Kisah Hati (album Alyah)

Kisah Hati adalah merupakan album mini penyanyi Alyah yang diterbitkan pada tahun 2011 dibawah label Like Music Sdn Bhd. Mengandungi tiga buah lagu yang telahpun dikeluarkan terlebih dahulu sebagai single sebelum diterbitkan didalam format CD Single.

Kisah Hati
Album mini oleh
Dilancarkan pada2011
Dirakamkan pada2009-2011
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop, Balada, Elektro-pop, Pop Dance
Panjang11:19
BahasaBahasa Melayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatLike Music Sdn Bhd
PenerbitLike Music Sdn Bhd
Kronologi Alyah
Alyah
(2008)
Kisah Hati
(2011)
Single daripada Kisah Hati
  1. "Realiti Dewi"
    Dikeluarkan: 2009
  2. "Kau Bisu"
    Dikeluarkan: 2010
  3. "Kisah Hati"
    Dikeluarkan: 2011
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Single sunting

Realiti Dewi sunting

Lagu ini sebenarnya sudahpun dikeluarkan dan dimuatkan didalam album studio ketiganya, Alyah pada sekitar tahun 2008. Namun pada 2009, lagu ini dirakam semula dengan susunan muzik yang telah diubah semula kepada yang lebih rancak berbanding versi asalnya. Namun, dalam versi rakaman semula lagu ini, Alyah dikecam pelbagai pihak apabila lirik yang diubah itu kononnya mempunyai elemen syirik. Alyah kemudian tampil menjelaskan bahawa lirik tersebut bukannya ditulis oleh beliau sebaliknya ditulis oleh penulis lagu itu sendiri. Beliau juga sempat menegaskan bahawa beliau masih berpegang pada ajaran agama Islam. [1]

Kau Bisu sunting

Lagu ini merupakan satu-satunya lagu yang bergenre elektro pop, dimana lain dari yang lain daripada genre lagu yang Alyah pernah nyanyikan. Lagu ini juga mempunyai elemen muzik yang diinspirasikan daripada penyanyi Amerika Syarikat, Rihanna. Namun sekali lagi Alyah dikritik dan dikecam kononnya beliau tiada identiti tersendiri dan menyembah iluminati disebabkan penampilan beliau yang seakan mirip dengan penyanyi pop Amerika Syarikat tersebut didalam video klip lagu ini. Lagu ini dilancarkan sekali dengan video klip pada tahun 2010 dibawah arahan Ghazali Abu Bakar.

Kisah Hati sunting

Lagu ini diterbitkan pada tahun 2011 dimana lagu ini menjadi hits pada ketika itu. Lagu ini berjaya menaikkan nama dan karier seni Alyah selepas kejayaan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang pada 2008. Kisah Hati berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 dan sekaligus berjaya memenangi anugerah Persembahan Terbaik pada malam tersebut. Yang menariknya, pelakon Remy Ishak yang dipilih sebagai model lelaki didalam video klip lagu ini juga sempat meluangkan masanya untuk menjadi artis undangan ketika Alyah menyampaikan lagu ini pada malam tersebut. Bahkan lagu ini juga memenangi Anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2012.

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Kisah Hati"Manusia PutihManusia Putih4:23
2."Kau Bisu"Sulu SarawakOmar K & Al Mohdzar3:37
3."Realiti Dewi"Zel Firdaus HadauanOmar K3:59
Jumlah masa: 11:19


Anugerah & pencapaian sunting

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
2011 Anugerah Juara Lagu ke-26 Persembahan Terbaik "Kisah Hati" Menang
2012 Anugerah Planet Muzik 2012 Artis Wanita Terbaik Tercalon
Lagu Terbaik Menang
Lagu Serantau Paling Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Kemalia Othman [1] mStar. Dicapai pada 12 Februari 2010.