Peperangan

tengkarah yang berterusan antara dua kuasa
(Dilencongkan dari Konflik bersenjata)

Peperangan (Jawi: ڤڤراڠن) atau perang [pĕ-rang] (Jawi: ڤراڠ) ialah konflik terancang yang lazimnya berpanjangan di antara dua atau lebih negara atau aktivis bukan negara. Perang merupakan perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama umat, merosakkan sosial dan memusnahkan ekonomi. Peperangan merupakan hal yang tidak diinginkan oleh setiap umat dan merupakan pertikaian yang seharusnya dapat dielakkan. Ketiadaan perang membawa kepada keamanan.

The War oleh Tadeusz Cyprian (1949), sekeping gambar dalam koleksi Muzium Kebangsaan di Warsaw, selepas PD2.

Satu tanggapan biasa peperangan ialah suatu siri kempen tentera antara sekurang-kurangnya dua belah pihak yang melibatkan satu pertikaian mengenai kedaulatan, kawasan, sumber, agama atau banyak lagi isu-isu lain. Suatu peperangan untuk mendapat kemerdekaan dari penjajahan kadang kala dipanggil sebagai satu "peperangan pembebasan", sementara suatu peperangan dalaman bagi negeri yang sama dipanggil "perang saudara".

Perang terdahsyat dalam sejarah, daripada segi jumlah kematian, ialah Perang Dunia Kedua, dengan 60–85 juta orang maut, diikuti penaklukan Mongol.[1]

Sejarah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ *The Cambridge History of China: Alien regimes and border states, 907–1368, 1994, m/s. 622, dipetik White
    *Matthew White (2011-11-07). The Great Big Book of Horrible Things: The Definitive Chronicle of History's 100 Worst Atrocities.

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.