Komunalisme boleh ditakrifkan sebagai teori yang masyarakatnya yang dibahagikan kepada banyak komun yang kecil dan berasingan, dengan negara hanya merupakan pergabungan komun-komun itu.[1] Di banyak kawasan di dunia, "komunalisme" merupakan sebuah istilah yang moden yang memerikan berbagai-bagai gerakan dan teori sosial yang menumpukan komuniti. Ia boleh berbentuk kehidupan komunal atau harta komunal, antara lain.

"Komunalisme" seringnya dikaitkan dengan berbagai-bagai cabang sosialisme, khususnya komunisme dan lebih khusus lagi, komunisme agama atau komunisme primitif, serta kebanyakan falsafah anarki. Ia kekadang dikatakan mengutamakan kepentingan komuniti berbanding dengan kepentingan perseorangan tetapi ini biasanya dilakukan atas prinsip bahawa sesuatu komuniti wujud untuk memanfaatkan anggota-anggota yang menyertainya dan justera, cara yang terbaik untuk memastikan kepentingan seseorang anggota adalah menerusi kepentingan komuniti.

Komunalisme di subbenua India

sunting

Di subbenua India, istilah "komunalisme" membawa pengertian yang lain, iaitu sektarianisme agama atau lebih khusus lagi, sektarianisme keetnikan, yang menggalakkan keganasan komunal yang didukung oleh gerakan politik.

Rujukan

sunting

Lihat juga

sunting