Konjektur, atau ada juga disebut terkaan, ialah sejenis kenyataan matematik yang disyaki benar tetapi masih belum dijumpai bukti sama ada ia benar ataupun tidak. Karl Popper memulakan penggunaan istilah "konjektur" dalam falsafah eksperimental. Konjektur berbeza dengan hipotesis (dan juga teori, aksiom, prinsip) yang merupakan pernyataan yang boleh diuji berdasarkan asas yang diterima. Dalam matematik, satu konjektur ialah proposisi atau teorem yang kelihatan benar.

Konjektur terkenalSunting

Antara konjektur yang paling terkenal ialah teorem terakhir Fermat. Konjektur ini membelenggu ahli matematik selama lebih tiga ratus tahun sebelum Andrew Wiles, seorang pengkaji matematik dari Universiti Cambridge berjaya membuktikannya pada tahun 1995, dan kini ia lebih tepat dikenali sebagai satu teorem.

Konjektur terkenal yang lain termasuklah:

Program Langland ialah jaringan meluas idea untuk 'menyatukan konjektur' yang menghubungkan sub bidang berbeza dalam matematik, cth. teori nombor dan teori perwakilan kumpulan Lie; beberapa konjektur ini kebanyakannya telah dibuktikan.

Pautan luarSunting