Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (Inggeris: Limkokwing University of Creative Technology) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia. Ia dinamakan bersempena seorang ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Dato' Profesor Dr Lim Kok Wing.

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
Limkokwing University of Creative Technology
Limkokwing.jpg
MotoDriving Innovation For Education
JenisUniversiti swasta
PresidenTan Sri Dato' Lim Kok Wing
Lokasi,
KampusKuala Lumpur, Melaka, Kuching, Botswana, Kemboja, Lesotho, Sierra Leone, Eswatini, Uganda, dan United Kingdom
Laman sesawangwww.limkokwing.edu.my, www.limkokwing.co.uk, www.limkokwing.ac.bw,
www.limkokwing.net.cn,
www.limkokwing.edu.kh, ir.limkokwing.com

Kampus utama Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing terletak di Cyberjaya. Universiti ini ditakatan merupakan universiti bertaraf dunia dan menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia.[1] Kini, Universiti Limkokwing memiliki kampus di Kuala Lumpur, Melaka, Kuching, Botswana, Kemboja, Lesotho, Sierra Leone, Eswatini, Uganda, dan United Kingdom.[2][3]

KontroversiSunting

Sempena gerakan Black Lives Matter dan peningkatan semangat antiperkauman, universiti itu dicerca kerana mendirikan papan iklan yang menggambarkan pengasasnya, Tan Sri Lim Kok Wing, sebagai "Raja Afrika" (King of Africa).[4][5][6] Papan iklan itu menimbulkan kontroversi kerana bekas pelajar dan kakitangan di universiti tersebut menuduh universiti tersebut melakukan dasar perkauman, seperti tidak membenarkan pelajar Afrika menjadi duta pada hari terbuka dan menuduh bahawa pentadbir sekolah telah membuat pernyataan rasis dalam beberapa kesempatan.[4] Papan iklan kontroversial tersebut kemudiannya diturunkan dan pihak universiti meminta maaf, dengan mengatakan bahawa "tidak membenarkan tindakan diskriminasi terhadap kaum tertentu".[4][5]

Pada bulan Mei pula, timbul isu berkenaan akreditasi kursus-kursus Universiti Limkokwing oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang ditarik balik atau ditolak akibat tidak patuh kepada piawaian MQA, menyebabkan kebimbangan para pelajar antarabangsa.[7] Sementara itu, pihak universiti menafikan masalah tersebut, dan menyatakan bahawa mereka sedang giat menyemak semula kursus-kursus mereka agar menepati piawaian MQA.[8]

Isu kampus luar negaraSunting

Institusi itu dituduh mengeluarkan sijil palsu dan gagal memenuhi standard kerajaan Lesotho.[9][10] Masalah ini diikuti oleh siasatan polis dan kes pengadilan yang menunjukkan kes penipuan. Namun, Menteri Pendidikan dan Latihan Lesotho menyatakan bahawa Limkokwing Lesotho ialah entiti yang sah dan diperakui pemerintah Lesotho, dan lulusan universiti itu juga diakui.[11]

Pada awal 2021, sebuah pernyataan rasmi dikeluarkan oleh Menteri Penerangan Sierra Leone, Mohammad Rahman Swarray berhubung kedudukan kerajaan di Universiti Limkokwing. Suruhanjaya antirasuah Sierra Leone menutup siasatan dakwaan rasuah antara Universiti Limkokwing Sierra Leone dengan kerajaan negara itu sebelumnya.[12] Universiti tersebut dikatakan gagal untuk memenuhi perjanjian yang dibuat antara kerajaan negara dengan institusi berkenaan mengenai biasiswa, pembayaran yuran, pengambilan 80% kakitangan tempatan, dan latihan 200 penjawat awam setiap tahun. Menteri Penerangan menyatakan, "kerajaan telah membuat keputusan, bahawa kita tidak akan diperas lagi". Di samping itu, kes etika kerja yang tidak adil, pensyarah yang kurang berkelayakan, pemalsuan transkrip akademik, ketidaksamaan gaji dan kekurangan gaji menimbulkan kebimbangan di Botswana pula. Limkokwing University Botswana kemudiannya mencapai persetujuan dengan Kesatuan Pekerja Bersekutu Botswana dan gaji dan upah pekerja disesuaikan dengan sewajarnya.[13][14]

Alumni terkenalSunting

RujukanSunting

  1. ^ http://www.studymalaysia.com/news/show_news.php?subaction=showfull&id=1181286322&archive=&template=Archive
  2. ^ Studymalaysia.com (2018). "Profile of Limkokwing University of Creative Technology". Selangor, Malaysia: Studymalaysia.com. Dicapai pada 5 December 2018.
  3. ^ NewsWeek (2018). "Limkokwing University of Creative Technology: Pioneering Industry-Driven Education And Innovation". New York City: NewsWeek. Dicapai pada 5 December 2018.
  4. ^ a b c "'King of Africa' billboard sparks racism claims at Malaysian university". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 2020-06-20. Dicapai pada 2020-06-27.
  5. ^ a b Noor, Sabrina (2020-06-21). "How did Lim Kok Wing go from helping Mandela to having a racist billboard in his uni?". CILISOS - Current Issues Tambah Pedas! (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-29.
  6. ^ "Angry netizens petition to remove billboard portraying Lim Kok Wing as 'King of Africa'". AsiaOne (dalam bahasa Inggeris). 2020-06-12. Dicapai pada 2020-06-29.
  7. ^ Nur Huda Musa (3 Mei 2021). "Pelajar antarabangsa Universiti Limkokwing bimbang MQA tarik akreditasi kursus". Kosmo!. Dicapai pada 5 Mei 2021.
  8. ^ "Uni denies accreditation problem, says audit on 8 courses done". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 3 Mei 2021. Dicapai pada 5 Mei 2021.
  9. ^ "Limkokwing kept cops in the dark about fake certificates". Sunday Express (dalam bahasa Inggeris). 2012-08-18. Dicapai pada 2020-07-12.
  10. ^ "Limkokwing official 'lied'". Sunday Express (dalam bahasa Inggeris). 2013-08-31. Dicapai pada 2020-07-12.
  11. ^ "Limkokwing is a legitimate university". Sunday Express (dalam bahasa Inggeris). 2013-09-14. Dicapai pada 2020-07-12.
  12. ^ "ACC concludes investigation into alleged corruption of Minkailu Bah and Limkokwing University". Sierra Leone Telegraph (dalam bahasa Inggeris). 2020-08-06. Dicapai pada 2021-01-16.
  13. ^ editor, Online. "Limkokwing University mysteries raise eyebrows – Sunday Standard" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-12.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  14. ^ editor, Online. "Limkokwing University reaches agreement with union – Sunday Standard" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-12.CS1 maint: extra text: authors list (link)

Pautan luarSunting