Komputer kerangka utama

Komputer kerangka utama (bahasa Inggeris: mainframe computer) merupakan komputer berkuasa tinggi membolehkan pemprosesan dan perkongsian data serentak[1] untuk meneliti maklumat pukal dan banyak digunakan terutamanya oleh pertubuhan korporat atau kerajaan, termasuk dalam kerja-kerja pembancian, statistik industri dan pengguna, perancangan sumber perusahaan, dan pemprosesan urus niaga kewangan.

Sebuah kerangka utama IBM 704 (1964)

Kebanyakan seni bina sistem komputer berskala besar telah diasaskan pada tahun 1960-an. Beberapa sistem pengendalian mikrokomputer muncul dalam tahun 1970-an dan 1980-an, yang turut dikenali sebagai kerangka utama mini atau minikomputer; contohnya PDP-8 oleh Digital Equipment Corporation dan Data General Nova. Kebanyakan ciri pembatas "kerangka utama" telah diwujudkan pada tahun 1960-an, namun ciri-ciri berkenaan terus berkembang dan menjadi matang sehingga ke hari ini.

Rujukan sunting

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "komputer kerangka utama". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 31. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)