Kongres FIFA ialah badan perundangan tertinggi Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak. (French: Fédération Internationale de Football Association), biasanya dikenali dengan singkatan FIFA /ˈffə/. FIFA ialah badan pentadbiran sukan antarabangsa untuk bola sepak, futsal dan bola sepak pantai.

Kongress ini mungkin biasa atau luar biasa. Kongres biasa diadakan pada setiap tahun manakala kongres luar biasa diadakan pada bila-bila masa. Kongres luar biasa diadakan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA dengan sokongan satu per lima daripada ahli-ahli FIFA. [1] Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine

Setiap satu daripada 209 ahli FIFA mempunyai satu undian dalam kongres itu. Ahli-ahli FIFA boleh mencadangkan calon untuk jawatan presiden FIFA. Pilihan raya presiden FIFA berlaku di kongres itu pada tahun selepas Piala Dunia FIFA. [1]

Sejarah sunting

Kongres FIFA diadakan setiap tahun sejak 1998. Sebelum ini ia diadakan dua tahun sekali. Kongres tidak diadakan antara tahun 1915–1922 dan 1939–1945 berikutan berlakunya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Pilihan raya presiden FIFA telah diadakan pada kongres yang pertama, ke-3, ke-12, ke-29, ke-30, ke-39, ke-51 dan ke-61. Stanley Rous telah dipilih sebagai presiden pada kongres luar biasa pada tahun 1961. [2]

Senarai Kongres sunting

Bilangan Kongres Tahun Bandar
Pertama 1904   Paris
Ke-2 1905
Ke-3 1906   Berne
Ke-4 1907   Amsterdam
Ke-5 1908   Vienna
Ke-6 1909   Budapest
Ke-7 1910   Milan
Ke-8 1911   Dresden
Ke-9 1912   Stockholm
Ke-10 1913   Copenhagen
Ke-11 1914   Christiana (Oslo)
Ke-12 1923   Geneva
Ke-13 1924   Paris
Ke-14 1925   Prague
Ke-15 1926   Rome
Ke-16 1927   Helsingfors
Ke-17 1928   Amsterdam
Ke-18 1929   Barcelona
Ke-19 1930   Budapest
Ke-20 1931   Berlin
Ke-21 1932   Stockholm
Ke-22 1934   Rome
Ke-23 1936   Berlin
Ke-24 1938   Paris
Ke-25 1946   Luxembourg
Ke-26 1948   London
Ke-27 1950   Rio de Janeiro
Ke-28 1952   Helsinki
Ke-29 1954   Berne
Ke-30 1956   Lisbon
Ke-31 1958   Stockholm
Ke-32 1960   Rome
Ke-33 1962   Santiago
Ke-34 1964   Tokyo
Ke-35 1966   London
Ke-36 1968   Guadalajara
Ke-37 1970   Mexico
Ke-38 1972   Paris
Ke-39 1974   Frankfurt
Ke-40 1976   Montreal
Ke-41 1978   Buenos Aires
Ke-42 1980   Zurich
Ke-43 1982   Madrid
Ke-44 1984   Zurich
Ke-45 1986   Mexico
Ke-46 1988   Zurich
Ke-47 1990   Rome
Ke-48 1992   Zurich
Ke-49 1994   Chicago
Ke-50 1996   Zurich
Ke-51 1998   Paris
Ke-52 2000   Zurich
Ke-53 2002   Seoul
Ke-54 2004   Paris
Ke-55 2005   Marrakesh
Ke-56 2006   Munich
Ke-57 2007   Zurich
Ke-58 2008   Sydney
Ke-59 2009   Nassau
Ke-60 2010   Johannesburg
Ke-61 2011   Zurich
Ke-62 2012   Budapest
Ke-63 2013   Mauritius
Ke-64 2014   São Paulo
Ke-65 2015   Zürich
Ke-66 2016   Mexico

Kongres Luar Biasa sunting

Kongres luar biasa telah diadakan pada tahun 1908 (Brussels), 1961 (London), 1999 (Los Angeles), 2001 (Buenos Aires) dan 2003 (Doha). [2] Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine

Lihat Juga sunting

Senarai Presiden FIFA

Rujukan sunting

  1. ^ "FIFA Congress". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-05. Dicapai pada 2015-02-12.
  2. ^ "FIFA presidential elections". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-08. Dicapai pada 2015-02-12.