Konkrit diperkukuhkan

Konkrit diperkukuhkan (KDp) ialah sejenis bahan komposit, di mana kekuatan tegangan konkrit dan kemuluran konkrit yang rendah diimbangkan dengan pengukuhan yang yang memiliki ciri-ciri tersebut yang lebih baik. Bahan-bahan pengukuh itu lazimnya (tak semestinya) terdiri daripada batang-batang keluli yang dipasang dahulu sebelum konkrit dituang terhadapnya. Penegangan lanjutan juga dilakukan untuk mengukuhkan konkrit itu. Dalam perspektif global, konkrit ini ialah bahan kejuruteraan utama.[1][2] Dalam kejuruteraan hakisan, sifat alkali konkrit dapat mencegah hakisan batang keluli sekiranya direka dengan betul.[3] Bahan-bahan pengukuh alternatif termasuk batang-batang bukan logam serta gentian-gentian yang dicampurkan bersama-sama konkrit.

Sebatang tiang konkrit diperkukuhkan, dengan perbandingan sebelum dan selepas konkrit dituang.

RujukanSunting

  1. ^ "16 Materials Every Architect Needs to Know (And Where to Learn About Them)". ArchDaily (dalam bahasa Inggeris). 2016-12-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-09. Dicapai pada 2021-07-09.
  2. ^ Sarah (2017-03-22). "When should you use reinforced concrete?". EKA Concrete | Direct Supplier of Ready Mix and Site Mix Concrete (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-09.
  3. ^ Structural materials. George Weidmann, P. R. Lewis, Nick Reid, Open University. Materials Department. Milton Keynes, U.K.: Materials Dept., Open University. 1990. m/s. 360. ISBN 0-408-04658-9. OCLC 20693897.CS1 maint: others (link)