Kisah Paling Gangster

Kisah Paling Gangster merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2013 arahan sulung Brando Lee terbitan B&L Kreatif. Ia mengisahkan Remy, seorang paramedik pendiam dan lemah yang sentiasa dibuli oleh rakan sekerja.

Kisah Paling Gangster
PengarahBrando Lee
Penulis
  • Azril Hamzah (cerita asal)
  • Brando Lee (cerita)
Dibintangi
SinematografiWan Chun Hung
Muzik olehJoe Flizzow
Syarikat
penerbitan
B&L Kreatif
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 21 November 2013 (2013-11-21) (Malaysia)
Masa tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namum setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster… lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar…

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Penggambaran filem ini dijalankan selama 26 hari di Kuala Lumpur. Skrip filem ini mengambil masa empat bulan untuk disiapkan. Ia ditulis bersama oleh Alfie Palermo.[1]

Ulasan kritis sunting

Melati Pusaka dari Free Malaysia Today mengulas bahawa Kisah Paling Gangster (KPG) tidak sehebat KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof dari segi penceritaan dan menyifatkan KL Gangster 2 lebih ganas daripada KPG.[2] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian mempunyai alasan tersendiri mengenai filem ini: "Hanya melewati babak-babak terakhir barulah filem ini menarik untuk diikuti apatah lagi (Brando Lee) sebenarnya menyelitkan beberapa ‘twist’ yang tidak terjangka namun memberi segala jawapan kepada persoalan yang timbul pada permulaan jalan cerita."[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Aidil Rusli (21 November 2013). "Journey to the dark side". The Star (Malaysia). Dicapai pada 2014-09-18. A gangster tale that’s both believable and emotional, Kisah Paling Gengster will pleasantly surprise you.
  2. ^ Melati Pusaka (11 Januari 2014). "Kisah Paling Gangster tak sehebat KL Gangster 2". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-13. Dicapai pada 2014-09-18. Filem arahan Brando Lee ini berkisar kepada perebutan kawasan pengedaran dadah.
  3. ^ Aqmar Mustaza (23 November 2013). "Kisah Paling Gengster bukan klon KL Gangster". Sinar Harian. Dicapai pada 2014-09-18.

Pautan luar sunting