Kitaran glioksilat

Kitaran glioksilat ialah satu bentuk kitar Krebs yang terubahsuai. Ia berlaku dalam kebanyakan tumbuhan dan mikroorganisma, tetapi tidak dalam haiwan peringkat tinggi.

Kitaran glioksilat

Dalam kitaran glioksilat, tumbuhan dan mikroorganisma dapat menggunakan asid lemak atau asetat (dalam bentuk asetil CoA) sebagai satu-satunya sumber karbon untuk biosintesis karbohidrat daripada asid lemak.

Kitaran glioksilat berlaku terutamanya dalam biji-bijian tumbuhan dan membolehkan lemak simpanan dalam biji-bijian bercambah ditukarkan kepada glukosa.

Tatacara laluan sunting

Seperti dalam kitaran asid sitrik, kitaran glioksilat bermula dengan pemeluwapan molekul asetil-KoA dengan oksaloasetat untuk membentuk sitrat. Tindak balas ini dimangkinkan oleh sitrat sintase. Kemudian, sitrat ditukar kepada isositrat oleh akonitase.

Seterusnya, langkah dekarboksilasi dalam kitaran asid sitrik dilangkau oleh dua tindak balas seterusnya. Di satu belah, isositrat liase memangkinkan pembelahan isositrat kepada suksinat dan glioksilat. Ini kemudiannya ditukarkan oleh malat sintase dengan bantuan satu lagi molekul asetil-KoA untuk membentuk malat. Oleh kerana tioester koenzim A dihidrolisiskan, tindak balas ini tidak dapat diterbalikkan. Laluan dilengkapkan dengan pengoksidaan malat dioksidakan kepada oksaloasetat oleh dehidrogenase malat lalu menghasilkan NADH.

Suksinat yang terhasil boleh diproses menjadi malat melalui kitaran asid sitrik secara berasingan, dan dengan itu, secara bersih, dua molekul oksaloasetat terhasil dalam satu kitaran glioksilat. Selain memulakan semula kitaran, oksaloasetat boleh ditukarkan menjadi fosfoenolpiruvat dan menjalani glukoneogenesis untuk menghasilkan glukosa.