Kolej MARA Banting

Koordinat: 2°49′13″N 101°37′26″E / 2.82022°N 101.62394°E / 2.82022; 101.62394

Kolej MARA Banting (singkatan: KM Banting) merupakan sebuah institusi pengajian pra-universiti di bawah nama Kolej MARA, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kampung Labohan Dagang, kira-kira 16KM dari bandar Banting di negeri Selangor.

Kolej MARA Banting
كوليج مارا بنتيڠ
Alamat
Bukit Changgang
Jalan Kampung Labohan Dagang
Banting, 42700, Selangor
Malaysia
Maklumat
Nama lainKMB
Jenis sekolahPendidikan Pra-Universiti
DitubuhkanJulai 1992
StatusBeroperasi
PengarahPn. Mini Zanita binti Zakaria
Timb. Pengarah
Hal Ehwal Akademik
Pn. Rosmaria binti Abdullah
Timb. Pengarah
Hal Ehwal Pelajar
Pn. Noor Zilawati binti Sabtu
Sistem pendidikanProgram Diploma IB
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganBerdisiplin, Berilmu, Beramal
Nama alumniAlumni KMB
Laman sesawang
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022


Sejarah sunting

Penubuhan kolej sunting

Kolej MARA Banting telah ditubuhkan pada Julai 1992, dikenali sebagai Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Banting. MRSM Banting menawarkan program Diploma International Baccalaurette (IB) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1994, MARA menjenamakan MRSM Banting kepada Kolej MARA Banting[1]. Selain daripada program IB, Kolej MARA Banting pernah menawarkan program pra-universiti lain seperti Program Asasi Sains UM (1999-2000) dan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (2000-2002)[1].

Kolej MARA Banting merupakan institut yang telah ditauliahkan oleh Yayasan International Baccalaurette untuk menjalankan program Diploma IB sejak Oktober 1990[2]. Setakat tahun 2021, seramai 10,093 orang pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka dalam Diploma IB ini, di mana hampir keseluruhannya menyambung pengajian di universiti-universiti terkemuka[3].


Kemasukan sunting

Kolej MARA Banting tidak membuka permohonan kemasukan kepada umum, sebaliknya hanya menerima pelajar tajaan penuh MARA dan juga tajaan dari penaja lain[4]. Pelajar-pelajar lepasan SPM dari MRSM juga berpeluang untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma IB ini menerusi Skim Pelajar Cemerlang[5].


Pencapaian sunting

Akademik sunting

Pada tahun 2021, Kolej MARA Banting disenaraikan antara institut International Baccalaurette (IB) paling cemerlang di dunia apabila mencatatkan purata markah sebanyak 40 mata, berbanding dengan catatan purata 33.02 mata yang direkodkan oleh kesemua institut IB antarabangsa[3], dalam peperiksaan IB yang telah diadakan pada bulan Mei 2021. Seramai 141 pelajar telah menduduki peperiksaan IB dengan lebih daripada separuhnya mencatatkan markah lebih daripada 40 mata[3].


Rujukan sunting

  1. ^ a b "History". Kolej MARA Banting. Dicapai pada 9 Disember 2022.
  2. ^ "MARA College Banting". International Baccalaureate Organization. Dicapai pada 9 Disember 2022.
  3. ^ a b c "Kolej Mara Banting among world's best IB colleges — Mara chairman". Selangor Journal. 14 Julai 2021. Dicapai pada 9 Disember 2022.
  4. ^ "Admission". Kolej MARA Banting. Dicapai pada 9 Disember 2022.
  5. ^ Mohd Shariff, Normawati; Abd Razak, Mazlina; Daud, Zalina (22 Mei 2019). "Analysing international baccalaureate Students' academic performance at Kolej MARA, Banting" (PDF). Journal of Advanced Research Design. 32 (1 (2017)): 1–4. ISSN 2289-7984. Dicapai pada 9 Disember 2022.


Lihat juga sunting