Kolej Vokasional Taiping


Kolej Vokasional Taiping merupakan sebuah institusi pengajian yang telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam menyediakan kursus pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk para pelajar, sesuai dengan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri. Dahulunya ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Taiping (SMT).

Kolej Vokasional Taiping
Alamat
Kolej Vokasional Taiping
34600 Kamunting,
Taiping,
Perak

Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahKolej Vokasional, Sekolah kerajaan,
MotoTeknologi Teras Wawasan
Nombor sekolah05-883 9371
Kod sekolahAKE6159
PengetuaWan Yusaini Bin Wan Hassan
GPK Pentadbiran dan AkademikAhmad Bin Dollah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRoseazalee Bin Hashim
Penolong Kanan KokurikulumMohd Azlee Bin Daud
Faks05-8839358
Laman sesawang

Kolej Vokasional Taiping ini terletak di Kamunting. Ia berhampiran dengan kawasan perkelahan Bukit Jana berlokasi berdekatan di Kem Pertahanan Kamunting. Di sekitar kawasan tersebut terdapat dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jana.

Kolej Vokasional Taiping ini mempunyai beberapa blok kelas, beberapa bengkel, blok pentadbiran, blok asrama, astaka, rumah para pekerja dan rumah warden, sebuah dewan serbaguna serta padang, gelanggang bola tampar, tenis dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti beriadah khususnya buat para pelajar yang tinggal di asrama.

Pencapaian sunting

  • Sijil Penghargaan Penerima  Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori :SBP/SMT/SMKA  Tahun 2007. Daripada  Jabatan Pelajaran Perak
  • Sijil Penghargaan Sempena Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Teknikal  Tahun 2006 Kepada Puan Nora Binti Manap , Kategori  Bidang Vokasional.
  • Sijil Penghargaan Johan   Kategori Pengurusan Panitia Vokasional kepada SMT Taiping Sempena  Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Teknikal pada 15 September 2006. Daripada Tuan Haji Mustapar Bin Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Teknikal) Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Sijil Penghargaan Tempat  Ketiga Kategori Pengurusan Pusat Sumber kepada SMT Taiping Sempena  Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Teknikal pada 15 September 2006. Daripada Tuan Haji Mustapar Bin Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Teknikal) Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Sijil Penghargaan  kepada  Encik Azahari Bin Shuib  Kategori  Bagi Bidang Vokasional Bidang Elektrik & Elektronik , SMT Taiping Sempena  Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Teknikal pada 15 September 2006. Daripada Tuan Haji Mustapar Bin Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Teknikal) Kementerian Pelajaran Malaysia

Alamat sunting

Kolej Vokasional Taiping
34600 Kamunting, Taiping, Perak
Tel  : 05-883 9371
Fax  : 05-883 9358
Email  : ake6159@moe.edu.my
kvtaiping@gmail.com

Pautan luar sunting