Kolej Lelaki Malvern

Kolej Lelaki Malvern atau dalam bahasa Inggeris; Malvern College adalah pusat pendidikan tambahan dan sekolah bebas yang terletak di Malvern, Worcestershire di England. Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1865, ia merupakan salah satu dari 24 buah sekolah kebangsaan di UK yang tersenarai di dalam Buku Tahunan Sekolah Kebangsaan 1889. Sehingga tahun 1992, kolej ini telah menjadi sekolah menengah untuk pelajar lelaki berusia 13 hingga 18 tahun. Berikutan siri penghijrahan, dengan sekolah rendah swasta dan kewujudan sekolah perempuan dikawasan tersebut, ia telah menjadi pusat pendidikan tambahan khusus untuk para pelajar berumur 3 hingga 18 tahun.

Kolej ini telah menjadi ahli kepada Rugby Group iaitu merupakan gagasan sekolah-sekolah bebas British yang terbaik.

Sekolah/kolej ini telah lama dikenali sebagai salah satu sekolah di Britain yang mempunyai pencapaian inovatif yang boleh dibanggakan khususnya dalam bidang pendidikan dan sukan. Diantara bekas pelajar dan alumni yang pernah menuntut di kolej ini suatu ketika dahulu ialah Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib bin Abdul Razak, dua (2) penerima hadiah berprestij Nobel Laureates dan pemenang medal Emas Olimpik. Novelis terkemuka, C. S. Lewis, yang menulis cerita epik The Chronicles of Narnia, adalah bekas pelajar sekolah ini.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting


Pautan luar sunting

Koordinat: 52°06′14.97″N 2°19′34.30″W / 52.1041583°N 2.3261944°W / 52.1041583; -2.3261944