Komputer peribadi

(Dilencongkan dari Komputer Peribadi)

Komputer peribadi ialah komputer yang sesuai digunakan untuk kegunaan peribadi. Komputer jenis ini boleh didapati di pasaran dengan harga yang pelbagai—bergantung kepada kehendak pengguna, tetapi amat rendah jika dibandingkan dengan komputer berkuasa tinggi seperti superkomputer.

Pandangan besar bagi komputer peribadi moden:
  1. Monitor
  2. Papan induk
  3. Unit pemprosesan pusat (Mikropemproses)
  4. Ingatan capaian rawak
  5. Kad tambah
  6. Bekalan kuasa
  7. Pemacu cakera optik
  8. Cakera keras
  9. Papan kekunci
  10. Tetikus

Komputer peribadi juga digunakan untuk merujuk kepada komputer komputer peribadi IBM (IBM Personal Computer) keluaran IBM. Komputer ini merupakan pencetus kepada perkembangan komputer peribadi sehingga ke hari ini.

Komputer peribadi boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut rupa dan saiz:

Sejarah sunting

Komputer peribadi ialah mikrokomputer yang berharga rendah. Pada asalnya direkabentuk supaya ia hanya boleh diguna oleh seorang pada satu masa, dan juga serasi IBM PC.

Nadi utama bagi mikrokomputer ialah Unit Pemprosesan Pusat mikropemproses (microprocesor CPU). Mikropemproses yang pertama ialah Intel4004 yang dikeluarkan pada 15 November 1971. Generasi pertama mikrokomputer yang mula dikeluarkan pada tahun 70an. Namun begitu, ia berprestasi lebih rendah, dan kurang upaya berbanding dengan komputer perniagaan pada waktu itu. Ia hanya diguna oleh peminat komputer, atau hanya untuk permainan elektronik.

Mikrokomputer menjadi alat perniagaan apabila atur cara hamparan elektronik VisiCalc dilancarkan untuk mesin Apple II, dan seterusnya untuk IBM PC. Pada sekitar tahun 1980-an, harga komputer peribadi yang rendah menjadi sebab utama kepopularannya untuk kegunaan di rumah serta perniagaan. Pada tahun 1982, majalah Times memberikan Komputer Peribadi gelaran "Man of the Year".

Menjelang tahun 1990an, kuasa prestasi Komputer Peribadi meningkat secara drastik, sehingga ia hampir menyamai kuasa komputer pelbagai pengguna, seperti Mainframe. Pada hari ini, komputer tahap tinggi (higher-end computer) lebih kerap membezakan dengan komputer peribadi dari segi kestabilan serta kuasa multitasking yang lebih baik, daripada hanya bergantung semata-mata pada kuasa CPU.

Seni bina dan kad tambah sunting

Kebanyakan Komputer Peribadi moden menggunakan senibina perkakasan yang serasi dengan komputer peribadi IBM, dan menggunakan pemproses berciri x86 yang dikeluarkan oleh Intel, AMD, atau Cyrix. Keupayaan komputer peribadi boleh ditingkatkan lagi dengan penggunaan kad tambah.

Komputer peribadi tak serasi IBM sunting

Di sebalik kepopularan komputer peribadi, terdapat juga sejumlah komputer peribadi yang tidak serasi dengan IBM yang masih menjadi tarikan pengguna. Salah satu daripadanya ialah Power Macintosh yang dikeluarkan oleh Apple Computer. Komputer peribadi itu yang mempergunakan seni bina PowerPC digunakan secara meluas dalam bidang seni bina grafik serta multimedia.

Di samping itu, terdapat juga komputer peribadi lain yang bukan-bersesuaian dengan IBM:

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting