Kompleks Nasyrul Quran

pusat percetakan al-Quran yang beroperasi di Malaysia

Kompleks Nasyrul Quran (Jawi: کومڤليک‌‌س نشر القرآن) ialah sebuah pusat percetakan al-Quran yang beroperasi di Malaysia. Ia merupakan pusat percetakan al-Quran yang kedua terbesar[1] di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd.[2] Kompleks ini terletak di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dan 30 peratus daripadanya akan diwakafkan di negara-negara Islam yang kurang berkemampuan dan negara yang mempunyai penduduk minoriti Islam.

Kompleks Nasyrul Quran
کومڤليک‌‌س نشر القرآن
Maklumat am
Ditubuhkan2017
JenisPusat Percetakan Al-Quran
Maklumat pentadbiran
PemilikYayasan Restu
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
Lokasi
Presint 14, Putrajaya
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jumlah kos pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM60 juta[3] untuk tujuan bangunan dan pembelian mesin cetak. Bangunan ini dibantu oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia[4] dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kompleks ini mula beroperasi pada 13 Jun 2017 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.[1]

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Muhammad, Anne (13 Jun 2017). "Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi". Malaysiakini. Dicapai pada 2020-02-22.
  2. ^ Hafiz Ithnin (19 Jun 2019). "Mushaf sentuhan Malaysia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-08. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  3. ^ "Keputusan, tindakan kerajaan berlandaskan al-Quran - Najib". Berita Harian. 10 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-22. Dicapai pada 2020-02-22.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  4. ^ Suhaila Shahrul Annuar; Noor Atiqah Sulaiman (28 Februari 2019). "Kompleks Nasyrul Quran terima peruntukan RM5 juta". BH Online. Foto oleh Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-08. Dicapai pada 9 Mac 2020.