Kod QR ("QR" singkatan frasa bahasa Inggeris quick response. "tindak balas cepat") adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994.[1] Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar Kod Produk Sejagat (Universal Product Code, UPC) biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.

Kod QR untuk Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu
Taggingprozess.jpg

Penggunaan kod QR bebas daripada sebarang lesen. Ia kini diterbitkan sebagai piawai ISO.

FungsiSunting

Sesebuah kod QR terdiri daripada tiga segi empat yang unik pada penjuru imej kod. Ketiga-tiga bentuk ini merupakan titik yang disasarkan dan dikesan pengimbas imej digital 2 dimensi yang kemudiannya dianalisiskan oleh suatu pemproses yang diprogramkan.

Pemproses ini menentukan QR menggunakan (satu atau lebih segi empat yang lebih kecil pada penjuru keempat untuk menentukan saiz, orientasi serta sudut pandang. Selepas itu, titik-titik kecil sepanjang kod ini ditukarkan kepada nombor binari (perduaan) serta disahkan dengan algoritma pembetul ralat.

Rekaan kod yang bermata lebih dari satu penjuru ini membolehkan daya simpanan maklumat berganda dari kod palang yang hanya dapat menampung arah mendatar.

KegunaanSunting

Dalam pemasaranSunting

Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama.[2][3] Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.

Ia boleh digunakan untuk menyimpan maklumat akaun bank atau kad kredit; mahupun sebagai komponen utama dalam aplikasi pembayaran dalam talian (antara contoh yang terbaik ialah WeChat Pay[4] dan PayTM.[5])

Dalam pendidikanSunting

Kod ini juga digunakan dalam lingkungan pendidikan sebagai penyimpan bahan perkuliahan.[6] Selain itu, ia boleh diterapkan sebagai sarana mempermudahkan pengesahan ijazah dan transkrip secara nyata dan semasa.[7] Perpustakaan-perpustakaan boleh mengimplementasikan kod ini untuk pembayaran denda dan perkhidmatan umum yang disediakan.[8] Kod dapat dipasang pada kad pelajar tidak sahaja memudahkan pencatatan kehadiran siswa serta akses maklumat kepada para siswa, guru dan orang tua murid dalam proses pembelajaran atau pengajaran.

Fungsi lainSunting

Ada juga permainan video tertentu turut menerapkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada unsur mekanisme bermain atau cerita dalam permainan tersebut.[9][10]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ About 2D Code QR Code.com
  2. ^ Rimma Kats (23 Januari 2012). "Starbucks promotes coffee blend via QR codes". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2016. Dicapai pada 26 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Jenny Lee (4 Januari 2012). "Tesco's cool QR code advertising campaign". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2016. Dicapai pada 26 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "WeChat Pay". Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "PayTM". Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Puthut Ami Luhur (4 April 2018). "Unika Gunakan Barcode untuk Presensi Kuliah" (HTML). Suara Merdeka. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  7. ^ "Unika Soegijapranata Menyikapi Pemalsuan Ijazah" (HTML). News@Unika Soegijapranata. Universitas Katolik Soegijapranata. 21 September 2015. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  8. ^ Puthut Ami Luhur (4 Oktober 2018). "Bayar Denda di Perpustakaan Unika Bisa Pakai OVO". Suara Merdeka. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  9. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2017. Dicapai pada 23 Februari 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  10. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2017. Dicapai pada 23 Februari 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luarSunting