Kluster COVID-19 Jemaah Tabligh 2020 di Malaysia


Perhimpunan agama Jemaah Tabligh yang berlangsung dari 27 Februari hingga 1 Mac 2020 di Masjid Jamek Seri Petaling di Sri Petaling, Kuala Lumpur telah menjadi acara perebakan utama COVID-19 dengan lebih daripada 3,300 kes dikaitkan dengan acara tersebut.[4][5] Menjelang 19 Mei 2020, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa 48% kes COVID-19 di dalam negara (3,347 kes) telah dikaitkan dengan kluster tersebut.[6] Selain itu, hampir 10% yang hadir ialah pelawat dari luar negara, menyebabkan penyebaran COVID-19 ke negara-negara lain di Asia Tenggara.[7] Pada 8 Julai 2020, kluster ini telah diisytihar tamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.[8]

Kluster COVID-19 Jemaah Tabligh 2020 di Malaysia
Tarikh27 Februari–1 Mac 2020
TempatMasjid Jamek Sri Petaling
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
JenisHimpunan agama
HadirinSekurang-kurangnya 16,000 orang
(anggaran KKM)
[1]
Hanya 12,500 orang peserta didakwa hadir oleh Pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia
[2]
HasilMenjadi kluster terbesar yang menyumbang kepada gelombang kedua wabak COVID-19 di Malaysia dengan 3,375 kes positif
Kematian34[3]

Walaupun penyebaran COVID-19 melalui kluster ini jauh lebih meluas, himpunan agama Jemaah Tabligh bukanlah kluster yang menyebabkan gelombang jangkitan COVID-19 yang pertama di Malaysia.[9]

Acara sunting

Antara 27 Februari hingga 1 Mac 2020, gerakan Jemaah Tabligh telah menganjurkan persidangan antarabangsa di Masjid Jamek Seri Petaling di Sri Petaling, Kuala Lumpur di Malaysia.[10] Perhimpunan agama tersebut dihadiri oleh kira-kira 16,000 orang peserta (hanya 12,500 orang peserta yang didakwa hadir oleh Pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia)[11], termasuk kira-kira 1,500 orang peserta dari luar Malaysia. Para peserta didapati telah berkongsi makanan, duduk bersama, dan berpegangan tangan ketika acara tersebut. Menurut para peserta, pemimpin-pemimpin acara berkenaan tidak menyebut pun tentang langkah berjaga-jaga daripada jangkitan COVID-19, tetapi kebanyakan peserta mencuci tangan semasa acara tersebut. Pihak berkuasa Malaysia telah dikritik kerana membiarkan acara itu diteruskan.[12]

Penyebaran sunting

Perhimpunan Jemaah Tabligh di Sri Petaling telah dikaitkan dengan lebih daripada 620 kes COVID-19 pada bulan Mac 2020, menjadikannya pusat penyebaran virus yang paling terkenal di Asia Tenggara pada ketika itu.[13][14] Sekurang-kurangnya tujuh buah negara telah mengesan kes mereka yang didapati berpunca daripada acara tersebut di Malaysia; sebahagian besar daripada 73 kes COVID-19 di Brunei telah dikaitkan dengan acara tersebut, diikuti dengan 22 kes di Kemboja, 13 kes di Indonesia, 10 kes di Thailand, 5 kes di Singapura, 2 kes di Filipina, dan 2 kes di Vietnam.[15][16][17][18][19]

Menjelang 13 Mac 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyemak semula jumlah peserta majlis Jemaah Tabligh tersebut daripada 5,000 orang kepada 14,500 orang, dan keadaan ini menimbulkan kebimbangan bahawa lebih banyak kes positif akan ditemukan.[20] Daripada 14,500 orang peserta, 41 orang telah diuji positif untuk COVID-19, yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 238.[21][22] Menjelang 17 Mac berikutnya, majlis itu telah mengakibatkan peningkatan kes positif COVID-19 besar-besaran di Malaysia, dengan hampir dua pertiga daripada 673 kes yang disahkan di Malaysia dikaitkan dengan acara tersebut ketika itu.[23]

Pada 29 Mac 2020, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa kluster Tabligh telah mencapai generasi kelima.[24] Menjelang 19 Mei, Noor Hisham mengesahkan bahawa 48% daripada kes COVID-19 Malaysia ketika itu telah dikaitkan dengan kluster Jemaah Tabligh tersebut.[25]

Kesan sunting

Himpunan Jemaah Tabligh di Sri Petaling dijalankan serentak dengan krisis politik Malaysia yang sedang berlaku ketika itu ekoran daripada peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 24 Februari 2020, yang membawa kepada kejatuhan kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) diikuti dengan peletakan jawatan Menteri Kesihatan oleh Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Sebelum pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mempunyai menteri selama lebih dari dua minggu hingga pelantikan Dato' Sri Dr. Adham Baba pada 10 Mac 2020. Sepanjang tempoh itu, hanya terdapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan sahaja untuk meminimumkan pendedahan orang ramai terhadap COVID-19.[26][27]

Berikutan peningkatan kes positif yang mendadak, mulai 11 Mac 2020, Kementerian Kesihatan mula mengesan sekitar 5,000 orang warganegara Malaysia yang disyaki terdedah kepada jangkitan COVID-19 semasa perhimpunan Jemaah Tabligh tersebut di Sri Petaling.[28] Sebilangan besar yang dijangkiti telah kembali ke negeri dan komuniti masing-masing, yang menyebabkan lonjakan penularan komuniti di seluruh Malaysia.[29][30]

Pada pertengahan bulan April 2020, Dr. Adham mengkritik bekas kerajaan iaitu PH dalam isu menangani kluster Jemaah Tabligh di Sri Petaling. Sebagai tindak balas, Dr. Dzulkefly mempertahankan persiapan kerajaan PH terhadap wabak COVID-19 dan mencadangkan agar Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga mantan Menteri Dalam Negeri, bertanggungjawab atas letusan wabak itu kerana sebarang perhimpunan awam seperti majlis Jemaah Tabligh berada di bawah portfolio beliau sebelum ini.[31]

Menjelang akhir tahun 2020, sebuah kilang Top Glove menjadi kluster COVID-19 yang terbesar selepas Jemaah Tabligh setakat ini setelah melaporkan lebih daripada 7,000 kes di Malaysia.[32][33][34]

Pengstigmaan sunting

Terdapat laporan bahawa komuniti-komuniti lain dipersalahkan akibat wabak COVID-19. Penyebaran COVID-19 di Indonesia telah menyebabkan orang awam menyalahkan peraturan kerajaan yang tidak tegas terhadap pekerja-pekerja dan pelancong-pelancong dari China, manakala peserta-peserta himpunan Jemaah Tabligh di Sri Petaling dipersalahkan atas letusan wabak tersebut di Malaysia. Masyarakat Cina juga terlibat dalam pemprofilan agama dan kaum berikutan penyebaran COVID-19 yang berkait dengan kluster Jemaah Tabligh tersebut. Orang Rohingya juga menjadi sasaran dan dituduh menyebarkan COVID-19.[35][36]

Rujukan sunting

  1. ^ Barker, Anne (19 March 2020). "Coronavirus COVID-19 cases spiked across Asia after a mass gathering in Malaysia. This is how it caught the countries by surprise". ABC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2020. Dicapai pada 20 March 2020.
  2. ^ "Tabligh leader claims only 12,500 attended Sri Petaling gathering, not 16,000". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2021. Dicapai pada 2021-06-06.
  3. ^ Health, DG of (2020-07-08). "Kenyataan Akhbar KPK 8 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia". From the Desk of the Director-General of Health Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-06-06.
  4. ^ Beech, Hannah (20 March 2020). "None of Us Have a Fear of Corona': The Faithful at an Outbreak's Center". New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  5. ^ "Despite Covid-19 threat, thousands of Muslim pilgrims gather in Indonesia". The Star. 18 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2020. Dicapai pada 21 March 2020.
  6. ^ "48% of nation's Covid-19 cases linked to Sri Petaling tabligh event". The Sun. 19 May 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2020. Dicapai pada 19 May 2020.
  7. ^ Che Mat, Nor Fazila; Edinur, Hisham Atan; Abdul Razab, Mohammad Khairul Azhar; Safuan, Sabreena (2020-05-18). "A single mass gathering resulted in massive transmission of COVID-19 infections in Malaysia with further international spread". Journal of Travel Medicine (dalam bahasa Inggeris). 27 (3). doi:10.1093/jtm/taaa059.
  8. ^ Health, DG of (2020-07-08). "Kenyataan Akhbar KPK 8 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia". From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-28. Dicapai pada 2021-06-28.
  9. ^ "Characteristics of COVID-19 epidemic and control measures to curb transmission in Malaysia". International Journal of Infectious Diseases (dalam bahasa Inggeris). 101: 409–411. 2020-12-01. doi:10.1016/j.ijid.2020.10.027. ISSN 1201-9712.
  10. ^ "How Mass Pilgrimage at Malaysian Mosque Became Coronavirus Hotspot". Reuters. 17 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2020. Dicapai pada 2 April 2020.
  11. ^ "Tabligh leader claims only 12,500 attended Sri Petaling gathering, not 16,000". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2021. Dicapai pada 2021-06-06.
  12. ^ "How Mass Pilgrimage at Malaysian Mosque Became Coronavirus Hotspot". Reuters. 17 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2020. Dicapai pada 2 April 2020.
  13. ^ "How Mass Pilgrimage at Malaysian Mosque Became Coronavirus Hotspot". Reuters. 17 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2020. Dicapai pada 2 April 2020.
  14. ^ "Despite Covid-19 threat, thousands of Muslim pilgrims gather in Indonesia". The Star. 18 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2020. Dicapai pada 21 March 2020.
  15. ^ Yasmin, Nur (20 March 2020). "Thirteen Indonesians Contract Covid-19 at Malaysia's Tabligh Islamic Gathering". Jakarta Globe. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 22 March 2020.
  16. ^ Cabrera, Ferdinandh B. (23 March 2020). "19 Filipino tablighs positive for COVID-19 quarantined in Malaysia". Minda News. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2020. Dicapai pada 25 March 2020.
  17. ^ Le, Chi (18 March 2020). "Another Malaysia returnee tests Covid-19 positive". VnExpress. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2020. Dicapai pada 20 March 2020.
  18. ^ Sukumaran, Tashny (19 March 2020). "How the coronavirus spread at Malaysia's tabligh Islamic gathering". South China Morning Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2020. Dicapai pada 21 March 2020.
  19. ^ Beech, Hannah (20 March 2020). "None of Us Have a Fear of Corona': The Faithful at an Outbreak's Center". New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  20. ^ Ram, Sadho (13 March 2020). "MOH Reveals That Over 14,500 Malaysians Attended The Sri Petaling Mosque Tabligh Assembly". Says.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  21. ^ Latiff, Rozanna; Bandial, Ain; Ananthalakshmi, A.; Donovan, Kirsten (14 March 2020). "Malaysia reports 41 new cases of coronavirus, most linked to religious event". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2020. Dicapai pada 15 March 2020.
  22. ^ Arumugam, Tharanya (14 March 2020). "14,500 M'sians at 'tabligh' gathering, 40 test positive for Covid-19". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2020. Dicapai pada 14 March 2020.
  23. ^ "How Mass Pilgrimage at Malaysian Mosque Became Coronavirus Hotspot". Reuters. 17 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2020. Dicapai pada 2 April 2020.
  24. ^ Asyraf Hasnan, Harits (29 March 2020). "Kluster jemaah tabligh COVID-19 memasuki generasi kelima" [COVID-19 Tabligh cluster entering fifth generation]. Astro Awani (dalam bahasa Malay). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2020. Dicapai pada 29 March 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  25. ^ "48% of nation's Covid-19 cases linked to Sri Petaling tabligh event". The Sun. 19 May 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2020. Dicapai pada 19 May 2020.
  26. ^ "How Mass Pilgrimage at Malaysian Mosque Became Coronavirus Hotspot". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 17 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2020. Dicapai pada 2 April 2020.
  27. ^ Ram, Sadho (19 April 2020). "Fact-Checking Dr Adham Baba's Claim That PH Failed To Contain The Tabligh Cluster". Says.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2020. Dicapai pada 22 April 2020.
  28. ^ Sipalan, Joseph; Richardson, Alex (11 March 2020). "Malaysia tracking 5,000 people possibly exposed to coronavirus at religious event". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2020. Dicapai pada 12 March 2020.
  29. ^ Latiff, Rozanna; Aravindan, Aradhana; Bandial, Ain; Birsel, Robert (12 March 2020). "Twelve coronavirus cases linked to Malaysian Islamic conference". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2020. Dicapai pada 12 March 2020.
  30. ^ "Malaysia confirms first sporadic case of coronavirus, indicating community spread". The Straits Times. 12 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2020. Dicapai pada 12 March 2020.
  31. ^ Hakim, Akmal (19 April 2020). "After 'Warm Water Method', Health Minister Reportedly Had Video Conference With "500 Countries"". The Rakyat Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2020. Dicapai pada 19 April 2020.
  32. ^ Lee, Rozanna Latiff, Liz (2020-11-23). "Malaysia to shut some Top Glove factories in phases amid virus outbreak". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-16.
  33. ^ Roundup, Kini (2020-11-25). "Teratai cluster now M'sia's largest ever, and other news you may have missed". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-16.
  34. ^ Ravindran, Ashswita (2021-03-12). "Four Months On, Malaysia's Largest Teratai Cluster Still Active". CodeBlue (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-12. Dicapai pada 2021-08-26.
  35. ^ "'We are all afraid': Rohingya face growing hostility in Malaysia as coronavirus crisis deepens". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Australian Broadcasting Corporation. 2020-04-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2021. Dicapai pada 2020-12-16.
  36. ^ Idris, Ika Karlina; Jalli, Nuurrianti. "How blaming others dominates Indonesian and Malaysian twitterspheres during COVID-19 pandemic". The Conversation (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2020. Dicapai pada 2020-12-16.