Kolestrol vs Cinta

Kolestrol vs Cinta merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2017 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures. Filem ini dibintangi oleh Kamal Adli dan Tiz Zaqyah sebagai pelakon utama dan ditayangkan pada 14 September 2017.[1] Ini merupakan filem terakhir terbitan Metrowealth sebelum syarikat itu mengambil keputusan untuk berhenti menerbitkan filem cereka.

Kolestrol vs Cinta
PengarahEyra Rahman
Lakon layarEyra Rahman
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
14 September 2017
Masa tayangan
93 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot sunting

Mengisahkan tentang Krisya (Tiz Zaqyah), seorang pereka fesyen yang berjaya dan memiliki butik di Taiping, Perak. Beliau juga seorang yang amat menjaga ketrampilan, sesuai dengan kerjayanya. Mempunyai kehidupan yang sempurna dengan rupa yang cantik, bentuk badan yang menarik dan setiap perlakuannya menjadi perhatian umum. Kerana obses kepada kecantikan, beliau mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat untuk memastikan dirinya tidak gemuk. Malangnya beliau sukar untuk jatuh cinta dan menganggap kebanyakan lelaki yang mudah jatuh cinta kepadanya tidak memenuhi citarasa beliau. Semua ini mula berubah bila beliau pertama kali bertemu dengan Irfan (Kamal Adli), CEO sebuah syarikat terkemuka di Malaysia yang bersikap bersahaja dan mampu membuat Karisya jatuh hati.

Malangnya, tidak sedikit pun terdetik di hati Irfan untuk jatuh hati kepada Karisya dan menganggap Karisya agak annoying bila tiba-tiba Karisya meluahkan isi hatinya kepada Irfan. Lebih menyedihkan lagi, bila si Irfan bo layan si Krisya. Memang terasa si Karisya dengan sikap Irfan sehinggakan dia dapat tahu yang Irfan ini sebenarnya menyukai perempuan yang gemuk dan bersederhana dimana 100% berbeza benar dengan si Karisya. Demi cinta, Karisya sangup mengorbankan segala kecantikan dan penampilan diri terutamanya bentuk tubuhnya demi memikat hati Irfan. Sejak itu, kehidupan Krisya mula berubah.

Pelakon sunting

Ulasan kritis sunting

Amerul Haswendy Ashari, menulis untuk Harian Metro menyifatkan Kolestrol vs Cinta mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dari segi idea, walaupun secara asasnya agak klise dengan cerita cinta biasa tapi garapannya lebih santai dan mudah dihadam.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Kolestrol vs Cinta" 14 September Astro Awani (13 September 2017). Diperoleh pada 15 Julai 2018.
  2. ^ Amirul Haswendy Ashari (17 September 2017). Detik romantis menjadi Harian Metro. Diperoleh pada 15 Julai 2018.

Pautan luar sunting