Komet Besar 1811[1] (gelaran formal C/1811 F1) ialah komet yang boleh dilihat dengan mata kasar untuk sekitar 260 hari, satu rekod yang dipegang sehingga kemunculan komet Hale–Bopp pada 1997. Pada Oktober 1811, dalam keadaannya yang paling terang, ia memaparkan magnitud ketara 0 dengan koma yang mudah untuk dilihat.

C/1811
Komet Besar 1811
Komet Besar 1811, seperti yang dilukis oleh William Henry Smyth
Penemuan
Ditemui olehHonoré Flaugergues
Tarikh penemuan25 Mac 1811; 213 tahun yang lalu (1811-03-25)
Designasi alternatif1811 I,
Komet Besar 1811
Ciri orbit A
Epok2382760.5
Afelion423 AU
Perihelion1.04 AU
Paksi semimajor212.4 AU
Kesipian0.995125
Tempoh~3096 tahun
Kecondongan orbit106.9°
Perihelion terakhir12 September 1811
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penemuan sunting

Komet ini telah ditemui pada 25 Mac 1811 oleh Honoré Flaugergues pada 2.7 AU dari Matahari dalam buruj Kapal Argo. Selepas dikaburi oleh cahaya bulan untuk beberapa hari, ia juga dijumpai oleh Jean-Louis Pons pada 11 April manakala Franz Xaver, Baron Von Zach dapat mengesahkan penemuan Flaugergues pada malam yang sama.[2]

Orbit sementara pertama telah dikira pada Jun oleh Johann Karl Burckhardt. Berdasarkan kiraan ini, Heinrich Matthias Olbers membuat ramalan bahawa komet itu akan menjadi sangat cerah pada tahun itu.

Rujukan sunting

  1. ^ Jean-Michel Faidit, "La comète impériale de 1811", Les Presses du Midi, 2012 ;Friedrich Wilhelm Argelander, Ueber die Bahn des grossen cometen von 1811, (Tr. Table of the path of the great comet of 1811) 4, Konigsberg, 1822.
  2. ^ Kronk, G. W., Cometography—C/1811 F1 (Great Comet), dicapai pada 26 November 2008.

Pautan luar sunting