Kod Tangan Bahasa Malaysia

Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) merupakan satu-satu bentuk isyarat tangan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai bahasa komunikasi bagi orang yang pekak dan bisu.

Kod tangan ini juga dirujuk sebagai Bahasa Melayu Kod Tangan, iaitu bentuk yang didapati dalam Ethnologue.

Kod tangan ini diambil daripada Bahasa Isyarat Amerika, dengan tambahan beberapa isyarat tempatan, dan isyarat tatabahasa mewakili tambahan kata nama dan kata kerja dalam Bahasa Melayu. Kod tangan ini digunakan dalam sekolah-sekolah khas pekak untuk tujuan mengajar Bahasa Melayu.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting