Kita merupakan teater yang dipersembahkan di Istana Budaya Kuala Lumpur pada 18 Jun hingga 27 Jun 2010.Teater muzikal ini berkonsepkan 1Malaysia kerana mempunyai 60 pelakon berbilang kaum. Ia mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana mempunyai pelakon pelbagai bangsa paling ramai bagi sebuah teater muzikal.

Teater ini anjuran Xi Yue Art and Culture dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Istana Budaya dan diarahkan oleh Ho Lin Huay . Antara pelakonya ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Hafiz AF7, Nas Adila, Eric Lin dan Michael Rao.

Antara penonton istimewanya ialah Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sinopsis sunting

Kita mengisahkan mengisahkan kehidupan tiga kanak-kanak - Rahman, Cheong dan Amish - yang tinggal di sebuah ladang getah di Teluk Intan, Perak sekitar awal 1970-an . Mereka menempuh proses kematangan bermula sejak zaman persekolahan dan melalui kehidupan serta budaya yang berbeza sehingga mengecapi kejayaan. [1]

Rujukan sunting