Kolej Yayasan Saad

Kolej Yayasan Saad
Moto Centre of Excellence
Ditubuhkan 1995
Rektor Dr Chia Keng Boon
HEP {{{hal_ehwal_pelajar}}}
Lokasi Ayer Keroh, Melaka
Pelajar PMR dan SPM
Laman web http://www.kysm.edu.my

Kolej Yayasan Saad Melaka (dikenali sebagai KYSM) ialah sebuah sekolah / kolej swasta berasrama penuh yang dibina di sebidang tanah perdana yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. KYSM merupakan sebuah kolej yang diiktiraf dan diperakui dalam melahirkan generasi muda yang cemerlang, berilmu pengetahuan, dan berketrampilan. Harapan dibina setinggi-tingginya oleh tenaga pengajar KYSM untuk sentiasa melahirkan generasi muda yang hebat di masa yang akan datang.

Pengenalan sunting

Sejarah sunting

 

1995

Pada tahun 1995, pembinaan kampus Kolej Yayasan Saad bermula di sebidang tanah perdana yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Upacara pecah tanah kompleks kolej tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu pada 19 Januari 1995.

Pengarah Pusat Pendidikan Renong, Encik Rozalli Noordin, telah diberi amanah untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam memerhati dan mengawal proses pembinaan kampus kolej tersebut.

Pada pembukaan awalnya, pejabat pentadbiran KYSM telah dibina di Pusat Pendidikan Renong di Faber Towers, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur. Pekerja perintis yang terdiri daripada 7 staf akademik dan 5 kakitangan pentadbiran kemudian dipindah di kampus KYSM di Ayer Keroh pada 2 Mei 1995 apabila pembinaan kompleks kolej tersebut siap sepenuhnya.

Pengambilan pertama terdiri daripada 60 pelajar tingkatan 1 (40 lelaki dan 20 perempuan) yang mendaftar di Kolej Yayasan Saad Melaka pada 25 Jun 1995.

1996

Pada 11 Jun 1996, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad ketika itu, melawat Kolej Yayasan Saad Melaka diiringi oleh Ketua Menteri Melaka.

1997

Pada Oktober / November 1996, kumpulan pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) (9597) dan kumpulan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (9697) yang pertama menduduki peperiksaan mereka masing-masing.

Sejarah mencatatkan kumpulan pelajar SPM dengan kelulusan 100% tahun ini.

1998

Pada 20 November 1998, majlis pelancaran orkestra Kolej Yayasan Saad Melaka oleh Datin Seri Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali telah dijalankan sepenuhnya. Majlis pelancaran dijalankan bersama dengan persembahan pertama orkestra tersebut di Dewan Besar Kolej Yayasan Saad Melaka.

Ketika pengumuman keputusan PMR pada tahun 1998, Kolej Yayasan Saad Melaka mencatatkan rekod PMR terbaik di Malaysia dengan 85.9% pelajar mendapat 8A.

2000

Pada 6 Januari 2000, satu lagi anjakan paradigma di dalam sejarah Kolej Yayasan Saad Melaka apabila 7 pelajar bukan Bumiputera mendaftar sebagai pelajar baru tingkatan 1 (5 Cina dan 2 India).

Pada 21 Disember 2000, keputusan PMR diumumkan. Kolej Yayasan Saad Melaka mencapai satu lagi rekod terbaik dengan 98.2% pelajar mendapat 8A dan merekodkan sebagai keputusan PMR terbaik untuk tahun 2000.

2001

Kolej Yayasan Saad Melaka menerima anugerah Keputusan PMR Terbaik 2001 dan Keputusan SPM Terbaik 2001 (Peringkat Kebangsaan).

2002

Kolej Yayasan Saad Melaka menerima anugerah PMR Terbaik 2002, Keputusan PMR Terbaik 2002 dan Keputusan SPM Terbaik 2002 (Peringkat Kebangsaan).

2003

Kolej Yayasan Saad Melaka dianugerahi "Anugerah Kecemerlangan Akademik" (Kategori Institusi Pendidikan Swasta, Sekolah Menengah), "Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum" (Kategori Institusi Pendidikan Swasta, Sekolah Menengah), menerima "Anugerah Sekolah Cemerlang SPM 2003" (Peringkat Kebangsaan) dan mendapat tempat pertama dalam program pertukaran pelajar Thailand bersama Kolej Yayasan Saad Melaka dan Kolej Vajiravudh.

2005

Kolej Yayasan Melaka menerima anugerah "5 Laman Web Sekolah Yang Teraktif" (Kategori Sekolah Menengah) oleh CyberlinQ Maxis dan menyertai pertandingan membuat Pulut Panggang yang terpanjang di Malaysia (ditandatangani oleh Malaysia Book of Records).

2007

Kolej Yayasan Saad Melaka menerima anugerah Keputusan PMR Terbaik 2007 - 100% untuk semua subjek dan Keputusan SPM Terbaik 2007 (Peringkat Kebangsaan).

2008

Pada 21 Februari 2008, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohammad Ali bin Rustam, melawat Kolej Yayasan Saad Melaka untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada kolej atas penyertaan rekod kebangsaan lulus 100% semua subjek dalam PMR.

Pada 5 Julai 2008, pelancaran 100 Hari Lagi untuk PMR - Tetamu Kehormat : Puan Hasnah binti Saad.

Pada 2 Ogos 2008, pelancaran 100 Hari Lagi untuk SPM - Tetamu Kehormat : Yang Berbahagia Datuk Seri Che Khalib bin Mohamad Noh.

Kolej Yayasan Saad Melaka diumumkan sebagai Johan untuk Pertandingan Public Speaking 2008 (Sekolah Swasta Zon Selatan)

Kolej Yayasan Saad Melaka menduduki tempat pertama Runner-Up di dalam Pertandingan Koir sempena Hari Kebangsaan 2008 (Sekolah Swasta Zon Selatan).

Misi sunting

Untuk menjadikan Kolej Yayasan Saad, Melaka sebagai pusat kecemerlangan di dalam semua aspek pendidikan, di mana pelajar dididik melalui moral, nilai agama, jiwa kerohanian, dedikasi kepada bangsa, aktif dan menjadi ketua yang bertanggungjawab.

Moto sunting

Centre of Excellence - Pusat Kecemerlangan

Visi sunting

Untuk menjadi sebuah institusi pembelajaran di mana ia ditujukan kepada pengejaran kecemerlangan di dalam pengikhtiaran manusia.

Lokasi sunting

Kolej Yayasan Saad Melaka terletak di bukit yang teliti di sebuah landskap tersimpan yang hijau segar. Kampus yang sebesar 131 ekar ini terletak di Tol Keluar Ayer Keroh secara strategik di Melaka dan ia boleh dilalui atau diakses secara terbuka.

Ketenangan kampus ini membuatkan ia sebuah suasana yang ideal untuk menimba ilmu dan pemerolehan pendidikan yang holistik. Banyak usaha dan perbelanjaan dikeluarkan untuk memperindahkan kampus ini. Malar hijau sentiasa terjaga walau di mana saja, dengan pokok baru, tumbuhan dan rumput ditanam untuk bersebati dengan suasana semulajadi. Selama beberapa tahun, kampus ini bertukar menjadi sebuah resort pendidikan yang penuh dengan malar hijau - sebuah pemandangan yang mengagumkan. Pusat pendidikan ini menyediakan kesan pembelajaran akademik yang cemerlang, perumahan, sukan dan fasiliti lain-lain, semuanya adalah standard kecemerlangan yang tertinggi. Peruntukan sebuah suasana yang indah bersama dengan fasiliti kesenian mampu menyemai kepuasan, kebanggaan dan tanggungjawab kepada pelajar, seolah-olah mengajak mereka untuk bekerja keras dengan bersama dedikasi dan komitmen untuk menunjukkan potensi penuh mereka.

Fasiliti sunting

  • Blok Akademik (Berhawa Dingin)
  o Makmal Sains
  o Tayangan Teater
  o Bilik Pakar
  o Makmal Bahasa
  o Bilik Muzik
  o Bimbingan Dan Kaunseling
  o Makmal Komputer Dilengkapi Dengan Network IT Yang Canggih
  o Pusat Sumber (Perpustakaan Dan Bilik Audio-Visual)
  o Bilik Guru
  • Surau
  • Dewan Berhawa Dingin
  • Kafeteria Berhawa Dingin
  • Ampiteater
  • Block Asrama
  • Dewan Makan Berhawa Dingin
  • Kedai Koperasi
  • Bilik Merawat
  • Fasiliti Sukan
  o Padang Bola Sepak, Padang Hoki, Padang Ragbi
  o Gelanggang Bola Jaring, Gelanggang Bola Keranjang
  o Gymnasium, Gelanggang Skuasy, Gelanggang Tenis
  o Kolam Renang
  o Dewan Multi-Purpose
  o Obstacle Course

Pentadbiran sunting

Ketua Pegawai Eksekutif / Rektor sunting


Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tn Hj Abd Aziz B Hj Abd Rahman 1 Mei 1995 31 Mei 1996
En Ramli B Maidin 17 Jun 1996 31 Disember 2002
En Mohd Zin B Abd Hamid 1 Ogos 2003 31 Julai 2004
Tn Hj Mohd Nadzari B Hj Abd Aziz 15 Februari 2005 31 Disember 2007
Pn Noor Ainun Bt Datuk Seri Yang Rashdi 1 Mac 2008 30 September 2010


Rumah sunting

Kolej Yayasan Saad Melaka mempunyai tiga jenis rumah. Setiap rumah dinamakan masing-masing dengan menggunakan tiga nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Setiap rumah mempunyai ketua rumah yang tersendiri, manakala pelajar membentuk komitmen bekerja. Setiap rumah mempunyai warna dan maskot.


Nama Rumah Warna Rumah Perdana Menteri Malaysia Yang
Rumah Rahman Naga Biru Pertama
Rumah Razak Phoenix Merah Kedua
Rumah Hussein Musang Perak Ketiga


Ikrar Pelajar sunting

Sebagai seorang pelajar KYSM
Saya berjanji untuk membuat yang terbaik
Untuk mencapai semua kecemerlangan
Sepertimana yang telah saya lakukan

Saya akan menjadi progresif dan sensitif
Saya akan membangunkan pemimpin yang berkualiti
Saya akan menyokong keadilan dan kebenaran
Saya akan sentiasa yakin diri, berpatriotik, berdisiplin, rajin dan tegas

Saya akan mengekalkan kemahiran antara perorangan yang baik
Saya akan sentiasa berfikiran pantas dan membuat keputusan yang berkesan
Saya akan menyokong kedaulatan patriotik
Dan saya akan mengekalkan pandangan antarabangsa
Sementara saya menyokong keadilan
Untuk mengurus dan mentadbir demi Malaysia

Pautan Luar sunting