Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) ialah sebuah kolej matrikulasi yang terletak di Tangkak, Johor, Malaysia.[1] Kolej ini telah mula beroperasi pada bulan Mac 2002, ketika program pendaftaran dan pengambilan pelajar baru buat kali pertama bagi sesi 2002/2003. Pada tahun tersebut, seramai 950 orang pelajar mendaftar di kolej ini dengan kekuatan asal tenaga pengajar yang hampir mencecah 100 orang.
![]() | |
Moto | Tumblr Dihatiku |
---|---|
Ditubuhkan pada | 1 Mac 2002 |
Pengarah | Tn Haji Mohd Yusof Bin Samad |
Staf pentadbiran | 192 |
Lokasi | |
Laman sesawang | www.kmj.matrik.edu.my |
Kolej ini menawarkan program sains dan perakaunan iaitu Sains Sistem Dua Semester (S2S), Sains Sistem Empat Semester (S4S) dan Perakaunan Sistem Dua Semester (S2S).
Sejarah KolejSunting
Kolej Matrikulasi Johor mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan pengambilan pertama pelajar dalam lingkungan 800 orang. Ianya merupakan kolej matrikulasi keenam dibuka selepas Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Melaka, Kolej Matrikulasi Labuan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Kolej ini terletak di daerah Tangkak dan lokasinya berdekatan dengan jalan utama ke Segamat. Keluasan kampus ini adalah sekitar 56 ekar dan dikelilingi dengan kawasan yang sedang membangun serta berhampiran kawasan rekreasi Gunung Ledang yang menjadi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan untuk menjalankan aktiviti rekreasi.
Visi dan MisiSunting
- Visi
Kolej Matrikulasi Johor penjana pelajar berkualiti ke Institusi Pengajian Tinggi.
- Misi
Beriltizam menyedikan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah melalui pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Dasar KualitiSunting
Kolej Matrikulasi Johor Beriltizam Memberi Perkhidmatan Berkualiti Dalam Pengurusan Hal Ehwal Akademik, Pelajar Dan Pembangunan Staf Bagi Memastikan Pelanggan Mendapat Manfaat Terbaik Melalui Perlaksanaan Sistem Pengurusan Berkualiti Yang Berkesan Secara Berterusan.
PentadbiranSunting
Senarai PengarahSunting
Bil. | Nama Pengarah | Tahun |
---|---|---|
1 | En. Jailani bin Rusni | 2002-2004 |
2 | Tn. Haji Solehan bin Remot | 2004-2005 |
3 | Tn. Haji Abdul Wahab bin Sungip | 2005-2007 |
4 | Tn. Haji Abdullah bin Mohd Idris @ Idris | 2007-2011 |
5 | Tn. Haji Sasman bin Haji Yasir @ Suleiman | 2011-2014 |
6 | Tn. Haji Zaidi bin Yazid | 2014-2015 |
7 | Pn. Nor Haslinda binti Tahir | 2015-2018 |
8 | Tn. Haji Mohd Yusof bin Samad | 2018 - sekarang |
Pentadbiran TertinggiSunting
Jawatan | Nama |
---|---|
Pengarah | Tuan Haji Mohd Yusof bin Samad |
Timbalan Pengarah | En. Muhamad Fariq bin Che Mee |
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar | En. Azman bin Abdul Rahman |
Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial | Pn. Rozilah binti Mohd Yatim |
Ketua Jabatan Matematik | En. Mohd Rosdi bin Rawi |
Ketua Jabatan Sains | En. Nor Mazlan bin Asrar |
Ketua UnitSunting
Ketua Unit | Nama |
---|---|
Kimia | En. Mohamad Zaki bin Mohamad Zaid |
Biologi | En. Elham bin Ismail |
Fizik | En. Zulkiflie bin A. Wahab |
Matematik | Nur Zuliana binti Mustafa |
Sains Komputer | En. Nik Abdul Jamil bin Muhammad |
Bahasa Inggeris | Nurul Fadiah binti Yahya |
Pendidikan Islam dan Moral | En. Abdul Hisham bin Md Jani |
Ekonomi | En. Ahmad Rifaei bin Mohd Aini |
Pengajian Am | Nurul Hikmah binti Amir |
Perakaunan | En. Khairul Nizam bin Ismail |
Pengurusan Perniagaan | Aishah binti Ali |
Kokurikulum | En. Momfarid bin Ngadiman |
Jabatan SainsSunting
Unit KimiaSunting
Unit Kimia terletak di aras 2 bangunan pentadbiran KMJ. Unit ini terdiri daripada 40 orang pensyarah yang merangkumi pensyarah bagi S2S dan S4S. Unit ini diterajui oleh:
- Ketua Unit Kimia: Mohamad Zaki bin Mohamad Zaid
- Penolong Ketua Unit 1: Puan Wan Noraini binti Wan Omar
- Penolong Ketua Unit 2: Puan Zuraidah binti Ahmad
Unit BiologiSunting
Unit Biologi KMJ bernaung di bawah Jabatan Sains dengan kekuatan seramai 24 orang pensyarah. Unit Biologi terletak di aras 2 bangunan pentadbiran KMJ. Unit ini diterajui oleh:
- Ketua Unit: En. Elham bin Ismail
- Penolong Ketua Unit 1: Puan Rohaya binti Che Sab
- Penolong Ketua Unit 2: En. Wan Muhammad Amir bin Wan Ramli
Unit FizikSunting
Unit Fizik berada di aras 2 bangunan pentadbiran KMJ. Unit ini terdiri daripada 32 orang pensyarah dan diketuai oleh ketua unit, En. Zulkiflie bin Abdul Wahab.
Jabatan MatematikSunting
Unit MatematikSunting
Unit Matematik diletakkan di bawah Jabatan Matematik yang diketuai oleh Ketua Jabatan, En. Mohd Rosdi bin Rawi yang ditempatkan di aras satu bangunan pentadbiran. Pada masa ini, unit matematik mempunyai tenaga kerja seramai 34 orang pensyarah. Unit ini diketuai oleh:
- Ketua Unit: Puan Nurul Dasila binti Mat Daud
- Penolong Ketua Unit: Puan Halimatul Saadiah binti Hashim
Subjek Matematik yang ditawarkan kepada pelajar adalah:
- Matematik Sains (SM015/SM025) - Pelajar Sains Sistem Dua Semester (S2S)
- Matematik Sains (DM015/DM025/DM035/DM045) - Pelajar Sains Sistem Empat Semester (S4S)
- Matematik Akaun (AM015/AM025) - Pelajar Perakaunan Sistem Dua Semester (S2S)
Unit Sains KomputerSunting
Unit Sains Komputer berada di bawah Jabatan Matematik. Pensyarah di unit ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang ICT. Kebanyakan mereka merupakan pendidik dari sekolah dan memilih untuk berkhidmat di kolej matrikulasi sehingga ke hari ini. Setiap pensyarah mempunyai kelulusan dalam pelbagai bidang berkaitan komputer seperti kejuruteraan perisian, pengaturcaraan, multimedia, sistem rangkaian dan sebagainya.
Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains SosialSunting
Unit Bahasa InggerisSunting
- Visi: To produce competent users of the language for tertiary education
- Misi: The unit is dedicated to prepare students who can function effectively in social and academic contexts through learning processes which promote creative and critical thinking.
Unit Pendidikan Islam & MoralSunting
Unit Pendidikan Islam dan Moral terletak di aras 1 bangunan pentadbiran. Unit ini terdiri daripada 9 orang pensyarah. Unit Pendidikan Islam dan Moral merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar matrikulasi.
- Misi: Unit Pendidikan Islam dan Moral berusaha mendidik pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi sahsiah dan akademik melalui pengajaran dan bimbingan yang berterusan.
- Visi: Unit Pendidikan Islam dan Moral merupakan pemangkin kemantapan dan kecemerlangan modal insan.
Unit EkonomiSunting
Kursus Ekonomi 1 & 2 merupakan salah satu kursus yang ditawarkan dalam Kursus Pengkhususan Jurusan Perakaunan Program Matrikulasi.
Kursus ini terbahagi kepada Ekonomi 1 (AE015) dan Ekonomi 2 (AE025). Pada semester 1, pelajar diperkenalkan kepada konsep asas Mikroekonomi yang berkaitan dengan gelagat pengguna dan gelagat pengeluar. Aplikasi teori Mikroekonomi amat relevan dalam membuat keputusan ekonomi yang rasional.
Pada semester 2, pelajar diperkenalkan kepada konsep asas Makroekonomi yang berkaitan dengan pembolehubah makroekonomi dan penentu kegiatan ekonomi. Aplikasi teori Makroekonomi amat relevan untuk menerangkan dan memahami perkembangan ekonomi semasa.
Unit Pengajian AmSunting
Unit Pengajian Am terletak di aras 1 bangunan pentadbiran. Unit ini terdiri daripada 3 orang pensyarah. Pengajian Am merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar matrikulasi.
Unit PerakaunanSunting
Unit Perakaunan Kolej Matrikulasi Johor ditubuhkan pada tahun kolej mula beroperasi iaitu 2002. Unit Perakaunan menyokong Visi kolej iaitu Kolej Matrikulasi Johor penjana pelajar berkualiti ke Institusi Pengajian Tinggi dan Misi kolej iaitu beriltizam menyediakan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah melalui pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Unit Pengurusan PerniagaanSunting
Unit Pengurusan Perniagaan Kolej Matrikulasi Johor ditubuhkan pada tahun kolej mula beroperasi iaitu 2002. Unit Pengurusan Perniagaan menyokong Visi kolej iaitu Kolej Matrikulasi Johor penjana pelajar berkualiti ke Institusi Pengajian Tinggi dan Misi kolej iaitu beriltizam menyediakan pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah melalui pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Jabatan Pengurusan PelajarSunting
Unit Hal Ehwal PelajarSunting
PengenalanSunting
Unit HEP terletak di aras bawah bangunan pentadbiran. Unit ini terdiri daripada dua orang Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan seorang Pembantu Operasi.
Visi, Misi dan MottoSunting
- Visi: Melahirkan pelajar yang baik sahsiah, tinggi akal budi, selari dengan kecemerlangan akademiknya.
- Misi: Memastikan kebajikan dan perkhidmatan kepada pelajar memangkinkan peningkatan nilai diri pelajar melalui program-program yang dirancang.
- Motto: Kebajikan Anda Keutamaan Kami
ObjektifSunting
- Memastikan proses pendaftaran pelajar berjalan dengan lancar dan semua pelajar mendapat bilik penginalan pada hari yang sama.
- Membina jati diri pelajar yang selaras dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar menjadi pelapis profesional bumiputera dan pemimpin masa hadapan.
- Memastikan setiap pelajar dapat menjalani kehidupan yang selesa dan harmonis dalam proses mencapai kecemerlangan akademik.
Unit Kaunseling & KerjayaSunting
PengenalanSunting
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
Visi dan MisiSunting
- Visi: Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, terapeutik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan kolej.
- Misi: Penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuaj, keterampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat madani melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan, beramanah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Unit KokurikulumSunting
PengenalanSunting
Membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, bersemangat patriotik, berketerampilan, mempunyai daya tahan, mempunyai daya kepimpinan, bertanggungjawab, berdikari, peka dengan masalah persekitaran serta mengamalkan gaya hidup yang sihat di dalam kehidupan seharian sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
ObjektifSunting
- Merangsang pengisian masa lapang dengan aktiviti berfaedah, memberi kegembiraan serta menyebabkan pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri melalui kegiatan kokurikulum.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola, melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum di samping membentuk disiplin, jati diri dan daya juang menerusi aktiviti yang disediakan.
- Membentuk pelajar yang mempunyai kestabilan emosi, kejelekitan kelompok dan saling hormat-menghormati tanpa mengambil kira latar belakang sosio-ekonomi.
- Mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan.
Unit PeperiksaanSunting
Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Johor adalah unit yang menguruskan perkara berkaitan peperiksaan di kolej. Unit peperiksaan diletakkan di bawah Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, Tuan Haji Mohd Yusof bin Samad dan Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, En. Muhammad Fariq bin Che Mee. Unit Peperiksaan ditempatkan di bilik aras bawah bangunan pentadbiran berhadapan dengan bilik Ketua Jabatan Matematik dan Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas.
Unit ini terdiri daripada dua orang pegawai peperiksaan iaitu Penolong Pengarah Peperiksaan I, Tuan Haji Mohd Tajuddin bin Abd Halim dan Penolong Pengarah Peperiksaan II, En. Mohd Azham Shah bin Abdul Aziz yang menjalankan tugas-tugas berkaitan peperiksaan di Kolej Matrikulasi Johor serta dibantu oleh seorang Pembantu Operasi, En. Muhammad Riduan bin Md. Nor.
FasilitiSunting
Lagu Persada GemilangSunting
Kami generasi harapan
Menjunjung citra mulia
Berdisiplin ketrampilan
Mercu tanda kejayaan
Perkasakan jati diri
Cemerlangkan akademik
Iltizam menuju jaya
Ikrarku padamu
Kolej Matrikulasi Johor
Wahana ilmu berzaman
Majulah bangsa dan negara
Tuhan berkatilah
Bersamalah dijayakan
Wawasan negara murni
Aspirasi kolej dihayati
Persada ilmu gemilang
AlamatSunting
Kolej Matrikulasi Johor,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak,
Johor Darul Takzim
Emel: info.matrik@kmj.matrik.edu.my
Aduan: aduankmj@gmail.com
Tel: 06-978 1613
Fax: 06-978 1672
RujukanSunting
- ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-08.