Mikrokomputer

(Dilencongkan daripada Komputer mikro)

Mikrokomputer, lebih dikenali sebagai komputer peribadi, adalah komputer yang boleh diletakkan di atas meja pejabat. Ia terdiri daripada pelbagai model dan jenis yang boleh dikelaskan seperti berikut:

  1. Komputer meja - komputer biasa yang sesuai diletakkan di atas meja.
  2. Tower - komputer yang mempunyai Unit Sistem  menegak setinggi satu meter dan biasanya diletakkan di tepi meja.
  3. Komputer riba - komputer bimbit yang biasanya boleh dibawa dari tempat ke tempat dengan selesa. Biasanya kecil dan tidak berat (2kg - 4kg).
  4. Notebook - komputer bimbit yang lebih kecil (8.5 inci x 11 inci) dan ringan (1kg - 3kg). Dipanggil notebook  kerana komputer jenis ini adalah kecil dan ringan yang membolehkannya dibawa ke mana-mana sahaja dengan mudah.
  5. Palmtop - komputer jenis bimbit yang lebih kecil yang boleh diletakkan di atas tapak tangan, buku cek, atau mesin kira. Mempunyai keupayaan dan fungsi yang terhad seperti kamus, aktiviti perancang harian, dan lain-lain.
  6. Pen Komputer - komputer bersaiz notebook  yang tidak mempunyai tetikus dan papan kekunci. Komputer ini menyediakan pilihan lain untuk input, iaitu menggunakan pen yang dipanggil stilus. Maklumat atau data dimasukkan ke dalam komputer dengan menulis terus ke atas skrin dan tulisan tersebut akan diterjemahkan kepada teks bertaip oleh atur cara pengenal tulisan.