Kongres Kaum Ceylon Malaysia

Kongres Kaum Ceylon Malaysia (MCC) merupakan pertubuhan yang memperjuangkan nasib etnik Ceylon di Malaysia. Kaum Ceylon menyamai kaum India dari segi warna kulit dan rupa paras. Kaum Ceylon berasal dari Sri Lanka dan dibawa oleh majikan dari British ke Malaysia untuk bekerja di ladang-ladang teh di Cameron Highland dan penoreh getah di ladang-ladang sebelum Perang Dunia Kedua. Mereka berbeza dengan keturunan Singhala yang menjadi kaum majoriti di Sri Lanka. Etnik Ceylon lebih mirip atau menyamai kaum Tamil di utara Sri Lanka. Di Malaysia, etnik Tamil dipanggil sebagai kaum India sahaja.

Presiden MCC ialah Datuk Dr NKS Tharmaseelan.

Penderitaan kaum Tamil di Sri Langka sunting

MCC memandang berat penderitaan kaum Tamil di utara Sri Langka. Mereka menjadi mangsa sengketa kaum antara Singhala dan Tamil Eelam. MCC menggesa kerajaan Malaysia menghulurkan bantuan kewangan ke wilayah tersebut.[1]

Rujukan sunting