Klik Musim Kedua ialah sebuah drama komedi remaja yang merupakan susulan kepada musim pertama Klik yang disiarkan di saluran Astro Ceria sebelum ini. Bersiaran selama 13 episod, drama ini bersiaran pada setiap Ahad, pukul 10.30 pagi sejak 4 Disember 2011.[1][2][3]

Klik Musim Kedua masih mengekalkan barisan pelakon musim pertama seperti Ariel Zafril, Erin Malek, Aren Yunus, Sashwin Raj, Fiffy Natasya, Wawa Zainal dan Jorrin.[1]

Drama bersiri ini diteruskan untuk musim kedua berikutan permintaan dan sambutan menggalakkan penonton pada musim pertama.[1][2]

Cerita ini melanjutkan kisah Redwan, pelajar pandai yang melanggar arahan di sekolahnya. Pelakon-pelakon ini masih remaja sekolah. [3]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Klik Musim Kedua Temui Penonton". 2011-11-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-10.
  2. ^ a b "Klik musim kedua". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2012.
  3. ^ a b "Klik Musim Kedua Temui Penonton". Metrowealth Pictures. 6 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2012.