Kolej Tingkatan Enam Puchong

Kolej Tingkatan Enam Puchong, merupakan sebuah pusat tingkatan enam mod 1 yang terletak di Batu 8, Jalan Puchong.

Kolej Tingkatan Enam Puchong
Lokasi
Jalan Puchong,, Puchong, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Tingkatan Enam dan Pusat Tingkatan Enam
MotoUsaha Berteraskan Ilmu
Nombor sekolah+603-80702830
Kod sekolahBEA8609[1]
Faks+603-80761967
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 8 memiliki 614 pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1284 orang. Ia mempunyai seramai 86 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Batu Lapan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1985 di Batu Lapan, Jalan Puchong. Sekolah ini agak dingin kerana dikelilingi hutan dan terletak di atas bukit. Tujuan penubuhan sekolah ini ialah bagi menampung kemasukan murid-murid Darjah Enam ke Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu. Selain itu, bagi memudahkan para ibu bapa yang tinggal berdekatan supaya tidak perlu menghantar anak mereka ke satu-satunya sekolah menengah yang berdekatan pada masa itu yang terletak di Batu 14.

Nama sekolah ini diambil daripada nama tempat letaknya sekolah iaitu di Batu Lapan Jalan Puchong. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk mencari lokasi sekolah ini. Terdapat syor-syor untuk menukar nama SMK Batu Lapan Jalan Puchong tetapi terdapat bantahan daripada ibu bapa dan guru-guru berketurunan Cina kerana dalam kepercayaan orang Cina, nombor lapan bererti tuah. Diharapkan melalui pengekalan nama ini, sekolah ini akan terus maju dan progresif menuju ke visi sekolah. Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahan yang pertama pada tahun 1985 dengan 261 orang pelajar dan 14 orang guru. Dalam tempoh 25 tahun, bilangan pelajar dan guru telah bertambah berkali ganda dan jumlahnya sekarang telah meningkat kepada 1477 dan 97 orang guru (November 2010). 

Bangunan asal iaitu blok A, B, C dan kantin telah dibina dengan kos RM 1.5 juta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan Bank Dunia. Seterusnya, bangunan tambahan telah dibina untuk menampung pertambahan pelajar. Disamping itu, sebuah jentera pam air automatik telah dibekalkan untuk menguatkan tekanan air kerana faktor sekolah ini terletak di atas bukit.

Perpustakaan, bilik sembahyang dan beberapa prasarana lain telah ditambah satu per satu mengikut tahun. Padang permainan telah disediakan di bawah bukit untuk memudahkan para penonton menonton permainan tersebut dari atas. Persatuan Bahasa Melayu, St. John Ambulans dan Pasukan Bola Sepak merupakan antara persatuan dan kelab pertama yang tubuhkan.

Pada tahun 2006, satu blok iaitu blok G dibina untuk memulakan kelas Tingkatan 6 Sains dan 6 Sastera telah dibuka buat julung-julung kalinya. Bagi aliran Sains, subjek Pengajian Am, MUET, Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik ditawarkan manakala bagi aliran Sastera subjek Pengajian Am, MUET, Prinsip Akaun, Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Matematik ditawarkan.

Lagu Sekolah sunting

Membina Akhlak Yang Mulia

Menimba Ilmu Pengetahuan

Mejadi Asas Kepada Kami

Sekolah Menengah Batu Lapan

Taat Kepada Semua

Menepati Cita Kami

Usaha Berteraskan Ilmu

Cogan Kata Diperjuangkan.

Maksud Lencana Sekolah sunting

Biru – Kecintaan Merah – Keberanian

Putih – Kesucian

Kuning – Kedaulatan

Hitam – Kesetiaan

Pencapaian sunting

Mempunyai visi dan misi yang hampir tercapai

Telah memenangi pertandingan

  • Hafazan
  • Petanque
  • Bola keranjang (2004-2008: JUARA)
  • Bola Sepak (2004/2005/2006/2007/2008: JUARA)
  • Bola Tampaq
  • Hari Sukan
  • Pertandingan Kawad Kaki
  • Hari Gerko
  • Menghasilkan Single (11 Februari 2015)

Pakej Mata Pelajaran STPM sunting

  • 954 Mathematics (T), 960 Physics, 964 Chemistry
  • 954 Mathematics (T), 962 Chemistry, 964 Biology
  • 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan, 948 Perakaunan
  • 910 Bahasa Melayu, 946 Pengajian Perniagaan, 966 Sains Sukan
  • 940 Sejarah, 944 Ekonomi, 946 Pengajian Perniagaan
  • 910 Bahasa Melayu/912 Bahasa Tamil, 940 Sejarah, 944 Ekonomi

Alamat sunting

SMK Batu Lapan Jalan Puchong,
Jalan Puchong,

47100 Puchong,

Selangor, Malaysia
Telefon = 03-80702830
Fax = 03-80761967

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

http://www.smkb8.edu.my/