Kolej Vokasional Miri

Kolej Vokasional Miri atau nama ringkasnya KV Miri , merupakan kolej vokasional yang terletak di Lorong 10, Jln Jee Foh, Krokop, Miri, Sarawak.

Kolej Vokasional Miri
Lokasi
Lorong 10, Jln Jee Foh, Krokop, 98000 Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Vokasional, Sekolah kerajaan
MotoYour Career is Our Business
Ditubuhkan1975
Nombor sekolah608-5431121
Kod sekolahYHA4101
PengetuaJohn anak Atong
GPK Pentadbiran dan AkademikKurniawati binti Ilias
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridThomas anak Undum
Penolong Kanan KokurikulumEii Meng Yin
Faks608-5413121

Sejarah sunting

 
Logo Sekolah Menengah Teknik Miri.

Sekolah Menengah Teknik Miri ditubuhkan pada tahun 1975. Pada masa itu ia dinamakan sebagai Sekolah Menengah Vokasional Miri dan menumpang tapak di SMK Dato Permaisuri. Pada tahun 1978, SM Vokasional Miri telah dipindahkan ke tapak sekarang dengan keluasan kawasan 8.05 hektar. SM Vokasional Miri telah dinaik taraf kepada SM Teknik Miri pada tahun 1998.Bermula Januari 2011, SM Teknik Miri akan ditukar kembali menjadi SM Vokasional sepenuhnya. Transformasi Pendidikan Vokasional yang bermula pada tahun 2012 menjadikan SMV Miri diubah menjadi Kolej Vokasional yang mula beroperasi mulai tahun 2013. Kolej Voksaional Miri menawarkan 8 program vokasional, iaitu; Perakaunan, Pelancongan, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Sistem Komputer & Rangkaian dan Teknologi Pemesinan Industri.

Pengetua sunting

  • En. Morgan Bayang Engkasan Januari 1978 - Julai 1992
  • En. Rosli Bin Terhim Ogos 1992 - Jun 1995
  • Pn. Fatimah Binti Uhi Julai 1995 - Disember 1999
  • En. Carter Ballang Kapong Januari 2000 - Jun 2005
  • En. Wong Hin Chai Julai 2005 - Oktober 2007
  • En. Saffiee Bin Dris November 2007 - November 2010
  • Pn. Sherene Choo Siak Lan Januari 2010 - Disember 2022
  • En. John Anak Atong Disember 2022 - kini

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Kolej Vokasional Miri
Lorong 10, Jln Jee Foh, Krokop
98000, Miri
Sarawak, Malaysia
Nombor Telefon: 608-5431121
Nombor Faks: 608-5413121
Alamat emel: yha4101@moe.edu.my

Pautan luar sunting