Konsert Gong Impian M. Nasir
Konsert Gong Impian M. Nasir ialah konsert solo oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, diadakan pada 9 Oktober 1992 di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA. Lagu-lagu yang dipersembahkan termasuk lagu-lagu dari album S.O.L.O dan Saudagar Mimpi serta lagu-lagunya bersama kumpulan Kembara.[1]
Konsert Gong Impian M. Nasir | |
---|---|
Konsert oleh M. Nasir | |
Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
Tempat | Dewan Lee San Choon, Wisma MCA |
Album berkaitan | |
Tarikh | 9 Oktober 1992 |
Jumlah persembahan | 1 |
Kronologi konsert M. Nasir |
Konsert
suntingKonsert Gong Impian M. Nasir diadakan pada 9 Oktober 1992 di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA.[2][3] Persembahan beliau diiringi oleh seramai 13 pemuzik undangan.[1] Ia dimulakan dengan deklamasi sajak oleh Pyan Habib bertajuk "Songsang" karya Latiff Mohidin dan "Melayu vs Melayu" karya beliau sendiri sebaik sahaja gong dipalu sebagai pembuka tirai konsert.[1] Dalam persembahannya, M. Nasir menyampaikan lagu-lagu dari album terbarunya, Saudagar Mimpi yang dikeluarkan pada April 1992, beliau turut mempersembahkan lagu-lagu dari album S.O.L.O (1989) serta lagu-lagunya bersama Kembara.
Antara yang hadir menonton persembahan beliau ialah Ketua Setiausaha Negara ketika itu Ahmad Sarji Abdul Hamid, presiden PAPITA A. Rahman Hassan dan rakan-rakan penyanyi Ramli Sarip, Hattan, Sheila Majid dan Ramlah Ram.[1]
Tarikh konsert
suntingTarikh | Negara | Bandar | Lokasi | Masa | Jualan tiket |
---|---|---|---|---|---|
9 Oktober 1992 | Malaysia | Kuala Lumpur | Dewan Lee San Choon, Wisma MCA | 8:45 mlm (WPM) | Habis dijual |
Tenaga kerja
suntingRujukan
sunting- ^ a b c d Norazli Noh (1 November 1992). "Konsert Gong Impian M. Nasir menghiburkan". URTV. Dicapai pada 14 April 2020 – melalui Prahara Seni.
- ^ "Gong impian M. Nasir". Berita Harian. 9 Oktober 1992. Dicapai pada 4 Jun 2020.
- ^ Nur Hajar Mohamed (9 Oktober 1992). "Concert of your dreams" [Konsert impian anda] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 4 Jun 2020.