Buka menu utama

Klang

Bandar Diraja Selangor
(Dilencongkan dari Klang, Malaysia)

Klang ( Jawi: کلڠ) dahulunya dikenali sebagai Kelang) merupakan Bandar DiRaja, bandar terbesar Selangor, bandar sekolah menengah persendirian dan sebuah daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor.

Klang
کلڠ
Istana Sultan Selangor di Klang
Istana Sultan Selangor di Klang
Mohor rasmi Klang کلڠ
Mohor
Moto: 
Perpaduan Sendi Kekuatan
Peta daerah Klang, lokasi dalam Negeri Selangor Darul Ehsan
Peta daerah Klang, lokasi dalam Negeri Selangor Darul Ehsan
Klang کلڠ yang terletak di Malaysia
Klang کلڠ
Klang
کلڠ
Peta daerah Klang, lokasi dalam Negeri Selangor Darul Ehsan
Koordinat: 3°02′N 101°27′E / 3.033°N 101.450°E / 3.033; 101.450
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
Ditubuhkan1643
Diberikan
Status Majlis Perbandaran
1977, 1 Januari
Kerajaan
 • Ditadbir olehMajlis Perbandaran Klang
 • Yang DiPertuaDato' Mohamad Yasid Bin Bidin[2]
Keluasan
 • Jumlah573 km2 (202 batu persegi)
Penduduk
(2010)
 • Jumlah842,146 orang [1]
 • Kepadatan1,469,7/km2 (38,070/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak diperhatikan
Laman webhttp://www.mpklang.gov.my/

Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur, daerah Kuala Langat di sebelah selatan manakala Kuala Selangor di sebelah utaranya. Di sebelah baratnya pula merupakan Selat Melaka.

Daerah Klang terdiri dari dua jajahan perbandaran iaitu Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Bilangan sekolah menengah Cina persendirian paling banyak turut terletak di Klang. Terdapat 4 buah sekolah persendirian didirikan di Klang ini. Komuter Malaysia juga yang pertama sekali tiba di Klang dan di seluruh Malaysia.

Asal-usul nama Klang اصل-اصول نام كلاڠSunting

Terdapat banyak versi tentang asal usul nama Klang diantaranya:

  • Sejarah penubuhan Klang dipercayai lebih awal dari sejarah penubuhan Melaka. Klang dipercayai adalah sebahagian dari jajahan takhluk kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Perkataan Klang dipercayai berasal dari perkataan bahasa Asli, rumpun bahasa Mon-Khmer atau bahasa Austro-Asia iaitu "Klong".[3] Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. Charles A. Fishr pula berpendapat "Klang" itu bermaksud "terusan" atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai seperti Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg Kapar Indah, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini. Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875, Klang di pilih sebagai ibu kota Negeri Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886, Klang merupakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.[4]
  • Bandar Klang mendapat namanya dari istilah bahasa Langkasuka iaitu "klang" yang bererti 'tempat yang terletak di tengah-tengah’. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Sultan Kedah yang bernama Sultan Mahmud Shah II, Kedah (1506-1546) iaitu Sultan Kedah yang ke-10, baginda mula menerbitkan matawang baru yang diberi nama Tera, Pitis, Kupang (Kepeng), Jempal dan Rial. Baginda dari Kota Siputih (kini Kota Seputeh) telah melakukan kunjung hormat ke istana Melaka yang waktu itu yang diperintah oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Di tengah perjalanan, baginda telah menemui sebuah pelabuhan yang terletak di antara negeri Kedah dan Melaka. Pelabuhan tersebut dipanggil sebagai Klang. Nama tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.

SejarahSunting

Tempat-tempat menarikSunting

Tempat-tempat menarik di bandar ini ialah Istana Alam Shah, Tugu Kris (Jalan Tengku Kelana berhampiran bulatan simpang lima), Masjid Sultan Sulaiman (bersebelahan Istana Negeri), Stesen Keretapi Klang, Jalan Tengku Kelana (Little India), Taman Pengkalan Batu (Taman Persisiran Sungai), Kota Raja Mahadi, Gedung raja Abdullah(muzium), Bangunan Sultan Sulaiman, Masjid India Muslim, Tokong Qin Liang, Kuil Sri Sundaraja Perumal, Tokong Kwan Yin, Pelabuhan Klang, Kelab Kapal Layar Diraja Selangor, Taman Burung Unta, Pulau Carey, Pulau Ketam dan juga Tokong Dong Zen. Kawasan perumahan utama yang menjadi tumpuan kegiatan ekonomi adalah Bandar Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas, Bandar Botanic, Aman Perdana, Canary Garden (hampir siap), One Kesas (dalam pembinaan), Sazean Business Park (dalam pembinaan), Gravit8 (dalam pembinaan) dan Bukit Raja. Tanjung Harapan tempat paling popular untuk menikmati keindahan laut serta makanan laut.

PolitikSunting

Klang merangkumi tiga kerusi parlimen. Kerusi parlimen Kapar dipegang oleh Encik Manikavasagam a/l Sundaram dari PKR), Kota Raja pula dipegang oleh (Puan Siti Mariah Mahmud) dari Amanah), dan Klang dipegang oleh (Encik Charles Anthony Santiago) dari DAP). Ketiga-tiga jawatan tersebut dipegang oleh ahli Pakatan Harapan. Kawasan pilihan raya ini dibahagikan kepada kerusi dewan undangan negeri.

DemografikSunting

Berikut adalah statistik bancian penduduk Klang. Jumlah dari tahun 1957 dan 1970 diambil sebelum Klang diseragamkan dan status Bumiputera digunakan sebagai satu kategori. Jumlah dari tahun 2010 pula diambil dari Majlis Perbandaran Klang.

Kumpulan Etnik Jumlah Penduduk
1957[5] 1970[5] 2010[6]
Melayu 37,003 24.68% 72,734 31.13% 234,293 41.18%
Bumiputera lain-lain 9,107 1.60%
Jumlah Bumiputera 243,400 42.78%
Cina 65,454 43.65% 100,524 43.02% 152,582 26.83%
India 44,393 29.60% 59,333 25.39% 121,533 21.37%
Lain-lain 3,105 2.07% 1,079 0.46% 2,994 0.53%
Warganegara 520,509 91.53%
Bukan warganegara 48,198 8.47%
Jumlah 149,955 100.00% 233,670 100.00% 568,707 100.00%

JenayahSunting

Terdapat beberapa kumpulan geng jenayah yang beroperasi di Klang.[7][8] Contohnya dalam kalangan masyarakat Cina, terdapat kumpulan geng Ang Bin Hoey dari Gang 21 yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Terdapat juga Gang 24, Geng 36 dan lain-lain.[9]

Pengangkutan awam & kemudahanSunting

Klang mempunyai lima stesen komuter yang menghubungkan Laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim bagi sistem Komuter KTM, iaitu Stesen Komuter Bukit Badak, Stesen Komuter Kampung Raja Uda, Stesen Komuter Klang, Stesen Komuter Teluk Pulai dan Stesen Komuter Teluk Gadong.

Jambatan Ketiga Klang bernilai RM199 juta dan dibuka pada bulan Mei 2017, dan melengkapkan dua jambatan lain yang terdapat di Klang yang menghubungkan Klang Utara dan Klang Selatan.[10] Menjelang Ogos tahun 2020, Klang juga akan dihubungkan dengan landasan kereta api LRT 3 yang bernilai RM 9 bilion.

Infrastruktur dan pembangunanSunting

Senarai hospital dan pusat perubatanSunting

  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Langat
  • Hospital Manipal Klang, Bandar Bukit Tinggi
  • Hospital Pantai Klang, Persiaran Raja Muda Musa, Port Klang
  • Pusat Perubatan Sri Kota, Jalan Mohet
  • Pusat Perubatan Pakar KO Specialist, Jalan Goh Hock Huat
  • KPJ Klang, Bandar Baru Klang
  • Hospital Bersalin Metro, Jalan Pasar
  • Hospital Pakar Sentosa
  • Hospital Bersalin Razif, Taman Sri Andalas
  • Hospital Columbia Asia, Bandar Bukit Raja
  • Klinik Kesihatan Bandar Botanic (Hospital kesihatan kerajaan)

Senarai kompleks membeli-belahSunting

 
Pusat Membeli Belah ÆON Bukit Tinggi di Bandar Bukit Tinggi, pusat membeli-belah AEON terbesar di Asia Tenggara

MakananSunting

Makanan MelayuSunting

Tempat makanan yang terkenal di Klang adalah "Emporium Makan". Ia terletak di tengah-tengah pusat bandar, bertentangan dengan Pasar Jawa dan bersebelahan Jambatan Kota. Salah satu gerai popular "Emporium Makan" adalah "Lontong Klang". Ia menyajikan hidangan yang tidak dapat dilupakan seperti lontong dan nasi lemak sambal sotong. Tempat ini dikunjungi oleh semua kaum, Melayu, Cina dan India, dan masih dibuka sehingga kini.

Makanan IndiaSunting

Klang tidak lengkap tanpa restoran India kerana Klang mempunyai salah satu restoran India terbaik di negeri ini. Nasi daun pisang, ayam, kambing, Nasi Briyani, Ayam Tandoori, Idiyappam, Idli adalah sebahagian makanan yang boleh didapati pada waktu tengah hari dan malam di Klang.

Makanan CinaSunting

Klang terkenal dengan Bak Kut Teh (Bahasa Cina Pinyin: Ròu Gŭ Chá), iaitu sup herba yang menggunakan tulang rusuk babi dan tenderloin. Hidangan ini dianggap berasal dari Klang.[12] Bak Kut Teh terkenal di pelbagai lokasi termasuk Taman Intan (sebelum ini dikenali sebagai Taman Rashna), Teluk Pulai, Jalan Kereta Api dan Pandamaran.

Terdapat pelbagai makanan di Klang yang menyajikan masakan tempatan. Di Taman Eng Ann, terdapat pelbagai makanan ringan seperti adalah Chee Cheong Fun, Yong Tau Foo, Popia, minuman herbal Lin Zhi Kang, termasuk rojak dan cendol.

Makanan lautSunting

Kawasan pantai dan pulau-pulau berhampiran Pelabuhan Klang juga terkenal dengan makanan laut mereka, seperti Pulau Ketam, Bagan Hailam,[13] Teluk Gong,[14] Pandamaran dan Tanjung Harapan.[15]

PendidikanSunting

Senarai sekolahSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi

Hubungan antarabangsaSunting

Bandar bersaudaraSunting

Klang mempunyai dua bandar bersaudara

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Jumlah penduduk mengikut etnik dan mukim 2010 (Klang) http://www.mpklang.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=b9bbc4fb-2f76-4231-b6ed-58fa36eab0a4&groupId=283929
  2. ^ "Menjadikan Klang bandar yang bersih". The Star. Dicapai 24 November 2015. 
  3. ^ Mpklang.gov.my. 2013. Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang - Sejarah. [online] Tersedia di: http://www.mpklang.gov.my/web/guest/sejarah1 [Dicapai pada: 29 Dec 2013].
  4. ^ - Sejarah Klang, Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK)
  5. ^ a b Katiman Rostam. "Population Change of the Klang-Langat Extended Metropolitan Region, Maalaysia, 1957–2000" (PDF). Akademika. 79 (1): 1–18. 
  6. ^ "Table 13.1 : Total population by ethnic group, Local Authority area and state, Malaysia, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. m/s. 181. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 27 February 2012. 
  7. ^ "Brutal killings a sign of all-out gang war". The Malay Mail. 16 Februari 2015. 
  8. ^ G. Prakash (3 April 2015). "Chopped up teen linked to Klang gang war, cops say". The Malay Mail. 
  9. ^ "'Tis the season for extortion". The Malaysian Insider. 18 Februari 2015. Diarkibkan daripada asal pada 25 Februari 2015. 
  10. ^ "Klang's third bridge opens". The Star, Malaysia. 
  11. ^ "Mega-mall coming up in Klang". The Star (Malaysia). 8 April 2015. 
  12. ^ Su-Lyn Tan; Mark Tay (2003). Malaysia & Singapore. Lonely Planet. m/s. 140. 
  13. ^ Simon Richmond, Damian Harper. Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet. m/s. 130–131. ISBN 978-1740593571. 
  14. ^ Charles de Ledesma, Mark Lewis, Pauline Savage (2003). The Rough Guide to Malaysia, Singapore and Brunei. Rough Guides. ISBN 978-1843530947. 
  15. ^ "Medan Muara Ikan Bakar @ Tanjung Harapan, Port Klang". Foodstreet. 
  16. ^ Yi Yanjun (2 September 2014). "Twin Towns and Sister Cities (Abroad)". Hong Shan. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2015. Dicapai 21 December 2015. 
  17. ^ "List of Sister cities of Hunan". Hunan Government. Diarkibkan daripada asal pada 21 December 2015. Dicapai 21 December 2015. 

Pautan luarSunting