Kongres Bowling Sepuluh Pin Malaysia

Kongres Bowling Sepuluh Pin Malaysia (Malaysian Tenpin Bowling Congress - MTBC’74) merupakan badan pengurusan Kebangsaan bagi Sukan Bowling Sepuluh pin di Malaysia dan diakui oleh Komiti Olimpik Malaysia (Malaysian Olympic Committee) dan Kerajaan, melalui Kementerian Sukan dan Majlis Sukan Negara (National Sports Council). Ia juga diiktiraf oleh Persekutuan Bowling Asia (Asian Bowling Federation - ABF), Persatuan Bowling Sepuluh Pin Dunia (World Tenpin Bowling Association - WTBA) dan Fédération International des Quilleurs (FIQ). Badan ini diuruskan oleh sukarelawan sepenuhnya.

MTBC mempunyai 14 Ahli Bowling Sepuluh Pin Negeri (States Tenpin Bowling Association affiliates di Malaysia. MTBC mengurus bidang bowling sepuluh pin, menganjur Malaysian International Open, National Championship, Interstate Championship yang terkemuka dan mengesahkan banyak kejohanan bagi lelaki, wanita dan remaja.

Pautan luarSunting