Kolej Teknologi Timur

Kolej Teknologi Timur (KTT) ialah sebuah kolej yang terletak di Bandar Baru Salak TInggi,Sepang, Selangor, Malaysia. Kolej ini yang memulakan operasinya pada 6 Jun 1997 dimiliki oleh Hiraki Timur Sdn. Bhd., sebuah syarikat bumiputera yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Sarit bin Haji Yusoh, Ahli Parlimen Temerloh, Pahang. [[Norayini binti Ali |Datin Hajah Norayini binti Ali ialah Ketua Pegawai Eksekutif kolej ini.

Kolej Teknologi Timur.


Sejarah sunting

KTT memulakan operasinya pada 1997 dengan pengambilan pelajar persendirian untuk Program Peringkat Lanjutan (A-Level) serta Program Asas Universiti (UFP). Pada 2 Jun 1997, KTT mula menjalankan program Matrikulasi Sains Biologi dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). KTT kemudiannya menjalankan program Matrikulasi Sains Universiti Sains Malaysia (USM), Matrikulasi Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), Matrikulasi Sains UKM, Diploma Sains Komputer UPM, serta Sijil Sains Komputer.

KTT adalah antara beberapa Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dipilih untuk menjalankan program Matrik Sains & Perakaunan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rujukan sunting