Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Universiti Islam Selangor (UIS; dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS); pernah dikenali sebagai: Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR) telah ditubuhkan pada 1995 sebagai kolej swasta dan dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah Akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 juga membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu.[1]
Moto | Pemangkin Tradisi Ilmu |
---|---|
Jenis | Universiti Swasta |
Ditubuhkan pada | 15 Februari 1995 |
Pengarah | Dato’ Haji Haris Bin Kasim |
Rektor | Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah |
Lokasi | , |
Laman sesawang | http://www.kuis.edu.my |
Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan golongan teknokrat Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan islam.
Selain itu juga, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sejarah Sunting
Kampus sementara yang mana KUIS memulakan operasi awalnya terletak di bangunan sementara di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Pada tahun 2000, KUIS telah berpindah ke kampus baru yang dibina meliputi seluas 104 ekar di kawasan yang strategik di Bandar Seri Putra, Kajang. Lokasi baru ini terletak kira-kira 25 km dari selatan Bandaraya Kuala Lumpur dan 20 km dari utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.
Kampus ini secara rasminya dibuka oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan yang ke-9 pada 25 Mei 2002. Aspirasi dan komitmen KUIS ialah supaya menjadi institusi bertaraf dunia dan memimpin dalam pendidikan Islam swasta di Malaysia.
Sejak penubuhannya, KUIS mengalami pertumbuhan populasi pelajar daripada hanya memiliki 60 orang pelajar pada 1995 meningkat kepada lebih daripada 4,500 pelajar termasuk kemasukan pelajar antarabangsa dari negara-negara ASEAN, Timur Tengah dan benua Afrika hinggalah ke China.
Sehingga kini, KUIS telah menghasilkan lebih dari 26 000 graduan.
Moto, Visi, Misi, Falsafah & Matlamat[2] Sunting
Moto
Peneraju Tradisi Ilmu
Visi
Memartabatkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan Allah.
Misi
Bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Falsafah
Kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
Matlamat
Membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.
Pentadbiran Sunting
Lembaga Pengarah[3] Sunting
YB DATO’ HAJI HARIS BIN KASIM Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengerusi)
YAD TAN SRI DATO' SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Timbalan Pengerusi)
YAD DATO' SETIA SALEHUDDIN BIN SAIDIN Peguambela & Peguamcara Salehuddin Saidin & Associates
PROFESOR DATO’ DR. MUJAINI BIN TARIMIN Pensyarah Fakulti Pendidikan & Sains Sosial, UNISEL
NORZAIHAN BINTI MOHD ZAIN Pengarah Kewangan MAIS
PROFESOR MADYA DATO' DR. MOHD FARID RAVI BIN ABDULLAH Rektor / Ketua Eksekutif KUIS
Pengurusan[4] Sunting
Rektor : Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah
Timbalan Rektor Akademik & Antarabangsa : Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana Binti Rashed
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni : Dr. Abdul Razif Bin Zaini
Timbalan Rektor Penyelidikan, Industri & Jaringan Komuniti : Prof. Madya Dr. Mokmin Bin Basri
Pendaftar : En. Zulhizzam Bin Hamzah
Bendahari : Pn. Nor Hafizin Binti Abdul Wahab
Penasihat Undang-Undang : Pn. Rohaiza Binti Mat Noh
Ketua Pustakawan : Hajah Noorlia Binti Ramli
Program Pengajian Sunting
Bersandarkan misi dan visi yang jelas, KUIS terus mengorak langkah ke hadapan mendepani pelbagai cabaran dan perubahan. Falsafah kesepaduan ilmu yang didukung adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang boleh memajukan negara di masa hadapan.
Selaras dengan itu, KUIS telah menawarkan program pengajian ke 5 peringkat[5].
- Program Asasi
- Program Diploma
- Program Sarjana Muda
- Program Sarjana
- Program Doktor Falsafah
5 jenis program Asasi, jenis program Diploma, jenis program Sarjana Muda, jenis program Ijazah Sarjana, program Doktor Falsafah yang merangkumi bidang Ilmu Pengajian Islam, Perniagaan, Perakaunan, Perbankan Islam, Pengurusan Sumber Manusia, Informasi dan Teknologi, Multimedia, Penyiaran, Komunikasi, Pendidikan, Pengajian Islam dan Bahasa.
Fakulti Sunting
Fakulti Pengajian Peradaban Islam Sunting
Fakulti Pengajian Peradaban Islam[6] merupakan sebuah Fakulti terawal (sejak tahun 1995) di KUIS yang menumpukan kepada penawaran perkhidmatan pendidikan khasnya dalam bidang Pendidikan Islam. Fakulti Pengajian Peradaban Islam bertekad untuk melahirkan graduan yang kompeten bukan sahaja daripada aspek keilmuan tetapi juga akhlak dan kemahiran bagi mencapai matlamat mardhatillah. Bermula dengan Sekolah Pengajian Islam (SPI), kini Fakulti Pengajian Peradaban Islam telah melahirkan ramai graduan dan cendekiawan yang tidak kurang hebatnya di peringkat domestik dan antarabangsa bagi meneruskan bidang industri pendidikan di Malaysia khususnya di Selangor.
Pada masa kini Fakulti Pengajian Peradaban Islam menawarkan program Diploma, program Sarjana Muda, program Sarjana & program Doktor Falsafah. Pendekatan yang dilakukan masih meneruskan kursus integrasi ilmu antara ilmu-ilmu asas Pengajian Islam dan bidang-bidang profesional seperti Multimedia, Komunikasi dan Pengurusan Sumber Insan.
Mempunyai 4 buah jabatan, iaitu Jabatan Dakwah & Usuluddin, Jabatan Al-Quran & Al-Sunnah, Jabatan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab.
Program yang ditawarkan Sunting
- Diploma Pengajian Bahasa Al-Quran
- Diploma Akidah dan Pemikiran Islam
- Diploma Al-Quran dan As-Sunnah
- Diploma Dakwah
- Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat
- Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian)
- Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia (Kepujian)
- Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Qiraat (Kepujian)
- Sarjana Muda Dakwah dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
- Sarjana Muda Pengajian Islam (Bahasa Arab dengan Multimedia) (Kepujian)
- Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran (Kepujian)
- Sarjana Muda Pengajian Islam (Bahasa Arab Terjemahan) (Kepujian)
- Sarjana Usuluddin & Pemikiran Islam
- Sarjana Usuluddin (Perbandingan Agama)
- Sarjana Pengajian Al-Hadis
- Sarjana Pengajian Al-Quran
- Sarjana Pengajian Ilmu Qiraat
- Sarjana Dakwah & Pembangunan Komuniti
- Sarjana Bahasa Arab untuk Tujuan Khusus
- Doktor Falsafah (Islamiyyat)
- Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Arab)
Fakulti Pengurusan & Muamalah Sunting
Fakulti Pengurusan dan Muamalah[7] ini menyediakan tenaga kerja Muslim yang profesional dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti perbankan, perakaunan, ekonomi, pengurusan perniagaan dan pengurusan sumber manusia. Graduan fakulti ini diharapkan mampu memimpin masyarakat dalam pelbagai bidang pekerjaan berlandaskan prinsip dan ajaran Al-Quran.
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah bertujuan untuk meluaskan pengetahuan tentang Pengurusan Perniagaan mengikut perspektif Islam seperti Perbankan Islam, Insurans Islam, Etika Perniagaan Islam bersesuaian dengan dasar penerapan Islam yang diterapkan oleh kerajaan di kalangan kakitangan awam dan swasta. Pelajar akan didedahkan kepada prinsip-prinsip Islam yang berkaitan asas Pengurusan Perniagaan termasuk konsep Islam sebagai Ad-din, sumber-sumber hukum, asas muamalat, ekonomi Islam, riba, akad, zakat perniagaan, etika perniagaan Islam, prinsip-prinsip pengurusan dan kewangan Islam.
Mempunyai 3 buah jabatan iaitu Jabatan Perakaunan & Kewangan, Jabatan Ekonomi & Pengurusan, Jabatan Bahasa Inggeris & Komunikasi
Program yang ditawarkan Sunting
- Diploma Perakaunan
- Diploma Pengurusan Perniagaan
- Diploma Perbankan Islam
- Diploma Pengurusan Sumber Manusia
- Diploma Komunikasi
- Diploma Pengajian Bahasa Inggeris
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang (Kepujian)
- Sarjana Muda Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)
- Sarjana Muda Ekonomi dan Kewangan (Kepujian)
- Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
- Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan) (Kepujian)
- Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian)
- Sarjana Muda Pengurusan (Industri Halal) (Kepujian)
- Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi Koporat (Kepujian)
- Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Muamalah)
- Sarjana Pengurusan Sumber Manusia
- Sarjana Ekonomi
- Sarjana Kewangan Islam
- Sarjana Perakaunan
- Sarjana Komunikasi
- Doktor Falsafah (Pengurusan)
- Doktor Falsafah (Perakaunan)
Fakulti Sains & Teknologi Maklumat Sunting
Fakulti Sains & Teknologi Maklumat[8] ini diperkenalkan bagi menyediakan tenaga mahir dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat (ICT). Kurikulum fakulti ini digubal dengan memberi penumpuan kepada teras dalam teknologi maklumat dan bidang sokongan yang membantu proses pembinaan kemahiran pelajar dalam hubungan kemanusiaan dan organisasi.
Mempunyai 2 buah jabatan, iaitu Jabatan IT & Multimedia, Jabatan Sains Komputer.
Program yang ditawarkan Sunting
- Diploma Multimedia
- Diploma Sains Komputer
- Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Media Interaktif) (Kepujian)
- Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)
- Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Rekabentuk Digital) (Kepujian)
- Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kepujian)
- Sarjana Teknologi Maklumat
- Sarjana Sains (Multimedia Kreatif)
- Doktor Falsafah (Teknologi Maklumat)
Fakulti Pendidikan Sunting
Fakulti Pendidikan[9] ini ditubuhkan bagi memartabatkan profesion pendidikan dengan melahirkan para pendidik yang berketerampilan, berasaskan budaya ilmu, teknologi dan beretika selari dengan nilai-nilai Islam bagi mendapatkan keredaan Allah. Ini juga selaras dengan misi fakulti iaitu melahirkan para pendidik yang berinovatif dan celik teknologi seiring dengan keperluan semasa, melahirkan para pendidik yang berupaya mengaplikasikan teori-teori pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, dan melahirkan para pendidik yang dapat melaksanakan tugas berpandukan etika kerja yang cemerlang dan mampu berdaya saing.
Mempunyai 2 buah jabatan, iaitu Jabatan Pengurusan Pendidikan & Bahasa, Jabatan Asas Kemanusiaan & Perkaedahan.
Program yang ditawarkan Sunting
- Diploma Perguruan ( Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua)
- Diploma in Teaching (Teaching English as a Second Language)
- Diploma Perguruan (Pendidikan Islam)
- Diploma Perguruan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
- Bachelor of Education (Hons) Teaching English as a Second Language (TESL) with Multimedia
- Sarjana Muda Pendidikan Islam Dengan Multimedia (Kepujian)
- Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat (Kepujian)
- Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian)
- Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan & Kaunseling (Kepujian)
- Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)
- Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa)
- Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pedagogi)
- Sarjana Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan)
- Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
- Doktor Falsafah (Pendidikan)
Fakulti Syariah & Undang-Undang Sunting
Fakulti Syariah & Undang-Undang[10]
MOTO FAKULTI
Peneraju Profesionalisme Syariah (Leading Syariah Profesionalisme)
VISI FAKULTI
Menjadi fakulti premier dalam menerajui bidang syariah dan perundangan berpegangkan prinsip iman, Islam dan ihsan bagi mendapatkan keredaan Allah.
MISI FAKULTI
Mencapai kecemerlangan dalam urus tadbir, akademik, penyelidikan, perundingan dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
MATLAMAT PENDIDIKAN FAKULTI
Membentuk daie, ulama dan umara melalui dasar pendidikan yang berteraskan integral knowledge dan berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.
OBJEKTIF FAKULTI
Berdasarkan keperluan semasa, kepentingan agama dan negara, Fakulti Syariah dan Undang-undang menetapkan objektif seperti berikut:
- Melahirkan graduan yang beriman, bertakwa, berintegriti, seimbang dan mahir dalam bidang syariah dan undang-undang serta berkebolehan mengaplikasikannya.
- Menyediakan graduan yang berkebolehan, beretika dan mampu menerokai sektor pentadbiran, perkhidmatan, perundangan, pengurusan dan pendidikan.
- Melahirkan ilmuan yang profesional, kritis dan mampu menyelesaikan isu-isu kontemporari berkaitan hukum Islam dan perundangan dalam masyarakat.
- Mengembang dan memajukan ilmu syariah dan undang-undang melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan.
Mempunyai 2 buah jabatan, iaitu Jabatan Syariah, Jabatan Undang-Undang.
Program yang ditawarkan Sunting
- Diploma Pengajian Syariah
- Diploma Syariah & Perundangan Islam
- Sarjana Muda Syariah dengan Undang-Undang (Kepujian)
- Sarjana Muda Syariah dengan Muamalat (Kepujian)
- Sarjana Syariah (Pengurusan)
- Sarjana Syariah Undang-Undang
Pusat / Institut Sunting
Pusat Asasi Sunting
Pusat Asasi KUIS[11] ditubuhkan pada bulan Ogos 2008 bagi melaksanakan program-program di peringkat Kursus Asas dan bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama di KUIS. Dengan kata lain, program-program yang ditawarkan di Pusat Asasi ini merupakan ‘feeder’ program kepada program Sarjana Muda yang ditawarkan di Fakulti Pengajian. Melalui program-program yang ditawarkan KUIS beriltizam untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pelajar cemerlang di peringkat ijazah pertama yang seterusnya menjadi graduan yang berkualiti, berketrampilan dan berdaya maju dalam bidang-bidang yang diceburi.
Program-program di peringkat pra-ijazah yang ditawarkan merupakan ‘feeder’ program kepada program sarjana muda KUIS. Ia memberi dan menambah peluang pengajian pra-universiti kepada Bumiputra Islam sebelum melangkah ke peringkat ijazah pertama. Di samping itu, ia adalah laluan singkat ke peringkat ijazah pertama di KUIS tanpa melalui program di peringkat diploma yang ditawarkan selama tiga tahun (atau enam semester). Justeru, pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian di peringkat asasi ini.
Mempunyai 3 buah Jabatan, iaitu Jabatan Pengajian Islam, Jabatan Pengurusan & Informasi, Jabatan Bahasa.
Program yang ditawarkan Sunting
- Asasi Pengajian Islam
- Asasi Pengurusan
- Asasi Teknologi Maklumat
- Asas Bahasa Arab
- Asasi Komunikasi
- Asasi Bahasa Inggeris
Pusat Pengajian Siswazah Sunting
Pusat Pengajian Siswazah (PPS)[12] ditubuhkan pada akhir Disember 2006 yang dipertanggungjawabkan mentadbir dan mengurus serta mengkoordinasikan penawaran program akademik diperingkat ijazah tinggi (ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah).
Program yang ditawarkan Sunting
FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
- Sarjana Usuluddin & Pemikiran Islam
- Sarjana Usuluddin (Perbandingan Agama)
- Sarjana Pengajian Al-Hadis
- Sarjana Pengajian Al-Quran
- Sarjana Pengajian Ilmu Qiraat
- Sarjana Dakwah & Pembangunan Komuniti
- Sarjana Bahasa Arab untuk Tujuan Khusus
- Doktor Falsafah Islamiyyat
- Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Arab
FAKULTI PENGURUSAN DAN MUAMALAH
- Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Muamalah)
- Sarjana Pengurusan Sumber Manusia
- Sarjana Ekonomi
- Sarjana Kewangan Islam
- Sarjana Perakaunan
- Sarjana Komunikasi
- Doktor Falsafah Pengurusan
- Doktor Falsafah Perakaunan
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
- Sarjana Teknologi Maklumat
- Sarjana Sains (Multimedia Kreatif)
- Doktor Falsafah Teknologi Maklumat
FAKULTI PENDIDIKAN
- Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)
- Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa)
- Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pedagogi)
- Sarjana Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan)
- Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
- Doktor Falsafah Pendidikan
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
- Sarjana Syariah (Pengurusan)
- Sarjana Syariah Undang-Undang
KUISCELL Sdn. Bhd. Sunting
KUISCELL Sdn. Bhd.[13] ialah sebuah syarikat di bawah Selaras dengan keperluan untuk bersaing dengan institusi pengajian lain, dan keperluan untuk memenuhi daya saing global untuk mempunyai masyarakat berpengetahuan luas (k-masyarakat) dan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah membina pusat pengajian jangka panjangnya yang tersendiri. Peranan pusat ini adalah untuk menyediakan perniagaan am untuk kolej dan untuk melahirkan modal insan yang mahir dan mampu untuk berdaya saing. Kedua-dua cita-cita akan dicapai melalui kursus-kursus yang dibangunkan untuk masyarakat awam serta pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam usaha untuk menambah nilai kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sebelum ini. Oleh itu, mereka boleh menyumbang kepada pembangunan syarikat mereka dan pembangunan peribadi mereka sendiri masa akan datang.
Program yang ditawarkan Sunting
- Sijil Senireka Grafik
- Sijil Asas Perakaunan
- Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Sijil Profesional Mutawwif
- Kursus Pengajian Al-Quran Tajwid Tatbiqi
- Kursus Tadabbur Al-Quran (Tafsir)
- Kursus Intensif Bahasa Arab
- English Language Proficiency
Pusat Pengurusan Penyelidikan Sunting
Pusat Pengurusan Penyelidikan[14] telah ditubuhkan pada 1 Januari 2002 (ditubuhkan dengan nama Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik–PPPA). Ketika itu objektif penubuhan PPP adalah untuk pembangunan di KUIS.
Bermula tahun 2009, PPP mula menumpukan kepada pengurusan penyelidikan di KUIS. Dalam usaha untuk menggiatkan dan menyemarakkan budaya penyelidikan dan penerbitan di kalangan pensyarah, PPP telah menganjurkan beberapa siri latihan dalam bidang berkaitan khususnya kepada kakitangan adademik KUIS dengan menjemput panel-panel dan tokoh akademik berpengalaman daripada IPTA untuk berkongsi ilmu dan seterusnya memandu arah bagi menjamin kualiti penyelidikan KUIS diteruskan.
Institut Kajian Hadis Selangor Sunting
Institut Kajian Hadis Selangor pada mulanya adalah satu institusi di bawah kerajaan negeri Selangor (MAIS-JAIS). Ia bermula dari hasrat kerajaan negeri untuk memenuhi keperluan masyarakat bagi mendapatkan sumber pendidikan dan kesedaran tentang peri pentingnya Hadis dalam praktik kehidupan sehari-hari individu Muslim amnya.
Idea penubuhan institusi ini tercetus secara rasminya pada 26 Mac, 2006 apabila Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) meminta supaya satu pusat kajian al-Hadis ditubuhkan dalam satu mesyuarat agung. Seterusnya, majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang ke-21 telah meluluskan syor penubuhan Institut Kajian Hadis Selangor pada 4 Julai, 2007.
Pusat Pengajian Teras Sunting
Pusat Pengajian Teras[15] ditubuhkan adalah bertujuan untuk mengendalikan kursus-kursus wajib MQA dan wajib universiti dengan lebih sistematik. Selain itu, peranan PPT juga adalah untuk merealisasikan pentafsiran adab dalam dunia pendidikan dan kehidupan insan sejajar dengan Dasar Ta’dib KUIS melalui matapelajaran-matapelajaran teras yang telah dibangunkan. Sesuai dengan hasrat untuk membentuk pelajar KUIS yang kompeten, memahami syahadah dan mencapai tahap ‘Abidin, Zuhhad dan ‘Arifin dalam erti kata sebenar serta mencapai tahap kecintaan kepada Allah SWT, PPT berperanan penting dalam menyediakan ‘kanvas kuning’ (Islam as Core) sebagai asas pendidikan, sebelum dicorakkan dengan ‘kanvas biru’ (Core Competency) oleh fakulti masing-masing. Umumnya PPT menawarkan kursus-kursus bertaraf Wajib MQA, seperti yang ditetapkan oleh MQA bagi seluruh IPTS, Wajib Univeriti, iaitu matapelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar KUIS dan Elektif yang merupakan matapelajaran pilihan kepada pelajar seperti yang ditawarkan oleh PPT. Struktur pengajian semua program di setiap fakulti perlu disusun semula selaras dengan garis panduan baru yang dikeluarkan oleh MQA dan matapelajaran teras universiti yang dicadangkan oleh PPT, selari dengan pelan Transformation of KUIS. Justeru itu PPT berperanan utama dalam memastikan KUIS menjadi Institusi Pengajian Tinggi Islam dalam erti kata yang sebenar dan menjadikan insan KUIS sebagai insan Ta’dibi.
Mempunyai 3 buah jabatan, iaitu Jabatan Kenegaraan & Pengajian Ketamadunan, Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan.
Pencapaian & Pengiktirafan[16] Sunting
- Status Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor - MSC) (26 Disember 2007)
- The Malaysia Book of Records - Menanam Pokok Bunga Raya Terbanyak Dalam Masa 50 Saat (03 Ogos 2007)
- Persijilan MS ISO 9001:2000 (Sejak 2003)
- Anugerah Akreditasi LAN (Kini MQA) Terbanyak (09 Jun 2003)
- Penaiktarafan sebagai Kolej Universiti (Disember 2004)
- Anugerah Kualiti YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tempat Ke 3 (2005)
Rujukan Sunting
- ^ Pengenalan - KUIS
- ^ Moto, Visi, Misi, Falsafah & Matlamat - KUIS
- ^ Lembaga Pengarah - KUIS
- ^ [Pengurusan - KUIS]
- ^ Program Pengajian Yang Ditawarkan - KUIS
- ^ http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=49&Itemid=73
- ^ http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=50&Itemid=74
- ^ http://www.kuis.edu.my/fstm
- ^ http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=148&Itemid=197
- ^ http://www.kuis.edu.my/fstm
- ^ http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=58&Itemid=82
- ^ http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=56&Itemid=82
- ^ http://www.kuiscell.com/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-03. Dicapai pada 2013-11-02.
- ^ http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=504&Itemid=647
- ^ http://www.kuis.edu.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=29&Itemid=628