Kolej Vokasional Slim River

Sekolah Menengah Vokasional Slim River atau nama ringkasnya SMV SLIM RIVER, merupakan sebuah Sekolah menengah vokasional yang terletak di Jalan Melati, 35800 Slim River.

Kolej Vokasional Slim River
Fail:Sekolah Menengah Vokasional Slim River.jpg
Lokasi
Jalan Melati,, Batang Padang, 35800, Slim River,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej vokasional, Sekolah kerajaan
MotoSkillfully Excellent
Ditubuhkan2013
Nombor sekolah054528408
Kod sekolahAHA0002
Faks054527678
Laman sesawang


Sejarah sunting

Kolej Vokasional Slim River pada peringkat awal penubuhannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Slim River. Program pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada tahun 1984 di atas tapak seluas 33 ekar yang asalnya ialah ladang getah. Kos pembinaan sekolah ini dianggarkan berjumlah RM 19 juta dan dibiayai di bawah Projek Asia Development Bank 1 (ADB 1). Sekolah ini terletak 1 km dari pekan Slim River menuju ke Kuala Slim. Sekolah ini mula mengambil pelajar pada 10 Mac 1986 dengan menawarkan 7 kursus vokasional. Kumpulan pertama pelajar ini adalah merupakan kumpulan yang terakhir mengambil Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM). Pada tahun 1987, peperiksaan dan sijil ini telah ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional SPM (V).

Pada tahun 1988, sekolah ini mengukir sejarah yang penuh bermakna apabila telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullah pada 12 Julai 1988 bersamaan 21 Zulkaedah 1408 H. Pada tahun 1995, sekolah ini sekali lagi mendapat peruntukan di bawah pembiayaan ADB 4 untuk pembinaan bangunan tambahan dan bangunan baharu. Infrastruktur ini telah mula digunakan pada tahun 2000.

Mulai tahun 1996, sekolah ini telah dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Slim River di bawah program penstrukturan semula sekolah menengah vokasional. Dengan taraf yang baharu ini, Sekolah Menengah Teknik Slim River telah menawarkan tiga kursus aliran teknikal, iaitu Kejuruteraan Awan, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik.

Bermula tahun 2009, program perluasan vokasional telah mula dilaksanakan dengan memperkasakan kursus-kursus vokasional (MPAV) dan kemahiran (SKM). Sejajar dengan program ini, bilangan kelas vokasional dan kemahiran ditambah manakala kursus teknikal telah dijumudkan. Mulai tahun 2010, nama sekolah ditukar menjadi Sekolah Menengah Vokasional Slim River dan hanya mengendalikan kursus-kursus dalam aliran vokasional dan kemahiran. Dalam mengarus perdana pendidikan vokasional, pada tahun 2012 telah berlaku transformasi secara besar-besaran terhadap pendidikan vokasional oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV). Melalui pelaksanaan Pelan Transformasi Vokasional (PTV), sekolah menengah vokasional telah dinaik taraf menjadi kolej vokasional secara berperingkat dengan 15 buah sekolah menengah vokasional telah menjadi sekolah rintis bagi program ini. Mulai tahun 2013 Sekolah Menengah Vokasional Slim River dikenali sebagai Kolej Vokasional Slim River dengan menawarkan sembilan kursus KV termasuk dua kursus baharu, iaitu Kesetiausahaan dan Pengurusan Perniagaan serta meneruskan kursus aliran kemahiran.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Kolej Vokasional Vokasional Slim River
Jalan Melati,
35800, Slim River
Perak , Malaysia
Telefon = 054528408
Fax = 054527678
https://t.me/BERITAKVSLIMRIVER
http://kvslimriver.moe.edu.my/[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting