Kompleks Sultan Abu Bakar

Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB; Jawi: کومڤليک‌س سلطان ابو بکر ) ialah kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ) di Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Terletak di utara Laluan Kedua Malaysia–Singapura (Linkedua), ia merupakan satu daripada dua jalan masuk ke Malaysia dari sempadan Malaysia-Singapura.

Kompleks Sultan Abu Bakar
Sultan Abu Bakar Complex
کومڤليک‌س سلطان ابو بکر
Map
Maklumat umum
Jeniskompleks imigresen, kastam dan kuarantin
LokasiTanjung Kupang, Johor, Malaysia
PemilikPengendali utama
Kerajaan Malaysia
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Pengendali sekunder
Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Jabatan Pengangkutan Jalan
PLUS Malaysia Berhad
(Projek Lebuhraya Usahasama Berhad)
Polis Diraja Malaysia
Reka bentuk dan seni bina
PemajuLembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Kumpulan UEM

Kompleks CIQ ini dinamakan sempena nama Sultan Abu Bakar. Dari Malaysia, laluan berkenderaan melalui Lebuhraya Linkedua, berterusan selepas pemeriksaan sempadan di jambatan Linkedua ke Pusat Pemeriksaan Tuas di Tuas, Singapore. Pejalan kaki tidak dibenarkan di Linkedua.

Komponen sunting

Pusat pemeriksaan Imigresen sunting

Pusat pemeriksaan imigresen mempunyai pusat pemeriksaan yang berbeza untuk motosikal dan kereta. pusat pemeriksaan ini telah direka dengan 78 kaunter untuk kereta yang memasuki Malaysia, dan 39 kaunter bagi mereka yang berlepas dari Malaysia. Terdapat 50 kaunter di setiap arah untuk motosikal memasuki dan berlepas Malaysia..

Pusat pemeriksaan kastam sunting

Di pusat pemeriksaan kastam, 36 kaunter yang ditetapkan untuk kereta (20 untuk mereka yang tiba di Malaysia dan 16 untuk mereka yang meninggalkan negara ini) dan 25 untuk motosikal (17 untuk ketibaan dan 8 untuk berlepas).

Kuarters KSAB sunting

Berhampiran kompleks ini ialah kuarters KSAB bagi kakitangan kastam dan imigresen Malaysia dan mempunyai dua buah sekolah, Sekolah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar (SKKSAB) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar (SMKKSAB).