Historia general de las Cosas de Nueva España ("Sejarah Umum Benda-benda Sepanyol Baru") ialah suatu kitab etnografi besar abad ke-16 dikarang Bernardino de Sahagún, seorang rahib mazhab Fransiskus berdasarkan pemerhatian dan penyelidikannya terhadap masyarakat Mesoamerika dalam semasa mengikuti rombongan peneroka dan penakluk Sepanyol ke Dunia Baru. Ia ditulis secara dwibahasa dalam bahasa Nahuatl dan bahasa Sepanyol hasil pengumpulan dan kerjasama dilakukan anak-anak didiknya di Sekolah Gereja Santa Cruz de Tlatelolco.

Historia jeneral de las cosas de Nueva España (asal dari Biblioteca Medicea Laurenziana ).

Salinan paling terpelihara naskhah ini tersimpan di Perpustakaan Laurentius di kota Firenze, negara Itali; kota ini juga memberi nama umum kepada manuskrip keseluruhannya iaitu Kodeks Firenze (Bahasa Itali: Codice fiorentino, Bahasa Sepanyol: Códice Florentino, Bahasa Inggeris: Florentine Codex). Kitab ini dimasukkan sebagai suatu Warisan Ingatan Dunia UNESCO pada tahun 2015.[1]

Pada tahun 2012, imbasan resolusi tinggi semua jilid kodeks ini telah dimasukkan ke dalam Perpustakaan Digital Dunia.[2]

SejarahSunting

PengaranganSunting

Sahagún menghasilkan karya ini sebagai suatu sumber penjelasan mengenai "perkara rohani, atau lebih tepatnya penyembahan berhala, manusia, dan semula jadi di Sepanyol Baru."[3] dengan tujuan membantu para mubaligh seperjuangannya menyebarkan ajaran Kristian melalui pemahaman adat setempat yang boleh disuaikan dengan pengajaran adat ini. Beliau sendiri membandingkan kerja pengarangan ini seumpama kajian dilakukan doktor untuk menyembuhkan "pesakit" yang menderita penyembahan berhala. Tiga keutamaan yang ditumpukan Sahagún ialah:

  1. Untuk menerangkan dan menjelaskan agama, kepercayaan, amalan, ketuhanan kuno orang peribumi lalu menolong paderi-paderi memahami agama "penyembah berhala" ini untuk menginjilkan orang-orang Aztek.
  2. Menghasilkan suatu perbendaharaan kata bahasa Nahuatl dituturkan tamadun Aztek tidak hanya sekadar kamus tetapi juga menjelask an asal usul budaya mereka dengan ilustrasi memahami konteks budaya bahasa dituturkan orang peribumi.
  3. Untuk merakam dan mendokumentasikan warisan budaya yang hebat dari masyarakat peribumi Sepanyol Baru.[4]

Ilustrasi-ilustrasi dalam kitab ini diamati dihasilkan orang-orang yang berpengalaman sebagai jurutulis diraja (tlacuilo) menerapkan unsur seni Eropah sezaman mereka.[5]

Versi terakhir kitab ini disiapkan pada 1569.[6] Sebanyak 22 gaya lukisan ilustrasi didapati berdasarkan yang disimpulkan karya 22 pengilustrasi berbeza dengan tahap kemahiran tersendiri.[7][8]

Kitab ini menjadi antara sasaran larangan dikenakan Majlis Hindia Sepanyol terhadap semua penulisan dalam bahasa-bahasa peribumi pada tahun 1575; namun Sahagún sempat menyalinkan dokumen ini sebanyak dua kali.

Penemuan semulaSunting

Dokumen ini tidak begitu diketahui semula sehingga akhir abad ke-18 melalui suatu ulasan bahasa Latin ditulis Angelo Maria Bandini mengenainya pada tahun 1793;[9] karya ini menjadi lebih dikenali pada abad ke-19, melalui keterangan diterbitkan P. Fr. Marcelino de Civezza pada tahun 1879.[9]

Kandungan bukuSunting

Terdapat sebanyak 12 buah jilid yang dihimpunkan dalam kodeks ini dibahagikan kepada tiga bidang utama: bahagian pertama menyentuh kepercayaan dan adat peribumi, bahagian kedua menyentuh ketamadunan melibatkan ehwal masyarakat dari segi politik, ekonomi dan budaya, bahagian ketiga menyentuh alam sekitar yang dimanfaatkan masyarakat Aztek.

Jilid-jilid yang terkandung adalah seperti berikut:[10]

  1. Dewa-dewi disembah masyarakat Aztek
  2. Upacara dan keramaian dilakukan orang Aztek memuja dewa-dewi ini
  3. Asal-usul dewa-dewi disembah dalam mitologi Aztek.
  4. Pernujuman dan tilik nasib
  5. Firasat yang dipercayai daripada pemerhatian haiwan setempat
  6. Seruan dewa-dewi apa yang ditujukan, retorik, pemikiran dan falsafah serta keagamaan masyarakat Aztek
  7. Perhitungan bulan, bintang dan matahari menandakan peredaran masa dalam budaya Aztek termasuk suatu "upacara api baru"
  8. Kerajaan dan pemerintahan tamadun Aztek
  9. Kegiatan para saudagar bergelar pochteca yang ada pengaruh menakluk kawasan diingini
  10. Sifat manusia yang wujud
  11. Hasil alam termasuk haiwan, tumbuhan dan galian diperolehi masyarakat Aztek
  12. Penaklukan Mexico oleh Sepanyol dari sudut pandang pihak Tenochtitlan-Tlatelolco yang ditawan.

RujukanSunting

  1. ^ "The work of Fray Bernardino de Sahagún (1499-1590)". Memory of the World. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  2. ^ "News Release: World Digital Library Adds Florentine Codex". Library of Congress. 31 Oktober 2012. Dicapai pada 12 November 2012.
  3. ^ H. B. Nicholson, "Fray Bernardino De Sahagún: A Spanish Missionary in New Spain, 1529-1590," in Representing Aztec Ritual: Performance, Text, and Image in the Work of Sahagún, ed. Eloise Quiñones Keber (Boulder: University of Colorado Press, 2002). Prologue to Book XI, Introductory Volume, page 46.
  4. ^ Alfredo López Austin, "The Research Method of Fray Bernardino De Sahagún: The Questionnaires," in Sixteenth-Century Mexico: The Work of Sahagún, ed. Munro S. Edmonson (Albuquerque: University of New Mexico Press, 1974). Page 121.
  5. ^ Jeanette Favrot Peterson. "The Florentine Codex Imagery and the Colonial Tlacuilo," in The Work of Bernardino de Sahagún: Pioneer Ethnographer of Sixteenth-Century Aztec Mexico, J. Jorge Klor de Alva et al. eds. Albany: Institute for Mesoamerican Studies. SUNY Albany 1988, p.273.
  6. ^ Howard F. Cline, "Evolution of the Historia General" in Handbook of Middle American Indians, Guide to Ethnohistorical Sources, Part 2, Austin: University of Texas Press, 1973, pp. 189-207.
  7. ^ Magaloni Kerpel, Diana (2014). The Colors of the New World. Los Angeles, California: Getty Research Institute. m/s. 27. ISBN 978-1-60606-329-3.
  8. ^ Donald Robertson, Mexican Manuscript Painting of the Early Colonial Period. New Haven: Yale University Press 1959, p. 178.
  9. ^ a b Dibble, "Sahagún's Historia", p. 16.
  10. ^ Bernardino de Sahagún, Florentine Codex: General History of the Things of New Spain (Translation of and Introduction to Historia General De Las Cosas De La Nueva España; 12 Volumes in 13 Books).

Pautan luarSunting