Kolej / Maahad Hafiz Klang

Kolej / Maahad Hafiz yang terletak di pusat bandar Klang merupakan sebuah institusi pendidikan yang bertujuan melahirkan pelajar dan profesional yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah serta tahfiz Al-Quran. Badan penggerak Kolej/Maahad mengharap membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam urusan duniawi malah insya'Allah berjaya di Hari Akhirat kelak. Kolej/Maahad Hafiz menyediakan pendidikan bermula dari tadika sehinggalah ke peringkat diploma dengan menekankan konsep "Sekolah Pondok Moden".

Kolej / Maahad Hafiz Klang
Logo rasmi korporat Kolej / Maahad Hafiz
Lokasi
Klang, Selangor
Maklumat
JenisSekolah swasta
MotoKe Arah Melahirkan Professional Islam Yang Hafiz Al-Quran
Ditubuhkan1983
GredTadika, sekolah rendah & menengah, ma'ahad
Laman sesawang

Visi dan misi sunting

Visi
Melahirkan golongan profesional Islam yang hafiz Al-Quran.
Misi
Melahirkan generasi al-Quran dalam menuju wawasan 2020 di bumi Allah.

Moto sunting

  • Utama:
"Ke Arah Melahirkan Professional Islam Yang Hafiz Al-Quran"
  • Maahad/Kolej Hafiz:
"Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran Di Bumi Allah"
  • Sekolah Menengah Hafiz:
"Ke Arah Insan Akademis Bertaqwa"

Sejarah ringkas sunting

  • 1983, Institut Hafiz ditubuhkan di pusat bandar Klang sebagai pusat tuisyen bermula dengan satu tingkat yang mempunyai 3 kelas.
  • 1986, Restoran Hafiz ditubuhkan untuk menampung pengurusan makanan pelajar asrama dan waktu rehat pelajar.
  • 1987, Institut Hafiz (cawangan Klang) ditubuhkan di Jeram, Sungai Buluh Kuala Selangor.
  • 1989, Kolej Hafiz ditubuhkan untuk mengadakan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat.
  • 1993, Madrasah Hafiz Klang ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan Profesional Islam yang hafiz Al-Quran.
  • 1999, Madrasah Hafiz Sungai Pinang ditubuhkan dengan masjid lama Sungai Pinang sebagai tempat pembelajaran.
  • 2000, Tadika Hafiz ditubuhkan untuk penyediaan pelajar-pelajar Tahfiz Al-Quran di peringkat pra-sekolah.
  • 2001, Sekolah Rendah Hafiz ditubuhkan untuk menyediakan pelajar Tahfiz Al-Quran peringkat menengah rendah. Sekolah Menengah / Ma'ahad Hafiz (cawangan Sungai Pinang) yang baru, ditubuhkan untuk menampung pelajar yang semakin bertambah.
  • 2002, Mendapat pengiktirafan Diploma Maahad dari Universiti Islam Madinah dan Universiti al-Azhar Mesir. Misi penghantaran pertama pelajar-pelajar Hafiz ke Universiti al-Azhar dan Universiti Islam Madinah. Serta penghantaran perintis pertama pelajar perempuan Malaysia dalam bidang Tahfiz al-Quran dan Qiraat peringkat Ijazah ke Universiti Al-Azhar Mesir.
  • 2003, Pusat Tuisyen Hafiz ditubuhkan kembali untuk meningkatkan kecemerlangan dalam pengajian akademik.
  • 2004, Mendapat pengiktirafan yang pertama di Malaysia dari Universiti Al-Azhar ke fakulti Al-Quran cawangan Tanta. Menghantar kertas kerja Pengiktirafan Ijazah Lanjutan (Master) Fakulti Al-Quran Universiti Al-Azhar cawangan Tanta ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) , Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), JAPIM , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Telah mendapat kelulusan Akridetasi Provisional dari Lembaga Akridetasi Negara (LAN) kini Malaysia Quality Agency (MQA) dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam mengendalikan kursus peringkat Diploma "Tahfiz Al-Quran dan Qiraat" / kursus peringkat Diploma Syariah dan Tahfiz dalam proses untuk mengendalikan kelulusan.

Cawangan sunting

Tadika Hafiz sunting

 
Logo Penggunaan Rasmi Tadika Hafiz Klang

Tadika Hafiz diwujudkan bertujuan memberikan pendidikan asas untuk agama, KBSR dan hafalan Al-Quran bagi melayakan mereka masuk ke Sekolah Rendah Kebangsaan, Seklolah Rendah Agama atau Tahfiz Quran (Sekolah Rendah Hafiz). Lokasi cawangan Tadika Hafiz adalah terletak di No. 9, Jalan Jingga 1, Off Jalan Batu 3 Lama, 41300 Kalng, Selangor. No perhubungan: Tel : 03-3342 5875 / 03-3344 5945.

Sekolah Rendah Hafiz sunting

Pihak Kolej/Madrasah Hafiz telah menubuhkan Sekolah Rendah Hafiz untuk mengukuhkan lagi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang disampaikan di pra sekolah (Tadika). Di sekolah rendah ini, pelajar-pelajar dibimbing untuk menghafaz Al-Quran 30 juzuk selama 6 tahun iaitu dari darjah 1 hingga darjah 6 (1 tahun = 5 juzuk) di samping madah-madah asas yang dipelajari. Sistem pengajian KBSR pula melayakkan pelajar-pelajar mengambil peperiksaan UPSR dan tamat pengajian sekolah rendah di bawah sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia. Lokasi cawangan Sekolah Rendah Hafiz adalah terletak di Batu 2, Jalan Kapar, Sungai Pinang Bandar, 41300 Klang, Selangor. No perhubungan: Tel : 03 - 3344 0030.

Madrasah Hafiz sunting

  • Menengah Tinggi dan Diploma (pusat)

Sekolah Menengah Hafiz suatu ketika dahulu dikenali sebagai INSTITUT HAFIZ. Telah ditubuhkan hampir 22 tahun. Sepanjang penglibatan di dalam bidang pendidikan telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di dalam dan di luar negara. Di atas kejayaan yang memberangsangkan ini pihak Hafiz diberi pengiktirafan untuk maju kehadapan dengan penubuhan KOLEJ HAFIZ dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA HAFIZ. Lokasi cawangan Kolej / Ma'ahad Hafiz, Jalan Batu 3, 41300 Klang, Selangor Darul Ehsan. No perhubungan: Tel: 03-3342 5872 / Fax: 03-33410904. Sekolah Menengah Hafiz Klang dan Kolej Hafiz (cawangan pusat) menempatkan para penuntut/pelajar Hafiz lelaki dan wanita dari aliran sains (Tingkatan 3, 4 dan 5 sains tahfiz) serta mahasiswa dan mahasiswi Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat.

  • Menengah Rendah (Muslimin) Menengah Rendah

Merupakan cawangan Sungai Pinang, Klang yang menempatkan sekolah/Madrasah bagi penuntut Hafiz menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3). No perhubungan: Tel: 03-3344 0030.

  • Maahad Hafiz (Muslimat)

Merupakan cawangan Jeram, Kuala Selangor yang menempatkan sekolah/Madrasah bagi penuntut Hafiz menengah rendah dan tinggi untuk aliran sastera/perdagangan (tingkatan 1 perdangangan hingga 5 perdagangan). No perhubungan: Tel : 03-3264 9217.

Pautan luar sunting