Buka menu utama
Mejar Jeneral Ed Davis pada Ogos 2012, ketika menjadi Komandan Jeneral Marin Diraja

Komandan Jeneral Marin Diraja atau Commandant General Royal Marines ialah ketua profesional Marin Diraja. Jawatan ini telah wujud sejak tahun 1943 (sebelum itu Marin Diraja dikepalai oleh Adjutan-Jeneral Marin Diraja). Komandan Jeneral Marin Diraja bertanggungjawab dalam menasihati First Sea Lord, dengan tanggungjawab sebaris bagi semua unit-unit Marin. Beliau dibantu oleh seorang Timbalan Komandan Jeneral, yang berpangkat Brigedier.

Isi kandungan

Peranan sebagai COMUKAMPHIBFORSunting

Pelantikan ini dipegang serentak dengan jawatan Commander United Kingdom Amphibious Forces (COMUKAMPHIBFOR) (Panglima Pasukan Amfibia United Kingdom). Semenjak kewujudan Fleet Battle Staff (Staf Tempur Armada) pada tahun 2001, peranan ini menjadi dua fungsi sebagai Panglima Pasukan Amfibia UK. COMUKAMPHIBFOR merupakan salah seorang dari dua Panglima Operasi Maritim yang berpangkat jeneral dua bintang (yang seorang lagi Panglima Pasukan Maritim UK (COMUKMARFOR), dengan tanggungjawab tertentu bagi peperangan amfibia dan pesisir pantai. Tidak seperti COMUKMARFOR, COMUKAMPHIBFOR diberi tugas memerintah Combined Joint Task Force (Gabungan Pasukan Petugas Bersama) dan ditugaskan membantu seorang komander dua bintang.

SejarahSunting

Pada asalnya Komandan Jeneral memegang pangkat Jeneral penuh. Ini telah berubah sejak 60 tahun dahulu, diturunkan kepada leftenan-jeneral pada tahun 1977 dan kemudian mejar-jeneral tahun 1996, selaras dengan pengurangan saiz Marin Diraja.

Jawatan ini jangan dikelirukan dengan Kapten Jeneral Marin Diraja, iaitu ketua istiadat yang hanya dipegang oleh Raja.

Jawatan ini setaraf dengan Komandan Kor Marin Amerika Syarikat, walaupun ia berpangkat Jeneral penuh.

Komandan Jeneral Marin DirajaSunting

Para Komandan Jeneral mengikut turutan:

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ City brigadier will lead Royal Marines This is Plymouth, 5 November 2011.