Senarai Genin Konoha

(Dilencongkan dari Konohamaru)

Genin merupakan ninja tahap D yang merupakan pangkat terendah di dalam sesebuah kampung. Genin akan mula ditugaskan dengan misi-misi remeh yang diterima oleh kampung setelah dibayar oleh klien. Biasanya golongan ini akan diamanahkan dengan misi pangkat-D (pangkat terendah) yang tidak berisiko dan memerlukan khidmat buruh. Jarang-jarang sekali Genin diberi misi pangkat-C yang dilihat sebagai misi ninja sebenar. Risiko yang ditanggung lebih tinggi tetapi tidak berapa berbahaya kerana mereka akan sentiasa ditemani oleh guru Jonin. Dewasa ini, Konoha mengalami masalah kekurangan ninja kelas atasan setelah diserang oleh Sunagakure dan Otogakure dan dipaksa untuk menghantar Genin ke misi pangkat-C atau yang lebih tinggi.


KonohamaruSunting

Konohamaru (dinamakan bersempena kampung halamannya, Konoha) ialah cucu kepada Hokage Ketiga dan anak saudara kepada Asuma Sarutobi. Sebagai cucu Yang Ketiga, Konohamaru sering dikenali melalui pertalian itu dan merasakan dirinya tidak berkemampuan. Walaupun baru sahaja memulakan pengajian di Akademi Ninja, Konohamaru selalu menyerang hendap datuknya agar boleh diakui sehebat Hokage. Gurunya, Ebisu cuba untuk menasihati Konohamaru agar menghentikan tindakannya tetapi cuma Naruto yang benar-benar berjaya menyedarkan Konohamaru bahawa tiada jalan pintas untuk menjadi seorang Hokage. Konohamaru biasanya dilihat bersama-sama dengan Udon dan Moegi. Mereka bertiga memakai pelindung mata seperti Naruto dan suka menghendap Naruto tetapi tidak pernah berjaya.

Dua tahun setengah kemudian, mereka bertiga tamat pengajian dan menjadi Genin. Mereka membentuk satu pasukan di bawah tunjuk ajar Ebisu. Konohamaru mengatakan bahawa dia akan menjadi Hokage Ketujuh dan Naruto mengambil gelaran Hokage Keenam.

Konohamaru melihat Naruto sebagai idola. Mereka berdua berkongsi beberapa ciri seperti kebolehan menggunakan jurus yang tidak senonoh, keazaman yang kuat dan semangat yang sentiasa membara. Konohamary juga mengakhiri ayat-ayatnya dengan 'kore' sebagaimana Naruto mengakhiri ayatnya dengan 'Dattebayo'.

MoegiSunting

Merupakan sahabat Konohamaru dan Udon. Dia sepasukan dengan mereka berdua di bawah pimpinan Ebisu. Pipinya selalu berwarna merah. Moegi nampaknya meminati Konohamaru dan mengidola Haruno Sakura. Dia juga meminati Sasuke apabila Sasuke menghancurkan sebiji batu dengan tangannya (Sakura dan Moegi berpendapat bahawa tindakannya itu amat bergaya).


Uzumaki NarutoSunting

Lihat artikel utama Uzumaki Naruto


NawakiSunting

Merupakan adik lelaki Tsunade. Paras rupanya seiras Naruto (abaikan warna rambut, warna iris mata dan tanda misai pada pipi). Nawaki menunjukkan kesediaan untuk berlawan demi mempertahan kampungnya. Maka, Nawaki berimpian untuk menjadi seorang Hokage seperti datuknya, Hokage Pertama. Bangga dengan tekad adiknya, Tsunade menghadiahkan seutas rantai milik datuknya kepada Nawaki. Tetapi, Nawaki terkorban dalam satu pertempuran. Menurut Orochimaru, wajah Nawaki telah dihancurkan dan adalah mustahil untuk Tsunade mengecamnya. Selepas peristiwa tersebut, Tsunade berkempen untuk meletakkan seorang ninja perubatan dalam setiap pasukan bagi mengurangkan kebarangkalian

kematian.

UdonSunting

Udon.jpg

Merupakan sahabat Konohamaru dan Moegi. Mereka bertiga berada dalam satu pasukan di bawah pimpinan Ebisu. Dia selalu dilihat dengan hidung berhingus dan wajah mengantuk. Udon juga telah banyak kali menyatakan bahawa dia suka Matematik.


Sumber-sumberSunting

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.