Kongres Kebangsaan Afrika

Kongres Kebangsaan Afrika (bahasa Inggeris: African National Congress; biasa dikenali sebagai ANC) adalah parti politik terbesar di Afrika Selatan dan telah memerintah negara ini sejak kejatuhan regim aparteid pada tahun 1994.

African National Congress (ANC)
SingkatanANC
PresidenCyril Ramaphosa
PengerusiGwede Mantashe
JurucakapPule Mabe
Naib PresidenDavid Mabuza
Naib Setiausaha UmumJessie Duarte
Bendahara UmumPaul Mashatile
PengasasJohn Langalibalele Dube
Pixley ka Isaka Seme
Sol Plaatje
Diasaskan8 Januari 1912
Disahkan3 Februari 1990
Ibu pejabatLuthuli House
54 Sauer Street
Johannesburg
AkhbarANC Today
Sayap beliaANC Youth League
Sayap wanitaANC Women's League
Veteran's LeagueANC Veterans League
Sayap paramiliteruMkhonto we Sizwe (dimasukkan ke dalam SANDF)
Keanggotaan (2015)769,000[1]
IdeologiNasionalisme Afrika
Demokrasi sosial
Kedudukan politikKiri tengah
Penggabungan kebangsaanTripartite Alliance
Penggabungan antarabangsaSocialist International[2]
African affiliationFormer Liberation Movements of SA
WarnaHitam, hijau, kuning emas
SloganSouth Africa's National Liberation Movement
Lagu parti
"Nkosi Sikelel' iAfrika"
"Lord Bless Africa"
Bil. kerusi dalam Perhimpunan Kebangsaan
249 / 400
Bil. kerusi dalam Majlis Provinsi Negara
60 / 90
Delegasi NCOP
8 / 9
Parlimen Se-Afrika
3 / 5
Pemerintah provinsi
279 / 430
Bil. kerusi dalam Majlis Perbandaran Metropolis Johannesburg
121 / 270
Bil. kerusi dalam Majlis Perbandaran Metropolis Nelson Mandela Bay
50 / 120
Bil. kerusi dalam Majlis Perbandaran Cape Town
57 / 231
Bendera parti
Laman sesawang
www.anc1912.org.za Sunting ini di Wikidata
Politik Afrika Selatan
Parti politik
Pilihan raya

Penubuhan sunting

Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) ditubuhkan pada tahun 1912 dengan nama South African Native National Congress (Kongres Kebangsaan Orang Asal Afrika Selatan") diasaskan oleh Dr. Pixley Ka Isaka Seme, seorang peguam daripada Durban. Parti ini ditukar nama secara rasmi kepada African National Congress pada tahun 1923. Pada awal penubuhannya ANC bekerjasama dengan Parti Komunis Afrika Selatan (CPSA--kemudiannya, pada 1953, menjadi Parti Komunis Rakyat Afrika Selatan, atau SACP) pada awal 20-an, tetapi kerjasama tersebut terbatal apabila sesetengah pemimpin tradisional berbangsa Afrika menentang penglibatan ahli komunis berkulit putih dalam pergerakan nasionalisme kulit hitam (Blacks). Malangnya, dalam tahun-tahun 30-an, pengaruh ANC telah merosot; antaranya disebabkan oleh kegagalannya merealisasikan impian masyarakat kulit hitam, semangat kepuakan/blok (factionalism) yang semakin ketara, dan ketandusan pemimpin yang berwibawa.

Kebangkitan sunting

Kebangkitan semula ANC pada tahun 40-an merupakan hasil titik peluh golongan pemimpin muda generasi baru-- termasuklah Nelson Mandela, Walter Sisulu, Oliver Tambo, dan Anton Lembede--yang telah dipengaruhi oleh nasionalisme kulit hitam gaya pan-Afrika. Pada tahun 1943, mereka menggerakkan Liga Belia ANC untuk menjana sokongan massa untuk menentang diskriminasi kaum/perkauman. Mereka seterusnya, bersama-sama pertubuhan lain yang sehala, telah mengadakan penentangan secara aman di seluruh negara untuk mempamerkan kemarahan mereka tentang kebangkitan kuasa melulu oleh kolonial dan undang-undang aparteid yang zalim. Gerakan-gerakan sedemikian berjaya menguatkan sokongan kepada ANC apabila keahlian berdaftarnya meningkat daripada 7,000 orang kepada 100,000 orang pada 1952.

Pada pertengahan dekad 50-an, ANC telah merencanakan Perikatan Kongres atau Congress Alliance dengan pertubuhan anti-Aparteid lain untuk menentang ketuanan kulit putih. Pada 26 Jun 1955, pihak-pihak yang bersekutu telah mencadangkan Piagam Kebebasan atau Freedom Charter, yang mengutarakan impian membentuk masyarakat berbilang kaum yang bukan sosialis, tetapi pertelingkahan pendapat berkenaan piagam tersebut menjalar kepada ideologi ANC; antara Charteris dan Afrikanis, dan isu-isu pelbagai kaum masih menjadi masalah yang sangat rumit. Akhirnya, beberapa orang aktivis ANC yang menentang dasar-dasar tertentu kongres telah menubuhkan Kongres Pan-Afrika atau Pan-Africanist Congress (PAC) pada 1959 sebagai usaha menekan penguasaan politik kulit hitam.

Darurat dan pengharaman sunting

Kerajaan aparteid ketika ini telah mengisytiharkan ANC sebagai pertubuhan yang tidak sah pada 8 April 1960, sebagai antara usaha kerajaan melumpuhkan kegiatan "bawah tanah", selain darurat di seluruh negara menyusuli insiden anti-Aparteid di Sharpeville dan Langa. Dan ANC kembali ke "bawah tanah"; ramai kadernya berhijrah ke negara jiran Afrika Selatan, tetapi ada juga sesetengah ahli dan pemimpinnya melakukan tindakan bersenjata untuk meneruskan cita-cita ANC. Pada 1961 pemimpin ANC dan SACP telah melancarkan sayap ketenteraan bersekutu, Umkhonto we Sizwe ("Tombak Bangsa" atau juga Umkhonto, MK). Tujuannya untuk menyingkirkan rejim kulit putih Afrika Selatan secara kekerasan untuk mencapai matlamat meraih kesaksamaan sosial dan menebus maruah bangsa. Sabotaj dan serangan sayap ketenteraan ANC ini dalam 1960 dan 1962 telah menyebabkan beberapa orang ketua ditangkap. Pada tahun 1963, perbicaraan mahkamah yang popular, yang sering kali disebut "Perbicaraan Rivonia": Mandela, Sisulu, Govan Mbeki, dan lain-lain dituduh menderhaka dan telah dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. Kebanyakan ahli ANC kemudiannya meninggalkan Afrika Selatan, menubuhkan rangkaian dan ibu pejabat ANC di Lusaka, Zambia, dan tidak jemu-jemu meneruskan perjuangan menentang rejim Pretoria.

Pada tahun-tahun berikutnya, ANC telah membentuk kerjasama dengan negara-negara blok Timur dan Barat, iaitu bersama-sama kumpulan anti-Aparteid di seberang laut. Walaupun sesetengah negara Barat, khususnya negara Skandinavia, memberikan bantuan kewangan, bantuan logistik ANC termasuklah bekalan senjata, datang daripada Soviet dan Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur). Kejayaan ANC memperoleh status pemerhati di PBB telah meluaskan lagi pengaruhnya terutamanya dalam kalangan negara Barat.

Pasca-aparteid sunting

Pada awal dekad 90-an, ANC mengambil langkah memugar dan memperkukuh akar umbinya. ANC mengaktifkan semula Liga Belia ANC sebagai usaha berbilang arah untuk merapatkan jurang antara generasi muda dengan generasi pemimpin mapan. Seterusnya, selepas desakan daripada ahli wanita ANC yang berpandangan jauh, ANC juga telah menghidupkan kembali Liga Wanita untuk menyebarluaskan ilmu dan membela hak asasi wanita di seluruh negara. Kedua-dua Liga ini bekerjasama dengan jabatan-jabatan yang sedia ada untuk mengadakan segala kegiatan yang direncanakan.

Walaupun ANC secara umumnya mewakili kepentingan masyarakat majoriti kulit hitam, keahliannya dibuka kepada sesiapa sahaja: kulit putih, Asia, dan lain-lain. Mula merayu untuk semua kaum menganggotainya pada tahun 1969, pada tahun-tahun 70-an dan 80-an, semakin ramai orang kulit putih menganggotai parti ini. Pada April 1991, 5 orang ahli parlimen kulit putih yang mewakili Parti Demokratik meninggalkan parti tersebut untuk menyertai ANC, yang mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memecahkan monopoli orang kulit putih dalam Dewan Perwakilan.

Sehingga sewaktu ANC berbincang dengan kerajaan pimpinan NP tentang masa depan politik Afrika Selatan, pelantar ideologi ANC yang berubah-ubah, daripada bercorak anti-Aparteid ala Mohandas (Mahatma) Gandhi yang bersikap bertahan (awal abad ke-20), kepada pan-Afrika (40-an), seterusnya kepada Piagam Kebebasan pada tahun 1955. Pada tahun 1969 pula, ANC telah secara rasmi melancarkan polisi bersenjata untuk merampas semula kedudukan politik yang dirampas sebelum itu , dan pada tahun 1988 telah mengisytiharkan Panduan Perlembagaan Ke Arah Afrika Selatan yang Demokratik, berasaskan aspirasi Piagam Kebebasan. Panduan tersebut menganjurkan sebuah negara bangsa yang demokratik berlandaskan nilai-nilai sejagat/universal . Pada Ogos 1989, ANC mula menerima pakai Deklarasi Harare, yang mempromosikan persefahaman berbilang parti untuk membentuk suatu bentuk kerajaan baharu, yang cukup menekankan konsep hak asasi individu.

Rakan politik utama ANC sewaktu zaman aparteid ialah SACP. Pemimpin SACP membantu mengekalkan sokongan terhadap ANC khususnya daripada golongan komunis dan sosialis sewaktu anarki , memainkan peranan penting dalam merangka polisi ANC, dan juga menyatukan sokongan pergerakan buruh dalam ANC. SACP juga sesekali menentukan hala tuju ANC walaupun agak minimum, contohnya, pada awal 1993, Pengerusi SACP Joe Slovo merangka cadangan ANC, untuk bertolak ansur dan sanggup berkongsi kuasa dengan NP. Kedudukan Slovo waktu itu dianggap berpatutan kerana parti tidak "melayan parti yang telah tewas" tetapi dengan NP sebagai sebuah parti minoriti.

Walaupun ANC muncul sebagai parti dominan pada tahun 1994, parti tersebut masih berhadapan dengan banyak isu tertangguh dan masalah jangka panjang. Isu pengganti pemimpin veteran atau pemimpin generasi baru masih belum usai . Presiden Mandela dan beberapa orang pemimpin mapan lain yang mewakili generasi terdahulu, sudah mahu mengundurkan diri untuk memberi ruang kepada pemimpin muda. Mandela sendiri tidak bertanding lagi dalam pilihan raya 1999. Calon kegemaran pengganti beliau --Thabo Mbeki, mantan setiausaha hal ehwal luar ANC, dan Cyril Ramaphosa, setiausaha agung ANC sejak 1991--dikatakan tidak dilatih secukupnya sewaktu di bawah pimpinan veteran mereka.

Organisasi sunting

Struktur kepemimpinan ANC terdiri daripada presiden, timbalan presiden, setiausaha agung, timbalan setiausaha agung, dan bendahari. 90 orang ahli Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan atau National Executive Committee (NEC) menjadi pengantara dengan pegawai kanan dan sangat berpengaruh dalam memutuskan dasar-dasar kongres. 26 orang anggota Jawatankuasa Kerja Kebangsaan atau National Working Committee (NWC), dipilih daripada kalangan NEC, memutuskan dan melaksanakan pelbagai urusan pentadbiran kongres. Tujuh orang penasihat dan pembantu presiden juga dilantik.

Persidangan tahunan ANC menghimpunkan kira-kira 1,300 orang perwakilan, yang antara fungsinya mengundi calon-calon NEC dan mencalonkan mereka yang layak untuk berada dalam Perhimpunan Kebangsaan/Majlis Tertinggi, setiap lima tahun. Pada peringkat pengurusan, terdapat 9 jabatan peringkat kebangsaan--Penyelidikan dan Maklumat, Pembangunan dan Sumber Manusia, Hal Ehwal Luar, Belia, Pendidikan Politik, Penerangan, Kewangan, Keagamaan, dan Wanita--dan juga cawangan di setiap wilayah.

Keputusan pilihan raya sunting

Peringkat negara sunting

Perhimpunan Kebangsaan sunting

Tahun pilihan raya Jumlah undian Peratusan undian Kerusi +/– Keputusan
1994 12,237,655 62.65
252 / 400
Membentuk pemerintah
1999 10,601,330 66.35
266 / 400
14 Membentuk pemerintah
2004 10,880,915 69.69
279 / 400
13 In government
2009 11,650,748 65.90
264 / 400
15 Membentuk pemerintah
2014 11,436,921 62.15
249 / 400
15 Membentuk pemerintah

Majlis Provinsi Negara sunting

Election Total # of
seats won
+/–
1994
60 / 90
1999
63 / 90
3
2004
65 / 90
2
2009
62 / 90
3
2014
60 / 90
2

Peringkat provinsi sunting

Election Cape Timur Free State Gauteng Kwazulu-Natal Limpopo Mpumalanga North-West Cape Utara Cape Barat
% Kerusi % Kerusi % Kerusi % Kerusi % Kerusi % Kerusi % Kerusi % Kerusi % Kerusi
1994 84.35% 48/56 76.65% 24/30 57.60% 50/86 32.23% 26/81 91.63% 38/40 80.69% 25/30 83.33% 26/30 49.74% 15/30 33.01% 14/42
1999 73.80% 47/63 80.79% 25/30 67.87% 50/73 39.38% 32/80 88.29% 44/49 84.83% 26/30 78.97% 27/33 64.32% 20/30 42.07% 18/42
2004 79.27% 51/63 81.78% 25/30 68.40% 51/73 46.98% 38/80 89.18% 45/49 86.30% 27/30 80.71% 27/33 68.83% 21/30 45.25% 19/42
2009 68.82% 44/63 71.10% 22/30 64.04% 47/73 62.95% 51/80 84.88% 43/49 85.55% 27/30 72.89% 25/33 60.75% 19/30 31.55% 14/42
2014 70.09% 45/63 69.85% 22/30 53.59% 40/73 64.52% 52/80 78.60% 39/49 78.23% 24/30 67.39% 23/33 64.40% 20/30 32.89% 14/42

Peringkat pembandaran sunting

Tahun pilihan raya Jumlah undian % undi Perubahan
1995–96 5,033,855 58%
2000 Tidak dikeluarkan 59.4% 1.4%
2006 17,466,948 66.3% 6.9%
2011 16,548,826 61.9% 4.4%
2016[3] 21,450,332 55.7% 6.2%

Rujukan sunting

  1. ^ Mataboge, Mmanaledi (10 October 2015). "Smaller provinces the saving grace for ANC membership". Mail & Guardian. Dicapai pada 11 October 2015.
  2. ^ Mapekuka, Vulindlela (November 2007). "The ANC and the Socialist International". Umrabulo. African National Congress. 30. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Results Summary - All Ballots p" (PDF). elections.org.za. Dicapai pada 11 Ogos 2016.

Pautan luar sunting