Kolej Universiti Darul Quran Islamiah
Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di bawah Parti Islam Se-Malaysia yang diasaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang menawarkan pengajian Islam. KUDQI diurus tadbir oleh Pengarah, Ustaz Wan Abdullah Wan Salleh. KUDQI yang terletak di Lot 7214 Kampung Kubang Lembek, Manir, diselia oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu melalui Dewan Ulamak PAS Terengganu.
Islamic University College Dar Al-Quran كلية دار القرآن الإسلامية | |
Jenis | Swasta |
---|---|
Ditubuhkan pada | 2001 |
Pengarah | Ustaz Haji Wan Abdullah Wan Salleh |
Lokasi | , |
Kampus | Lot 7214 Kubang Lembek, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman |
Laman sesawang | https://facebook.com/kudqi2000 |

Sejarah Penubuhan sunting
KUDQI dibangunkan pada 2001 selepas mendapat pengiktirafan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir dengan tempoh pengajian selama 3 tahun di KUDQI dan satu tahun di Al-Azhar (3+1) untuk mendapat penganugerahan ijazah pertama (Sarjana Muda). Ia telah diasaskan oleh Mantan Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Almarhum Tuan Guru Dato’ Harun Taib.
Program Akademik sunting
- Diploma Syariah Islamiah, Fakulti Syariah wal-Qanun
- Diploma Usuluddin (Hadith), Fakulti Usuluddin
- Diploma Usuluddin (Al-Quran & Tafsir), Fakulti Usuluddin