Buka menu utama

Kitab Raja-raja (Jawi: كتاب راج٢; Ibrani: ספר מלכים‎ Sepher M'lakhim) atau Buku Para Raja menggambarkan penceritaan sejarah purba Israel dan Judah sejak daripada kematian Daud sehinggalah pembebasan penggantinya Jeconiah yang telah dipenjarakan di Babylon, iaitu suatu tempoh kira-kira 400 tahun (kk.960-560 SM).[1] Ia merumuskan serangkaian buku-buku sejarah yang bermula dari kitab Joshua menerusi kitab Samuel dan kitab Hakim-hakim yang bertujuan untuk memberi penjelasan teologi mengenai kemusnahan kerajaan Yahudi oleh Babylon pada 586 SM dan kebangkitan semula untuk kembali dari buangan.[2]

Kitab ini bermula dengan kematian Daud, Yahweh, tuhan orang Yahudi menjanjikan sebuah wangsa (keturunan) yang abadi dan pengganti kepada Daud iaitu Sulaiman. Sulaiman dipuji kerana kebijaksanaan dan kekayaannya tetapi beliau telah menyebabkan Yahweh murka kerana membenarkan tuhan-tuhan lain disembah di Baitul Muqaddis. Tuhan kemudiannya memisahkan kerajaan Yahudi kepada dua iaitu kerajaan Israel di utara dan kerajaan Judah di selatan. Kebanyakan raja Yahudi dianggap jahat kerana membenarkan tuhan-tuhan lain disembah selain Yahweh yang akhirnya membawa kemusnahan kepada kerajaan ini walaupun terdapat beberapa orang raja yang baik.

RujukanSunting

  1. ^ Sweeney, p.1
  2. ^ Sweeney, p.1

BibliografiSunting

Terjemahan Kitab 1 Raja dan 2 RajaSunting

Ulasan mengenai Kitab Raja-rajaSunting

UmumSunting

  • Knight, Douglas A (1995). "Deuteronomy and the Deuteronomists". dalam James Luther Mays, David L. Petersen and Kent Harold Richards. Old Testament Interpretation. T&T Clark. 
  • Sutherland, Ray (1991). "Kings, Books of, First and Second". dalam Watson E. Mills, Roger Aubrey Bullard. Mercer Dictionary of the Bible. Mercer University Press. 

Pautan luarSunting

Teks asal
Terjemahan Yahudi
Terjemahan Kristian
Pautan lain
Kitab Raja-raja
Didahului oleh
Samuel
Bible Yahudi Diikuti oleh:
Yesaya
Kristian
Perjanjian Lama
Diikuti oleh:
1–2 Babad