Radio Klasik
Radio Klasik (radio ini dikenali sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Rangkaian Nasional, Radio 1, Radio Irama Melayu Asli, Klasik FM, Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1), Nasional FM dan Klasik Nasional) (secara rasmi ditanda panggil sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang) ialah stesen radio nasional Bahasa Malaysia tertua di Malaysia untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | Malaysia |
Slogan | Menggamit Kenangan |
Frekuensi | Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan. |
Tarikh siaran pertama | 24 Ogos 1934ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang | sebagai
Format | Berita, Oldies dan Hits klasik |
Bahasa | Melayu |
Pengenal terdahulu | Radio 1 (atau Radio Satu) |
Sekutu | Nasional FM TraXX FM Ai FM Minnal FM |
Pemilik | |
Saluran kembar | Nasional FM TraXX FM Ai FM Minnal FM |
Siaran web | https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/radioklasik |
Tapak web | radioklasik |
Radio Klasik dan Nasional FM merupakan dua stesen radio yang sedia ada di RTM.
Radio Klasik utamanya ialah di Tingkat 2 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk radio seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Radio 4.
Latar belakang sunting
Sejarah sunting
Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang) telah memulakan siaran Radio melalui Pertubuhan ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang. Lesen pertama yang membenarkan siaran radio dikeluarkan pada 24hb Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesyen radio dan nama stesyen ini ialah ZHJ. Siaran ZHJ dipancarkan melalui gelombang pendek 493 meter dari 7:00 malam hingga 10:00 malam pada tiap-tiap hari dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Hokkien dan Tamil. Pada hari yang sama, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British/British Department of Information yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaya.
Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.
Apabila Jepun memasuki Malaya pada tahun 1941, Kelab C.R.C di Jalan Burma telah dijadikan stesyen radio sementara.
Pada 1 April 1946, Radio Malaya (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya. Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris).
Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur, mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.
Pada 16hb September 1963, Radio Malaya menukar nama kepada Radio Malaysia dengan penukaran nama baru Tanah Melayu.
Pada 19hb Januari 1971, Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Cina (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:
- Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik).
- Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
- Rangkaian Hijau (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).
- Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).
Pada 6 September 1989, Rangkaian Nasional yang dikenali sebagai Radio 1.[1]
Pada 1hb April 1998, sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-52 lahirlah satu lagi stesen baru Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) yang rasmi majlis dilancarkan oleh Menteri Penerangan Malaysia Y.B. Dato' Seri Mohamed Rahmat. Sebagai permulaan stesen RIMA 93.9 disiarkan di sekitar Lembah Klang dalam lingkungan 40 kilometer dari Menara Kuala Lumpur. Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) beroperasi 9 jam sehari bermula jam 3:00 petang hingga 12:00 tengah malam melalui gelombang FM 93.9 MHz. Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) menyiarkan lagu-lagu Irama Melayu Asli baru dan lama seperti Joget, Masri, Inang, Zapin, Asli, Keroncong, Ghazal, Dondang Sayang dan lagu-lagu dari filem Melayu Klasik.
Pada 1hb September 1998, Radio 1 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) dan Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) mula beroperasi dari studio digitalnya di Pusat Siaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Pada 1 Mei 1999, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) telah menambahkan siarannya selama 3 jam lagi bermula jam 12:00 tengah hari.
Pada 1hb April 2005, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) dan Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) yang dikenali sebagai Klasik FM dan Nasional FM.
Pada 12hb Ogos 2006, Nasional FM dan Klasik FM telah digabungkan secara rasmi menjadi Klasik Nasional menyiarkan lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an bersama dengan rancangan-rancangan utamanya.
Klasik Nasional telah memenangi Anugerah Pendukung Seni dalam Anungerah Seni Negara 2006 pada 19hb November 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Klasik Nasional mempunyai pendengar seramai 708 000 orang mengikut Nielsen Audio Radio Measurment pada bulan Mac 2007. Kini mempunyai pendengar seramai 1.5 juta orang.
Pada tahun 2007, frekuensi Klasik Nasional di Lembah Klang yang dipancar dari Gunung Ulu Kali telah ditukar frekuensi daripada 93.9 MHz kepada 98.3 MHz.
Bagaimanapun penggabungan itu bertahan selama lima tahun sahaja kerana stesen itu mula kehilangan pendengar kepada stesen saudara dan pesaing persendirian seperti Sinar FM dan Era FM serta Radio24 Bernama yang baru bermula. Oleh itu, Klasik Nasional telah disingkirkan pada 1 Januari 2012 pada tengah malam dan berpecah kepada dua stesen radio asal yang sedia ada di RTM iaitu Nasional FM dan Klasik FM dengan Nasional FM menggunakan frekuensi yang sama seperti bekas Muzik FM (dihentikan pada akhir 2012) dan Klasik Nasional menjadi Radio Klasik.
Sejarah nama Radio Klasik sunting
- ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang (24 Ogos 1934-31 Mac 1946) (rasmi tanda panggil)
- Perkhidmatan Bahasa Melayu (1 April 1946-5 September 1989)
- Rangkaian Biru (1 April 1946-18 Januari 1971)
- Rangkaian Nasional (19 Januari 1971-5 September 1989)
- Radio 1 (6 September 1989-31 Ogos 1998)
- Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) (1 April 1998-31 Mac 2005)
- Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Klasik FM (1 April 2005-11 Ogos 2006)
- Nasional FM (1 April 2005-11 Ogos 2006)
- Klasik Nasional (12 Ogos 2006-31 Disember 2011)
- Radio Klasik (1 Januari 2012-kini)
Sejarah slogan Radio Klasik sunting
- Radio 1 Sepanjang Waktu (6 September 1989-31 Disember 2000)
- Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Radio 1 Di Mana Jua (1 Januari 2001-31 Mac 2005)
- Nasional FM Segalanya Di Sini (1 April 2005-11 Ogos 2006)
- Klasik FM Menggamit Memori (1 April 2005-11 Ogos 2006)
- Klasik Nasional Segalanya Di Sini Menggamit Memori (12 Ogos 2006-31 Disember 2010)
- Klasik Nasional Segalanya Di Sini Menggamit Kenangan (1 Januari 2011-31 Disember 2011)
- Radio Klasik Menggamit Kenangan (1 Januari 2012-kini)
Rancangan-utama sunting
Rancangan Harian sunting
Isnin-Jumaat sunting
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vocal) | 00:00 |
Harmoni Klasik | 00:00 - 05:59 |
Sajian Klasik (lagu 1970an - 2005) | 06:00 - 09:59 |
Melodi Klasik (lagu 1970an - 1980an) | 10:00 - 10:59 |
Nostalgia D'Klasik (lagu 1950an - 1960an) | 11:00 - 11:59 |
Melodi Klasik (Lanjutan) (lagu 1970an - 1980an) | 12:00 - 13:59 |
Mestika Klasik (lagu Pop Yeh Yeh 1960an - 1980an) | 14:00 - 16:59 |
Mutiara Klasik (lagu 1980an - 2000an) | 17:00 - 20:59 |
Ritma Klasik (lagu 1970an - 1980an) | 21:00 - 21:59 |
Nostalgia D'Klasik (lagu 1950an - 1960an) | 22:00 - 22:59 |
Ritma Klasik (Lanjutan) (lagu 1970an - 1980an) | 23:00 - 23:54 |
Doa Penutup Siaran Bacaan Al-Quran (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) | 23:55 - 23:59 |
Sabtu-Ahad sunting
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vocal) | 00:00 |
Harmoni Klasik | 00:00 - 05:59 |
Sajian Klasik | 06:00 - 09:59 |
Melodi Klasik | 10:00 - 10:59 |
Nostalgia D'Klasik | 11:00 - 11:59 |
Melodi Klasik (Lanjutan) | 12:00 - 13:59 |
Mestika Klasik | 14:00 - 16:59 |
Mutiara Klasik | 17:00 - 20:59 |
Ritma Klasik | 21:00 - 21:59 |
Nostalgia D'Klasik | 22:00 - 22:59 |
Ritma Klasik (Lanjutan) | 23:00 - 23:54 |
Doa Penutup Siaran Bacaan Al-Quran (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) | 23:55 - 23:59 |
Sub-Rancangan sunting
Sub-Segmen | Masa Siaran | Hari Siaran | Catatan | Segmen Rancangan |
---|---|---|---|---|
Nostalgia D'Klasik | 11:00 - 11:59 | Setiap Hari | Lagu-lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an menerusi Melodi Klasik dan Ritma Klasik. | Melodi Klasik |
22:00 - 22:59 | Ritma Klasik | |||
Irama Tanpa Henti | 06:00 - 07:00 | Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | Lagu-lagu sepanjang jalan kenangan tanpa henti selama satu jam | Sajian Klasik |
11:00 - 12:00 | Melodi Klasik | |||
16:00 - 17:00 | Mestika Klasik | |||
20:00 - 21:00 | Mutiara Klasik | |||
23:00 - 00:00 | Ritma Klasik |
Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM sunting
Berita Ringkas disiarkan pada jam 8:00 pagi, 10:00 pagi, 12:00 tengah hari (Sabtu hingga Khamis), 2:00 petang (Sabtu hingga Khamis), 3:00 petang, 4:00 petang, 6:00 petang, 7:00 malam, 8:00 malam, 10:00 malam dan 11:00 malam. Berita Utama juga disambung siar di stesen Nasional FM.
Berita Utama disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 12:00 tengah hari (Jumaat), 1:00 tengah hari (Sabtu hingga Khamis), 5:00 petang dan 9:00 malam. Berita Utama juga disambung siar di stesen Nasional FM.
Berita Dunia disiarkan pada jam 11:00 pagi. Berita Utama juga disambung siar di stesen Nasional FM.
Penyampai sunting
Penyampai Harian sunting
- Ady Suwardy
- Azura Lisa Aziz (bertukar dari Johor FM)
- El-Adzahar Omar
- Yatt
- Robie Zain
- Anisma
- Azlan Omar
- Nadeeya
- Nura
- Dyan
- Emilina Zamri
Bekas penyampai sunting
- Haji Chuari Selamat, jawatan terakhir sebagai Pengurus Radio Klasik
- Sheila Baharuddin, kini bertukar ke RTM Selangor
- Ridzwan Haji Dollah
- Amelin Idrus
- Toharudin Kiteh
- Yusmawati Yunus, kini RTM Selangor
Lagu kebangsaan sunting
Pada pukul 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Frekuensi sunting
Radio sunting
Radio Klasik adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Catatan |
---|---|---|---|
87.7 MHz | Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur | Frekuensi dahulu digunakan oleh bekas Rangkaian Nasional. |
98.3 MHz | Shah Alam, Selangor | Gunung Ulu Kali | Frekuensi dahulu 93.9 MHz dan digunakan oleh bekas Rangkaian Nasional. |
94.9 MHz | Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang | Gunung Jerai | |
103.3 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut | |
88.3 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang | |
87.9 MHz | Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk | |
93.6 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang | |
106.7 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai | |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | |||
107.9 MHz | Kuantan Pahang | Bukit Pelindung | |
92.5 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar | |
101.1 MHz | Kota Bharu, Kelantan | Telipot | |
92.9 MHz | Kuching, Sarawak | Gunung Serapi | Frekuensi dahulu 87.6 MHz |
91.9 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir | |
87.6 MHz | Labuan | Bukit Timbalai | |
88.1 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Lawa Mandau | |
91.1 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig |
Televisyen sunting
Platform TV | Saluran |
---|---|
MYTV | 705 |
Perkhidmatan Islam sunting
Stesen ini unik antara semua stesen yang berpangkalan di Malaysia kerana ia menyediakan kandungan kepada masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.
Pengaturcaraan agama harian dan siaran Azan sunting
Setiap petang pada jam 6:00 petang untuk pengaturcaraan keagamaan automatik dipersembahkan dengan kesinambungan studio prarakaman di antara segmen. Program wajib yang disiarkan dalam perkhidmatan termasuk yang berikut:
- Seruan Islam (Isnin)
- Suara Islam (Selasa)
- Pembacaan Al-Quran (Rabu)
- Musholla (Khamis)
- Tazkirah (Jumaat)
- Masjid (Sabtu)
- Khutbah (Ahad)
Untuk lima kali sehari azan dimainkan di stesen pada waktu yang ditetapkan yang dikira dan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Disebabkan penjajaran zon waktunya dengan negara UTC+8 lain sejak 1 Januari 1982, Azan Subuh disiarkan antara 5:37 pagi dan 6:09 pagi untuk Malaysia (kira-kira 30 minit lebih awal daripada sebelumnya zon waktu UTC+7:30). Radio Klasik memutarkan Azan Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak azan semua waktu solat disambung siar dari stesen radio Nasional FM, Radio Klasik yang dipersembahkan oleh Menara Kuala Lumpur.
Siaran khutbah sunting
Memandangkan kerajaan Malaysia menggalakkan keharmonian antara agama yang berbeza bahagian solat sebenar pada hari Jumaat dan perkhidmatan solat Hari Raya diharamkan untuk penyiaran merentasi saluran radio dan televisyen terestrial yang berpusat di seluruh negara. Kira-kira jam 6:00 petang rakaman perkhidmatan Solat Juma'at disiarkan di stesen untuk mengimbas semula Khutbah Imam dalam tempoh tersebut. Setiap tahun pada Awal Muharam (1 Muharam), Maulidur Rasul (12 Rabiulawal), Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal) dan Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijah) sehingga stesen itu menyiarkan Khutbah berbahasa Malaysia secara langsung sejurus selepas Tazkirah pada jam 6:00 petang.
Rujukan sunting
- http://www.asiawaves.net/malaysia-radio.htm
- Jumlah pendengar Radio RTM, Nielsen Media Radio Audio Measurement, Muka 5, Mingguan Malaysia Ahad 1 April 2007