Kodi Rasheed

Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Zhazmeer "Kodi" Mohd Rasheed (lahir 16 Julai 1990) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Totoi dalam filem Ophilia (2014)[1][2] yang melayakkan beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27.[3]

Kodi Rasheed
Kodi di studio MeleTOP pada September 2015.
Kelahiran
Mohd Zhazmeer bin Mohd Rasheed

(1990-07-16) 16 Julai 1990 (umur 33)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2014–kini
Terkenal keranaOphilia
PasanganNor Fatihah Mahad (k. 2015; c. 2023)
Anak-anak2

Kerjaya sunting

Kodi memulakan kerjaya lakonan dengan membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Ophilia arahan Raja Mukhriz, ia turut dibintangi oleh Que Haidar dan Pekin Ibrahim. Filem ini ditayangkan pada 18 Disember 2014.

Selepas itu, beliau membintangi filem Coverina yang ditayangkan pada 19 Februari 2015. Filem arahan Khalid Nadzri itu turut dibintangi oleh Pekin dan Siti Elizad.

Pada tahun 2016, beliau membintangi bersama Johan As'ari, Ezzaty Abdullah dan Zulkifli Ismail dalam episod drama Kifarah Mistik "Haruman Setanggi" yang disiarkan di Slot Zehra TV3, sekaligus ia menjadi drama pertama lakonannya.

Kehidupan peribadi sunting

Pada 31 Ogos 2015, Kodi berkahwin dengan Nor Fatihah Mahad di Pusat Konvensyen Ideal, Batu Caves.[4] Beliau dikurniakan dua anak.[5]

Filemografi sunting

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Ophilia Totoi Filem pertama
2015 Coverina Kodi
2017 Kau Yang Satu Rico
KL Wangan Salleh
2019 Till Death: Azalea's Wrath Samad Ditayangkan di Netflix
2020 M4M4 Apai
Bikin Filem Perompak 2
2022 Hantu Mok Joh
Renjana Rahman
Seratus Kuncu King 2
Halimun Adi
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Bintara Muda (M) Mat Bon
2024 Leha Khai
Sheriff Firdaus
Sahul Bhai Pos-produksi
Masterpicisan Petak Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Kifarah Mistik Quddus TV3 Episod: "Haruman Setanggi"
2016 Mr. Boss Miss Stalker Khairul
BOMBA Hero Zaki TV2
Umairah Ben TV3
Permata Rasul Imam Abu Hanifah Astro Oasis
2017 Cerita Ramadan Hazim Pak Su Hanafi TV2
2018 Dia Anak Jeneral Syafiq
Cinta Fatamorgana Hakim TV3
KOPI Hashim Tonton Episod: "Venti"
Ammar & Opie Nizam TV3
13 Khurafat Busu Astro Prima Episod: "Pukau"
Sesegar Nailofar Nazim TV1
2019 Detak Cinta Stetoskop Dr Amir TV Okey
Penjejak Ifrit Iskandar Astro Prima
Rumah Siti Khadijah Anip TV3
Sembil9n Beking Astro Citra
2019–2021 Black 419 Viu
2020 Ryan Aralyn Aliff TV3
2021 Kisah Mr Cinderella Mufazzal TV Okey
Sabarlah Duhai Hati Rizal TV3
2022 Bisik Bisik Gelora Yahya
Ijab Kabut Saiful Viu
Luka Di Hati Diya Megat TV1
Teguh Amar
2023 Saya Tunggu Awak Hanafi
2024 Menanti Senja Zaki TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Cahaya Malaika Alif TV3
Lorong Kecil Ke Syurga Din TV9
2016 Bila Tiba Saatnya Moin TV3
Mati Tunggu Sekejap Aiman Astro Oasis
Aku Bukan Rasul Sudin TV2
2017 Cinta Gred A Zack TV3
Purnama Isa
Aku Mahu Hidup Abg Joe TV9
2018 Kitab Sijjin Musa Astro Citra
Ratu Kebaya Masuk U Mufazzal TV2
Cahaya Di Hujung Terowong Tam TV1
Korban Jalil & Jiman Leman
Korban Penunggu Hospital Corrie Astro Citra
2019 Telapak Waktu Ali TV3
Abang! Adik Patah Balik Loqman TV1
Matahari Yazid Astro Citra
2021 44 Hari Bangkitnya Pocong Aizat
Ayat Dari Langit Jawwad
2022 Semua Tentang Kita Syafiq TV3
Busung Katak Salim Astro Citra
2023 Mistik Bilik Mayat Yusof TV AlHijrah

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2017 Snap Pengacara TV1

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2015
Festival Filem Malaysia ke-27
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Ophilia Menang [3]
2016
Anugerah Sri Angkasa 2016
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Lorong Kecil Ke Syurga Menang [6]

Rujukan sunting

  1. ^ Amirah Amaly Syafaat (8 September 2015). "Tuah berganda Kodi Rasheed". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (8 September 2015). "Kodi Rasheed anggap trofi FFM rezeki kahwin". Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  3. ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (15 September 2015). "Siang dapat isteri, malam terima anugerah". Harian Metro. Dicapai pada 21 Januari 2018.
  4. ^ Kemalia Othman (13 September 2015). "Kahwin Bukan Halangan Kodi Rasheed Aktif Sebagai Pelakon". mSTAR Online. Dicapai pada 10 Februari 2019.
  5. ^ Kamaruddin Razal (21 Julai 2019). "Kongsi birthday dengan anak kedua, Kodi Rasheed pilih nama sultan". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Januari 2020.
  6. ^ Zaidi Mohamad (22 November 2016). "Hero kacak, sado punca bakat Kodi Rasheed tersisih". Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2018.

Pautan luar sunting