umaraif Bajuri
Dibintangi oleh
Fazura
Shaheizy Sam
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitZizie Ezette
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
BZ2121 Productions
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal23 April 2013 – 30 Julai 2013
Kronologi
MengikutiCinta Qaseh
Diikuti olehDiandra

Sinopsis sunting

Konflik bermula dalam satu kemalangan tragis pada malam sambutan Tahun Baru 2013. Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh lori kontena dari arah bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan. Berlaku kekacauan sewaktu pengurusan jenazah mereka dalam kalangan anak masing-masing. Azalea anak kepada Zainal manakala Shah anak kepada Zaharah melaporkan bahawa ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan begitu juga dengan Shah yang tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain.

Selepas selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua-dua pasangan itu selamat disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka. Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku. Sewaktu mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat lama milik Zainal dan ibunya.

Pada mulanya Shah mahu membuang saja surat berkenaan, tetapi dihalang Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat berkenaan. Baginya, ia peluang keemasan untuk mereka menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat kerana takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak. Selepas dipujuk Azalea, Shah akur. Mereka cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpandukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan daripada surat berkenaan. Mereka mula menjejakkan kaki ke tempat yang tertulis, mencari nama yang disebut dan memahami perkara yang diceritakan. Satu persatu kisah terungkai, dalam tidak sedar Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Johar kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya itu. Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kisah Cinta di Slot Lestary TV3 Yanmie Online. Dicapai pada 20 Ogos 2013.

Pautan luar sunting