Kolej Vokasional Tawau

Kolej Vokasional Tawau atau nama ringkasnya KV Tawau, merupakan sebuah Kolej Vokasional yang terletak di Tawau, Sabah.

Kolej Vokasional Tawau
Fail:Kolej Vokasional Tawau Logo.jpg
Lokasi
Peti Surat 61156, 91021, Tawau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah teknik, Sekolah kerajaan
MotoMahir, Trampil, Unggul
Nombor sekolah089715585
Kod sekolahXKA3099
PengetuaEn. Ahmad Fakhrurazi Bin Haji Hamzah
Faks089715153

Sejarah sunting

 
Logo lama Sekolah Menengah Teknik Tawau.

Sebelum dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional pada Januari 2013, Kolej Vokasional Tawau telah mengalami banyak perubahan dari segi struktur bangunan, pentadbiran dan sukatan pelajaran. Pada tahun 1981, kolej ini mula melakarkan sejarahnya dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Tawau.

Beroperasi sepenuhnya dengan motto "Kemahiran Perintis Masa Depan" pada 15 April 1981, SM Vokasional Tawau pada masa itu hanya mempunyai 13 orang guru dan 50 orang pelajar. Pengetua pertama ialah En. James Liew Yuk Hin. Ketika itu hanya tujuh buah kursus yang ditawarkan dalam aliran Vokasional iaitu Elektronik, Elektrik,  Binaan Bangunan,  Automotif,  Kimpalan Fabrikasi Logam, Perdagangan dan Amalan Bengkel Mesin dan 1 kursus aliran Ekonomi Rumah Tangga iaitu Katering.

Pada tahun 1996, Sekolah Menengah Vokasional telah diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Teknikal.  Setahun kemudian, iaitu pada 8 Januari 1997, pihak Jabatan Pendidikan Teknikal telah memaklumkan pembaharuan nama sekolah dari Sekolah Menengah Vokasional ke Sekolah Menengah Teknik Tawau secara hakiki.

Motto Sekolah Menengah Teknik Tawau turut diubah kepada "Kesepaduan Ilmu Teras Kecemerlangan" selaras dengan nama dan logo baru pada tahun 1997. Aliran teknikal (Pengajian Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik) telah diwujudkan bersama kursus-kursus Ekonomi Rumahtangga yang baru (Seni Kecantikan, Bakeri, Rekaan Fesyen dan Asuhan Kanak-kanak) termasuk Sijil Kemahiran Malaysia. Bilangan pelajar turut bertambah kepada 564 orang, guru bertambah kepada 67 orang dan staf sokongan kepada 20 orang. Bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) turut ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Pada awal Julai 1999, pejabat pentadbiran, asrama pelajar lelaki dan kelas kejuruteraan bagi pelajar aliran teknik telah dipindahkan ke bangunan baru. Pada tahun 2003, Kursus Pengaturcaraan Komputer diperkenalkan.

Perubahan yang besar berlaku kepada Sekolah Menengah Teknik Tawau semasa berada dibawah kepimpinan pengetua/pemangku pengetua yang ke-12. Beliau adalah Puan Mary Yap Kain Ching (Sekarang ini lebih dikenali sebagai Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi I). Di bawah pentadbiran beliau dan hasil usaha yang begitu gigih di kalangan seluruh warga sekolah, sekolah ini mula menjadi sebutan di peringkat daerah Tawau apabila berjaya memperolehi keputusan 100% dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) bagi aliran teknik selama tujuh tahun berturut-turut (1998-2004) dan juga aliran vokasional pada tahun 2002 hingga 2004.

Dengan visi "Menjadi Sekolah Menengah Teknik Yang Sentiasa Di Hadapan" dan slogan "Yes! We Can Do It!" kejayaan demi kejayaan dicapai. Kejayaan dan penghormatan tertinggi yang telah dicapai Sekolah Menengah Teknik Tawau ialah Anugerah Kualiti Yang Berhormat Menteri Pendidikan (dalam Pengurusan Sekolah) tahun 2001, Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik tahun 2000 selepas pengiktirafan sekolah bertaraf 6 bintang oleh Yang Berbahagia Dr. Ahamad Sipon, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Anugerah Sekolah Kecemerlangan Kluster pada 30 Mac 2007.

Bermula Januari 2012, Sekolah Menengah Teknik Tawau sekali lagi bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Vokasional Tawau. Dan dibawah pengurusan pengetua, Encik Johan Bin Haji Okasa, kecemerlangan sekolah diteruskan dan berjaya memperoleh Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 5 April 2012.

Dan kini, melalui penjenamaan baru menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional Tawau dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional Tawau. Semua 13 kursus yang ditawarkan sebelum ini diteruskan dengan jenama baru. Program Tekonologi Elektrik (Jabatan Teknologi Elektrik dan Elektronik), Program Teknologi Elektronik (Jabatan Teknologi Elektrik dan Elektronik), Program Pemesinan Industri (Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan), Program Teknologi Kimpalan (Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan) Program Teknologi Automotif (Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan) , Program Teknologi Pembinaan (Jabatan Teknologi Awam), Program Seni Kulinari (Jabatan Hospitaliti), Program Bakeri dan Pastri (Jabatan Hospitaliti), Program Seni Reka Fesyen (Jabatan Seni Reka), Kursus Asuhan Kanak-Kanak (Jabatan Perkhidmatan Masyarakat), Program Kosmetologi (Jabatan Hospitaliti), Program Perakaunan (Jabatan Perakaunan) Program Pengaturcaraan Komputer (Jabatan Teknologi Maklumat) dan Kursus SKM akan digantikan dengan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Kolej Vokasional Tawau juga menawarkan Diploma Vokasional Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia serta Sijil Vokasional Malaysia yang setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada masa kini, Kolej Vokasional Tawau sedang menambah baik kemudahan bagi mendapatkan akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Pencapaian sunting

2016- Johan Karnival Voktek(Ragbi)

Alamat sunting

Sekolah Menengah Teknik Tawau
Peti Surat 61156,
91021, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089715585
Fax = 6089715153

Pautan luar sunting