Kolej Vokasional Gombak

Sekolah Menengah Teknik Gombak atau nama ringkasnya SM Teknik Gombak (SEMTEG) , merupakan sebuah Sekolah Menengah Teknik yang terletak di Jalan Sg Pusu Batu 8, Gombak. Sekolah ini bersebelahan dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM dan juga Universiti Kuala Lumpur UniKL(BMI)

Sekolah Menengah Teknik Gombak
Lokasi
Jalan Sg Pusu, Batu 8, Gombak, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Teknik, Sekolah kerajaan
MotoIltizam Kearah Kecemerlangan
Ditubuhkan2000
Nombor sekolah03-61860085
Kod sekolahBKA7001
PengetuaIsa bin Kassim
Faks03-61860081
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Gombak memiliki 318 pelajar lelaki dan 184 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 502 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Teknik Gombak atau singkatannya SEMTEG dan dibuka pada tahun 2001. Rancangan penubuhan Sekolah Menengah Teknik Gombak (SEMTEG) telah bermula pada tahun 1996. SMTG terletak di atas tanah seluas 28 ekar dengan kos perbelanjaan RM38 juta. Kerja-kerja pembinaan dapat disiapkan pada 26 November 2000. Sek Men Teknik Gombak kini telah berubah wajah serta mempunyai wacananya yang tersendiri. Kegemilangan sekolah ini sendiri mencerminkan kecemerlangan warga sekolah keseluruhannya dan menetapkan sasarannya melalui Visi Sekolah iaitu “ Menjadi Sekolah Terbilang Berteraskan PRIME Menjelang Tahun 2015 ”.

Pengambilan pelajar pada tahun pertama adalah seramai 240 orang dan dijangka akan bertambah sehingga 1200 orang menjelang tahun berikutnya.

SMTG merupakan sebuah sekolah teknik tulen yang menawarkan 3 kursus kejuruteraan iaitu :-

  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Mechanical Engineering Studies
  • Pengajian Kejuruteraan Elekrik & Elektronik / Electrical and Electronic Engineering Studies
  • Pengajian Kejuruteraan Awam / Civil Engineering Studies

Alamat sunting

Sekolah Menengah Teknik Gombak
Jalan Sg Pusu Batu 8, Gombak
Selangor,   Malaysia
Telefon = 03-61860085
Fax = 03-61860081

Pautan luar sunting