Kompleks Falak Al-Khawarizmi

pusat penyelidikan astronomi di Malaysia

Kompleks Falak Al-Khawarizmi terletak di Tanjung Bidara, Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Kompleks ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka. kompleks ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi pada 1 Disember 2007.

Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu balai cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. Terdapat tayangan disediakan kepada para pengunjung.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Al-Khawarizmi Astronomy Complex". AmazingMelaka.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting